'Sepandai-pandai tupai melompat pasti jatuh ke tanah juga'. walaupun sepandai manapun suami yang main kayu tiga ni, tak selamanya boleh ditutup....Jangan ingat isteri tak tahu...cuma kadang-kadang isteri ni dia tak mahu gaduh..jadi dia senyapkan aje. Mungkin juga dia nak tengok sandiwara suami dia selanjutnya. Tapi bila dah makin melarat...itu yang boleh jadi perang dunia ke-3 tu......
Bila dah terkantoi tu...pandai-pandailah bagi alasan. Jika alasan tersebut dapat diterima oleh isteri bermakna panjang lagilah jodoh korang, kalau tak sendiri mau ingatlah...
Terdapat 6 sebab yang paling popular yang menyebabkan suami curang iaitu:
1. Nafsu seks
Ini adalah sebab yang paling banyak suami yang curang berikan. Dikatanya isterinya dah tak cantik macam dulu, dah tak ghairah macam dulu dan ada juga yang kata isterinya dah tak mampu melayan nafsu dia lagi. Semuanya salahkan isteri tapi cuba lihat suami pula adakah masih hensem macam mula-mula kahwin dulu??. Mana lah tahu kot sekarang ni perut dah ke depan.
Sebenarnya suami itu sendiri yang mungkin dah bosan dengan isterinya dan mahu mendapatkan 'pucuk muda' bagi mencari kelainan dalam seks. Mereka mungkin mahukan sesuatu yang ekstrem namun tidak mahu melakukan dengan isteri kerana bimbang merosakkan imej 'perempuan baik' yang disandang oleh isteri mereka.
2. Digoda
Sebaik dan sealim manapun suami kalau digoda oleh perempuan yang lebih cantik dan lebih muda dari isterinya pasti akhirnya akan terbabas juga seperti kata pepatah melayu 'takkan kucing menolak ikan didepan mata'. Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu berada satu opis dengannya. Setiap hari jumpa, mana tak cairnya hati suami.
Walaupun suami tidak bercadang untuk mencari kekasih lain namun akibat tidak tahan menahan godaan akhirnya isteri diduakan.
3. Memang kaki perempuan
Dulunya semasa muda, suami ini memang sudah terkenal dengan kaki perempuan. Jadi bila dah kahwin tu mungkin terikat sedikit tapi kepada suami yang sukakan cabaran mengejar perempuan pasti tidak peduli tentang ikatan perkahwinan.
Pasti suatu masa akan terdetik untuk melakukannya kembali seperti waktu zaman bujang dulu. Lelaki seperti ini pasti mahu membuktikan bahawa biar sudah makin berusia namun persona diri masih ada. Lelaki seperti ini juga mungkin ingin menduga 'market', masih laku atau tidak. Sesuai pula dengan trend wanita sekarang ini yang sukakan lelaki yang lebih berusia, bermakna makin cepatlah suami dapat menjalankan aktivitinya.
4. Balas dendam
Alasan ini hanya diberikan apabila seseorang lelaki itu pernah disakiti oleh wanita atau isteri yang disayangi. Jadi mereka ini melepaskan rasa marah mereka dengan membalas dendam kepada isteri mereka dengan melakukan perkara yang sama.
Untuk memaafkan perbuatan isteri bukannya mudah dan kerana desakan ego maka hubungan sulit dibalas dengan hubungan sulit.
5. Sudah tabiat
Bila kali pertama suami ini melakukannya dan kesilapan itu tidak dapat dihidu oleh isterinya, pasti akan ada peluang ke-2 untuk melakukannya lagi..dan lagi..dan lagi. Godaan ini akan datang berulang-ulang dan tidak ramai lelaki mampu menahannya dan akhirnya ianya akan menjadi tabiat.
Perkara ini akan tetap dilakukan oleh suami sehinggalah segala tembelangnya dapat dihidu oleh isteri.
6. Keegoan
Perasaan ini timbul bila mendapati ada wanita lain masih tertarik secara seksual terhadap dirinya selain dari isteri. Rasa ego mula meninggi bila ada pula wanita lain yang mahu mendampingi dan melayaninya.
Darisudutpandang: Kata orang jika tepuk sebelah tangan manakan berbunyi, ini bermakna kalau tiada respon daripada perempuan juga perkara ini takkan berlaku. Apa yang perlu dilakukan oleh para isteri adalah sentiasa peka dengan sebarang perubahan suami.
Jika suami didapati sudah berubah, pikat kembali hatinya. Kata orang untuk memikat suami bukannya susah, hanya 2 perkara sahaja yang perlu dijaga iaitu jaga 2 nafsu suami:
1. Nafsu perut
Isteri perlu memasak dan masaklah makanan yang menjadi kegemaran suami anda. Jika tak pandai memasak pergilah ke kelas masakan. Isteri perlu tambat suami dengan makanan. (Jika dia berasa lapar dia akan teringat untuk balik makan di rumah kerana dia tahu isterinya masak makanan yang sedap).
