Jika dilihat dengan isu-isu yang dimainkan oleh akhbar dan televisyen akhir-akhir ini macam dah dekat pilihanraya. Memang benar, pilihanraya sudah semakin dekat. Jika Perdana Menteri tak umumkan pembubaran parlimen pun tempoh kerajaan sekarang akan berakhir pada 14 April 2013.
Difahamkan, Datuk Seri Najib pasti tidak akan membiarkan perkara ini berlaku kerana jika beliau membiarkan Parlimen terbubar secara sendiri, maka akan hilanglah kewibawaan beliau sebagai Perdana Menteri.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Datuk Seri Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen pada hari Jumaat 22hb Februari 2013 dan penamaan calon akan dilakukan pada hari Sabtu 16hb Mac 2013. Manakala hari mengundi akan diadakan pada hari Sabtu 30hb Mac 2013.
Jika ini berlaku bermakna tempoh pembubaran parlimen sehingga penamaan calon mengambil masa 22 hari dan tempoh berkempen pula selama 14 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan