Rabu, 2 Januari 2013

Majlis perkahwinan sepupu di Rembau: Part 1

Sebenarnya majlis sambut menantu ini telah diadakan pada 29hb Disember yang lepas di Rembau. Dek kesuntukan masa, baru sekarang dapat menulis berkenaan dengan majlis ini.

Sebenarnya, orang Negeri Sembilan amat kaya dengan adat pepatihnya dan aku amat bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada majlis ini. Ia bermula daripada malam sebelum majlis sambut menantu sehinggalah ke majlis berakhir. Cuma aku agak terkilan kerana tidak dapat mengambil gambar ketika Buapak datang ke majlis ini. Ini kerana untuk pengetahuan semua, ada adatnya ketika Buapak ini datang ke Majlis perkahwinan. Walaubagaimanapun lihatlah gambar-gambar disekitar perkahwinan sepupu kepada isteri aku, iaitu Asfar, anak kepada Pak Su.

Malam sebelum majlis berlangsung, masing-masing sibuk memasukkan bunga telur untuk majlis keesokkan harinya.







Lauk-pauk yang dimasak hasil daripada gotong royong sanak-saudara serta jiran-jiran. Ternyata semangat gotong royong dan muafakat masih menebal dikalangan adik-beradik dan penduduk kampung di sini.













Ikuti gambar-gambar ketika majlis menyambut menantu berlangsung.




















































































Di sini juga aku melihat ada dikalangan wanita menjinjing bekas di tangan, bila aku bertanyakan perkara tersebut kepada isteri aku, dia mengatakan mereka meletakkan beras ke dalam bekas tersebut untuk dibawa ke rumah pengantin dan pihak pengantin membalasnya dengan meletakkan pulut kuning di dalam bekas tersebut. Ternyata adat ini masih lagi wujud dalam masyarakat kampung.







Aku dan keluarga mengucapkan selamat pengantin baru buat Asfar dan pasangannya. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...