Ahad, 23 Disember 2012

PRU 13 dan cerita seorang kawan

Semalam ketika aku ada urusan di Pejabat Tanah Shah Alam, aku terserempak dengan kawan lama yang dah lama tak jumpa. Sebelum ini ketika aku bekerja di Klang boleh dikatakan setiap minggu jumpa dengan dia di masjid ketika pergi sembahyang Jumaat disebuah masjid di Klang.

Pru 13 dan cerita seorang kawanBanyak perkara yang kami bualkan dari hal-hal bisnes, keluarga sehinggalah ke bab politik. Dalam banyak-banyak hal yang kami bualkan, aku tertarik dengan statement yang dia bagi berkenaan dengan hala tuju orang melayu.

Aku tahu yang kawan aku ini pendukung kuat PAS dari dulu, kini dan selamanya tapi dari apa yang dia cakapkan itulah yang mengejutkan aku. (Maaf artikel ini agak panjang, moga dapat membaca sehingga habis luahan hati kawan aku ini)

Kata kawan aku, dia merasa khuatir dengan hala tuju perjuangan PAS sekarang ini kerana katanya perjuangan PAS untuk menegakkan Islam di bumi bertuah Malaysia ini mula terpesong kerana disebabkan mengejar kuasa. PAS sanggup mengorbankan falsafah yang dari dulu lagi diperjuangkan iaitu menegakkan islam dan hudud.

Tambah kawan aku lagi, dia tidak bersetuju yang PAS sanggup bekerjasama dengan DAP kerana katanya, DAP adalah Parti orang cina yang semestinya tidak akan bersetuju jika PAS ingin memperkenalkan hudud sebagai undang-undang di Malaysia...tapi tiada apa lagi yang boleh dilakukan kerana katanya pucuk pimpinan telah bersetuju dengan kerjasama ini.

[Semasa aku berbual dengan kawan aku ini, terdapat beberapa mata yang memandang kepada kami, mungkin kerana kawan aku ini bersemangat dalam membicarakan hal-hal politik, sehingga tidak menyedari yang suaranya agak kuat. Lagi satu kerana perbualan kami ini di Pusat Pentadbiran Kerajaan Selangor (Pej. SUK), maka aku menyuruh agar kawan aku ini memperlahankan sedikit suaranya. Yealah kan nanti tak pasal-pasal pulak ada orang tak berpuashati dengan statement kawan aku ini.]

Kawan aku menyambung ketidakpuasan hatinya dengan berkata bahawa dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah minoriti, terpaksa mengikut DAP dan PKR, sepatutnya merekalah yang mengikut PAS, apa yang pemimpin PAS cakap mereka mesti ikut...........ini tidak,...dari menegakkan negara islam, tukar ke negara berkebajikan...........Ini minta lagi penambahan kerusi...semata-mata untuk jadikan Parti cina ini menjadi majoriti apabila menang PRU 13 nanti.

Kata kawan aku lagi, Anwar berjanji kalau hari ini berjaya menawan Putrajaya, harga minyak turun, tol dihapuskan, PTPTN dihapuskan....tapi di Selangor, negeri yang paling kaya di Malaysia yang diperintah oleh pakatan rakyat menaikkan cukai pintu dan cukai tanah....tak ke itu kelakar katanya? (Aku tak tahu, yang statement ini betul atau tidak???)

Kawan aku menambah bahawa dia risau pada PRU 13 nanti orang melayu akan kehilangan kuasa, kerana katanya itulah yang satu-satunya yang orang melayu masih ada...kalau orang Melayu dah kehilangan kuasa maka jadilah kita seperti Singapura. Dia minta.....janganlah sampai Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, biarlah UMNO dan BN masih berkuasa di pusat disamping Pakatan Rakyat semakin kuat dengan menawan beberapa buah negeri lagi....supaya ada 'check and balance' dalam Parlimen katanya.

P/S: Sebenarnya agak banyak yang kawan aku luahkan pada aku hari itu, lebih-lebih lagi tentang survivor orang melayu tapi aku tak mahu tulis di sini sebab nanti dikatakan aku rasis dan perkauman pula......cuma aku nak kongsikan satu lirik yang pernah aku nyanyikan dulu sebagai ingatan buat kita semua:

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air Mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara
Melayukan gagah di nusantara
Melayukan gagah di nusantara

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...