2. Nafsu batin
Orang kata nafsu perempuan ada 9 dan 1 akal manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu. Nafsu lelaki hanya nak yang 'itu' sahaja. Jadi buat isteri walau penat macamanapun layanlah suami. Jangan tunggu suami minta baru nak kasi. Sesekali buatkan kejutan untuk dia dengan melakukan perkara-perkara yang tak pernah dilakukan sebelum ini.
Berhias dan pakailah pakaian yang agak seksi dirumah, agak hati suami tertambat kembali. Sila baca juga di sini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
No 1 tu memang betul. Ada isteri cantik macamana pun, memang tak boleh elak. Kadang2 tak faham masalah ni.
BalasPadamAssalamualaikum..semua perkara yg diutarakan memang ada bersangkutan dgn tajuk yg dibincangkan.cuma satu hal yg sy ingin katakan...percaya dan mempercaysi antara suami dan isteri adalah penting jika ini tidak ada dan perasaan cemburu mengusai diri...percayala perkara yg tiada akan jadi ada...maaf ini pandangan saya saja.
BalasPadamAsalamualaikum. ..sy da berkahwin 7 tahun da mempunyai seorang ank..awal perkahwinan kami sangat bahagi dan sy sentiasa percaya padanya 200%,, tanpa sedikit pun rasa curiga...dan dia juga sangat menyayangi saya...sehinga suatu hari dia memberi alasan outstation. ..dan sy tanpa rasa curiga mengizinkn dia pergi...dan apa yg mengejutkan kan saya..bila saya call dia tak answer..tp mungkin Allah ingin tunjukkan kebenaran..dia tertekan butang answer tanpa dia sedari...dan sy terdengar perbualan mesra antara meraka...dan masa tu jgk hati sy bagai di sentap...sy tetap memaafakn kerna saya masih sayang kan dia...x lama selepas tu dia sering keluar dgn kwn2 kata bincang soal bisnis..dan sekali lagi Allah tunjukan pada saya...dengan x sengaja sy keluar melawat kawan yang baru besalin..sebelum balik singa kedai mamak pekena teh tarik dgn kwn... tidak jau dari tempat sy duduk sy ternampak suami dan seorg perempun sedang bercium..masa tu sy rasa bumi seakan akan berputar...tiada apa yg dapat sy lakukan kecuali melihat gelagat mereka saja...dn sekali lagi dia memohon maaf..dan sy maafkan lagi...utk sekian kalinya sy terjumpa lg msg lucah kat hp suami...dan sy sentiasa memaafakn...kerna sy masih sayang kan dia..namun kebelakang nie setiap kali dia keluar hati sy bagai d carik carik..walaupun dia sering mengatakan dia x mungkin menduakan sy...namun sukar untuk hati sy mempercayainya...bila memikirkan perbuatannya sy seperti ingin melarikan diri namun apa daya ku...denga seorg ank serta kedua org tuaku sedang uzur yg berada dalam jagaan ku..aq terpaksa akur dgn nasib diri...apa yang harus sy lakuakan sekiranya anda berada dalam situasi sy..?
BalasPadamsalam,,saya simpati dgn anda,,terus terang, saya kalau ditempat awak,saya mungkin xdpt maafkn dia..tapi mungkin suatu hari mata dia kan terbuka yg awak satu2nya dihatinya..mungkin dia just nak test market, tapi percayalah tiada lelaki yg xpernah curang walaupun isterinya cantik,saya sendiri di goda suami orang, mujur saya kuat semngat.bagi saya, awak jalankan tgas sbg isteri sperti biasa..mungkin dugaan ni akan buat dia dan awak akan hargai diri masing2..kalu boleh bincangkan dgn dia, mungki dia perlukan perhatian lebih atau mungkin dia nak ank lagi..bukan ape, lelaki suka budak2..lagipun ramai anak akan buat dia matang..and then ubah penampilan cm anak dara,biar die terkejut hehe..ada kawan sy ckp, lelaki kalau dah curang, dia kan ketagih, kecuali dia mendapat hidayah..mohon doa kpd Allah byk2nye..masa akan menentukannya,ikhtiar..kalu di masih sama, anak suruh je dia kawin satu lagi tgk dia mampu ke x..lama2 dia akan bosan dgn org barunya itu..jadikan anak2 awak sbg pengikat antara bedua, sb mybe, seorg ayah akn pikir kn nasib anak2 dia, bila dia hendak mula curang..
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBahay kalau hanya mengikut nafsu semata-mata kan?
BalasPadamNew post - Ketahui 5 Tanda Suami Anda Sedang Curang Di Belakang Anda
Sebenarnya sebab nafsu itu adalah yang paling utama. Jika lelaki bijak mengawal nafsu isyallah tidak curang. Jangan menggatal la senang cakap.. Nice sharing...
BalasPadamHot post - Ketahui 5 Tanda Suami Anda Sedang Curang Di Belakang Anda