Khamis, 4 Oktober 2012

Cerita panggilan hangit Ep1

"Anda terkena panggilan hangit....." ini adalah kata-kata yang dilemparkan oleh penyampai radio apabila misi mereka untuk mengenakan orang tercapai.

Sebenarnya di radio Hot FM setiap pagi, ada satu segmen yang di panggil panggilan hangit yang dibuat oleh penyampai radio iaitu Faizal Ismail, Fara Fauzana dan juga AG. Motif panggilan hangit ini adalah untuk mengenakan orang dengan melalui panggilan telefon.

Aku sebenarnya nak bercerita tentang panggilan hangit ini... bukan sebab pernah terkena tapi..sebenarnya aku tertarik dengan cerita dan respon dari si penerima panggilan hangit ini.

Okey aku mula dengan panggilan hangit pertama

Aku tertarik dengan satu panggilan hangit yang dikenakan kepada seorang bapa berkenaan dengan anaknya yang baru berusia 10 tahun.

Panggilan ini dibuat oleh salah seorang penyampai kepada seorang bapa yang mengatakan yang anaknya ada menulis nombor telefon di tandas.

Si bapa sekeras-kerasnya menafikan yang anaknya melakukan perkara tersebut. Apa yang keluar pada mulut si bapa ialah "Dia masih budak, tak akan buat macam itu".

Bila penyampai yang menyamar ini mengatakan yang anak beliau pandai berinternet. Si bapa ini mengatakan yang anaknya tidak pandai berinternet dan dia masih budak lagi. (Nampak beno si bapa ini berbohong sebab yang sebenarnya si anak lah yang hantar kepada Hot FM supaya hangitkan bapanya)

Yang menjadi kemusykilan bagi aku ialah adakah si bapa ini menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut? Adakah anaknya memang betul-betul baik? Apakah salahnya jika si bapa ini mengatakan "Ok, boleh saya bertanyakan dulu kepada anak saya perkara berkenaan atau saya akan siasat dulu perkara ini". Itu kan lebih baik...ini tidak belum apa-apa lagi sudah 'defend' atau mempertahankan anaknya.

Aku teringat kepada cerita kawan aku semasa mengambil report kad di sebuah sekolah menengah.

Ceritanya macam ini.......

Ada seorang ibu datang berjumpa dengan guru tingkatan anaknya untuk mengambil buku laporan kemajuan murid.

Si ibu ini bertanyakan perihal anaknya di sekolah. Maka guru tersebut jawablah secara jujur yang anaknya selalu ponteng dan tidak berminat untuk belajar.

Maka si ibu tersebut apabila mendengar jawapan cikgu tersebut mula meninggikan suara dan mengatakan anaknya selalu datang ke sekolah sebab dia yang hantarkan. Siap kata yang mungkin cikgu tersebut tersilap......

Kawan aku yang mendengar perbualan antara si ibu dengan guru tersebut bercerita lagi, yang si ibu ini bermati-matian mempertahankan anaknya.......sambil si anak yang duduk disebelah ibunya tersenyum simpul.....alahai.

Bila drama tersebut selesai, kawan aku pun  bertanyakan kepada guru tersebut tentang perkara yang terjadi, jawab guru tingkatan itu "encik, perkara ini sentiasa berlaku, emak dan bapa diorang tak percaya kalau kita bagitahu yang anak mereka bermasalah di sekolah. Mereka kata anak mereka baik....anak mereka mendengar kata....anak mereka pergi sekolah....dan sebagainya. Pendek kata anak-anak mereka tiptop lah".....

P/S : Sebenarnya antara sedar dengan tidak kita sebagai ibu bapa telah terlepas pandang perkara ini. Janganlah percaya 100 peratus dengan anak. Kita perlu sekali sekala buat cross checking.....kemana anak kita pergi....betul ke pergi tuisyen.....dengan siapa dia berkawan dan banyak lagi.. Jangan kita menyesal suatu hari nanti sudah lah.........(ini nasihat untuk diri 'kawan' juga sebab kawan pun ada anak.....)


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...