Hinggakan, jika lepak di kedai kopi, mamak stall, coffee bean dan sebagainya perkara inilah yang menjadi tajuk perbualan. Masing-masing nak menjadi tukang nujum bagi meramalkan tarikh PRU-13. Sehinggakan ada yang sanggup bertaruh tentang tarikh PRU-13 ini.
Mengikut kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pastinya akan diadakan sebelum 27 Mei 2013. Ini kerana SPR tetap akan membuat pilihan raya secara serentak di semua negeri bagi mengelakkan kos meningkat jika PRU-13 dibuat secara berasingan. Kos yang diperlukan bagi melaksanakan PRU-13 mencecah RM400 juta dan kos ini akan bertambah jika pilihan raya di buat secara berasingan.
Tarikh 27 Mei 2013 adalah tarikh maksimum 60 hari selepas Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan untuk dibuat pilihan raya. Ini kerana DUN Negeri Sembilan akan terbubar sendiri pada 26 Mac 2013 ini. Oleh disebabkan itu PRU-13 perlu dilangsungkan pada 27 Mei atau sebelum tarikh tersebut.
DUN semua negeri akan tamat tempoh pada tarikh berikut:
Negeri Sembilan (26 Mac)
Pahang (7 April)
Selangor dan Johor (22 April)
Perak (24 April)
Melaka (26 April)
Perlis dan Kelantan (28 April)
Sabah (29 April)
Pulau Pinang (2 Mei)
Kedah dan Terengganu (5 Mei)
Parlimen (28 April)
P/S: Dengar-dengarnya Parlimen akan dibubarkan oleh DSN pada 22 Mac ini. Entahlah betul atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan