Kebanyakan kita amat rapat dengan ibu berbanding dengan seorang ayah. Kita kadang-kadang tanpa disedari lebih mementingkan emak dari ayah....Oleh itu, sebagai seorang anak ingin sekali mendedikasikan nukilan ini sebagai satu renungan betapa agungnya pergorbanan seorang yang bergelar ayah, abah, papa, daddy, walid.........
Kadang-kadang jika kita berada dikejauhan...amat terasa rindu dengan emak....lalu bagaimana pula dengan seorang ayah?
Mungkin ketika kita masih bayi, emak lah yang selalu memberikan kita susu semasa kita lapar dan mendodoikan kita untuk tidur, tapi tahukah kita yang ayah selalu menelefon emak untuk bertanyakan khabar kita.
Ketika kita belajar untuk meniarap, merangkak dan berjalan, emaklah yang memastikan kita tidak terjatuh dan tercedera tapi tahukah kita yang ayah sentiasa berpesan kepada emak supaya menjaga kita dengan baik sebelum dia keluar bekerja.
Dan seringkali ayah terlepas setiap saat indah itu kerana tanggungjawab ayah yang tidak memungkinkan sentiasa bersama tapi tahukah kita yang ayah tetap berbangga dan ketawa walaupun hanya mampu melihat gambaran dari setiap cerita emak.
Ketika kita mula-mula belajar untuk menaiki basikal, ayahlah yang mengajar kita dan setelah ayah mengganggap yang kita sudah pandai dan sedia melepaskan bantuan roda ketiga di basikal kita lalu emak akan berkata "Tunggu dulu ayah, jangan dibuka roda itu lagi", itu kerana emak takut kita akan terjatuh dan terluka....
tapi sedarkah kita yang ayah dengan yakin akan membiarkan kita mengayuh basikal dengan sendiri kerana ayah pasti yang anaknya mampu melakukannya.
Ketika kita kecil dulu, sebelum tidur emak lah yang selalu mendodoikan kita dengan cerita-cerita rakyat sebagai peneman sebelum tidur, tapi tahukah kita yang ayah sekembalinya dari kerja dan dengan wajah yang lelah sentiasa mendulukan kita dengan menanyakan pada emak tentang khabar dan apa yang telah kita lakukan seharian.
Pada saat kita menangis membentak meminta permainan yang baru, emak dengan lembut memujuk kita tapi ayah dengan tegas mengatakan "tidak boleh, lain kali saja boleh beli". Tahukah kita yang ayah melakukan itu bukan kerana tidak mampu tapi ayah tidak ingin kita menjadi anak yang manja dengan setiap tuntutan selalu dipenuhi.
Saat kita ditimpa sakit, ayahlah yang risau sampai sedikit membentak, berbeza dengan emak yang menasihati kita dengan lembut tapi ketahuilah yang saat itu ayah benar-benar risaukan keadaan kita.
Ketika kita sudah mula remaja, kita mula menuntut pada ayah untuk mendapatkan keizinan untuk keluar malam dan ayah dengan tegas mengatakan "tidak boleh". Tahukah kita yang ayah melakukan itu kerana untuk menjaga kita....kerana kita adalah sesuatu yang paling berharga buat ayah....dan disebabkan itu kita telah memarahi ayah dan masuk ke bilik sambil menghempas pintu.....
Dan yang datang mengetuk pintu adalah emak yang datang memujuk agar tidak marah kepada ayah, tapi tahukah kita yang ayah menahan gejolak dalam hatinya untuk datang memujuk, agar kita mengerti tentang tindakannya tapi ayah terlalu takut untuk dilihat lemah.
Setelah lulus SPM, ayah akan sedikit memaksa untuk kita mengikuti kehendaknya untuk menjadi seorang doktor atau jurutera. Ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata-mata hanya kerana memikirkan masa depan kita nanti. Namun ayah tetap tersenyum dan menyokong disaat pilihan kita tidak sesuai dengan keinginan ayah.
Tiba masanya untuk kita menyambung pelajaran dan ayah harus melepaskan kita menjadi dewasa. Tahukah kita bahawa badan ayah terasa kaku untuk memeluk kita. Ayah hanya mampu tersenyum sambil memberi nasihat itu dan ini dan menyuruh kita berhati-hati padahal ayah ingin sekali menangis seperti emak dan memeluk kita erat-erat. Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya dan menepuk bahu kita dan berkata "jaga dirimu baik-baik, anakku". Ayah melakukan itu semua agar kita kuat......KUAT untuk pergi dan menjadi dewasa.
Di saat ayah kerinduan dan risaukan kita, tahukah kita emaklah yang menjadi mangsa desakan ayah untuk menelefon bagi bertanyakan khabar kita.
Di saat kita kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan sara hidup di kampus, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar kita boleh merasa sama dengan rakan-rakan yang lain. Ketika itu permintaan bukan lagi sekadar meminta permainan baru dan ayah tahu ia tidak mampu lagi memberikan apa yang kita inginkan....
Kata-kata yang keluar dari mulut ayah adalah: " Bersabarlah, nanti ayah akan usahakan" Padahal dalam fikiran ayah ligat memikirkan di mana lagi wang yang perlu ayah cari bagi memenuhi permintaan kita. Padahal ingin sekali ayah mengatakan "Iya, sayang anakku, nanti ayah akan masukkan duitnya hari ini". Tahukah kita bahawa pada saat itu ayah merasa gagal untuk membuat anaknya tersenyum.............
Tiba saatnya kita berjaya sebagai seorang sarjana, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat anak kecilnya yang manja telah menjadi dewasa dan telah menjadi seseorang.......
Dan akhirnya...........
Tiba masanya kita berkahwin dengan pilihan hati, dan di saat itu ayah tersenyum bahagia....Apakah kita mengetahui, di hari yang bahagia itu dia menangis?? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam doanya kepada tuhan, ayah berkata:
"Ya Allah ya tuhanku, pada hari ini sebahagian tanggungjawab ku telah ku selesaikan dengan baik....anak kecilku ini yang manja dan ku sayangi telah menjadi anak yang soleh........Bahagiakan dia bersama pasangannya....Rahmatilah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat Ya Allah."
Setelah itu, ayah hanya mampu menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....dan badan serta kudrat yang tidak lagi kuat utuk menjaga kita dari bahaya. Ayah telah hampir menyelesaikan tugasnya....Ayah, Abah,Papa, Daddy atau apa saja panggilan kita buat lelaki ini...adalah sosok yang harus selalu kelihatan kuat. Malah ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis, dia harus kelihatan tegas malah saat dia ingin memanjakan kita dan dia adalah orang pertama yang selalu yakin bahawa kita mampu melakukan hampir semua perkara.....
P/S: Cintailah AYAH seperti mana kita mencintai Emak kita.. jangan pernah bezakan kasih sayang yang diberi antara mereka, kerana kasih sayang seorang AYAH pada anaknya jarang sekali diucapkan melalui kata-kata ,tetapi "diucap" melalui pengorbanannya yang tiada taranya ..Buat yang masih mempunyai ayah berbaktilah sebelum terlambat...dan beritahulah yang kita sayangkannya seperti mana kita sayangkan emak.
Buat arwah ayah....Al-Fatihah buat mu..............

Tiada ulasan:
Catat Ulasan