Sebelum itu, apakah maksud ulama?
Ulama bermaksud:
Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim bermaksud seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ini berbeza dengan perkataan alim yang beerti orang yang mengetahui akan tetapi belum tentu orang itu mendalami.
Perkataan ulama ini telah disebutkan pada beberapa tempat di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. samaada secara langsung ataupun tidak yang menunjukkan bahawa ulama adalah individu-individu terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji. Oleh itu, ulama yang saya maksudkan di sini ialah seseorang pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam secara mendalam dengan syarat-syarat tertentu sebagai ulama.
Para ulama ialah mereka yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Mereka sentiasa istiqamah dan melazimi ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu dengan ikhlas yang diajarkan kepada mereka bersumberkan dari Rasulullah S.A.W. Agama Islam telah mengiktiraf ulama sebagai pewaris para nabi sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.
(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).
Disebabkan itu ada beberapa ulama yang bertanding mewakili parti masing-masing. Berikut adalah senarai nama ulama yang mewakili Parti BN:
Calon Ulama UMNO
Parlimen Jerai, Kedah: Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Dun Sanglang, Perlis: Fathul Bari Mat Jahaya
Dun Pasir Tumboh, Kelantan: Mohd Shamsul Mohd Yusoff
Dun Layang-layang, Johor: Abdul Mutalib Abdul Rahim
Dun Ampangan, Negeri Sembilan: Abu Ubaidah Redza
Dun Johol, Negeri Sembilan: Mohd Fadil Abu Kasim
Dun Bangi, Selangor: Mohd Zaidi Mohd Zain@Zakaria
Dun Anggerik, Selangor: Mohd Yusof Din
Dun Membakut, Sabah: Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif
Dun Kubu Gajah, Perak: Ahmad Hasbullah Alias
Dun Belanja, Perak: Mohd Nizar Zakaria
Dun Tepuh, Terengganu: Muhammad Ramli Nuh
Dun Luit, Pahang: Nurhidayah Mohd Shahaimi
Dun Kerdau, Pahang: Syed Ibrahim Syed Ahmad
Dun Inderapura, Pahang: Datuk Shafik Fauzan Sharif
Dun Tioman, Pahang: Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan