Sabtu, 6 April 2013

PRU13: Shabery Cheek bertanding DUN untuk jawatan MB Terengganu

Belum apa-apa lagi, dah ada calon untuk jawatan Menteri Besar Terengganu? Barisan Nasional confirm menang ker? Penamaan calonpun belum lagi....tapi itulah desas-desus yang aku dengar yang semakin bertiup kencang di Terengganu.

Khabarnya, pemegang jawatan sekarang iaitu DS Ahmad Said terlalu banyak isu peribadi yang melanda dirinya selain krisis dengan pihak istana menyebabkan beliau bakal disingkirkan daripada bertanding.



Selain DS Shabery Cheek, nama Kazan Che Mat dan juga Yahya Khatib juga disebut-sebut akan memegang jawatan Menteri Besar Terengganu selepas ini. Antara ketiga-tiga nama ini Kazan dikatakan berada di nombor ketiga kerana beliau dikatakan 'orang' DS Idris. Walaupun latar belakangnya dalam bidang agama sepatutnya menjadi kelebihan buat beliau. Sepertimana yang kita maklum, DS Idris telah disingkirkan oleh Istana dari jawatan MB sebelum ini.

Sementara itu, Yahya Khatib dan juga DS Shabery Cheek menjadi pilihan kerana imej bersih yang dibawa oleh mereka. Cuma kelebihan DS Shabery Cheek adalah terletak kepada pengalaman dan kerja kuat beliau di Kementerian Belia dan Sukan. Selain imej low profile dan hubungan baik beliau dengan Istana dikatakan antara yang menjadi kelebihan.

Perihal jawatan Menteri Besar pernah dibangkitkan sebelum ini tetapi dinafikan oleh DS Shabery Cheek yang beliau akan mengisi jawatan tersebut, tetapi memandangkan kepada situasi terkini yang berlaku di Terengganu spekulasi ini kemungkinannya adalah benar. Jika ini berlaku bermakna apa yang dikatakan sebagai kejutan besar oleh DS Najib adalah benar terjadi.

Dikhabarkan juga, DS Shabery Cheek akan bertanding di DUN Kemasik (N29) yang seterusnya menyingkirkan Ir. Rosli yang telahpun ditolak oleh kebanyakan pengundi di Kemasik.

Walau apapun desas-desus yang timbul di Terengganu, ianya tetap tidak pasti sehinggalah nama calon diumumkan sendiri oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, iaitu DS Najib. Sehingga itu spekulasi ini tetap akan bertiup kencang di Terengganu berkenaan jawatan MB ini.

P/S: Dalam politik.... tiada kawan yang selamanya menjadi kawan dan tiada musuh yang akan menjadi musuh selamanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...