Artikel ini telah menjadi tajuk berita di Harian Metro pada seminggu sebelum raya berkenaan dengan seorang perempuan dan pasangannya yang telah meminum cecair perangsang seks bagi menambah power ketika bersama.
Sebelum ini juga aku ada menulis berkenaan dengan seorang pasangan, yang mana lelaki tersebut telah mati akibat kerana ingin menambah 'power'. lihat sini. Nampaknya walau berbagai nasihat dan berita yang melaporkan perkara seperti ini, kita seakan-akan lupa akan akibatnya.
Memanglah seks itu penting tapi sebagai seorang islam perlulah dulu berkahwin barulah boleh bersama dengan isteri dan ada adatnya.
Apa yang berlaku kepada wanita yang berusia 23tahun ini perlu dijadikan iktibar buat semua dan jika ada masalah berkenaan dengan keupayaan seks perlu rujuk kepada doktor dan jangan membeli di kaki lima atau di pasar malam sebab ianya tidak menjamin keselamatan dan kesihatan.
Okey, nak tahu cerita, sila baca:
Tindakan sepasang kekasih melakukan eksperimen ketika berasmara dengan meminum sejenis ubat cecair dipercayai perangsang bersama minuman isotonik mengundang padah apabila pasangan wanitanya mati dipercayai sesak nafas.
Kejadian berlaku jam 11 malam di sebuah rumah tumpangan. Wanita tersebut yang berusia 23 tahun bersama lelaki berusia 20 tahun terbabit menyewa rumah itu dipercayai untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.
Sumber berkata, pasangan terbabit ditemui orang awam jam 12 tengah malam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan berhampiran sebuah tokong apabila lelaki terbabit dilihat memapah wanita itu.
Menurutnya, dia cuba meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mulut wanita itu sudah berbuih.
Pasangan tersebut dikejarkan ke hospital, namun wanita terbabit disahkan sudah meninggal dunia manakala pasangannya dimasukkan ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut.
Berdasarkan soal siasat ke atas lelaki tersebut didapati pasangan tersebut telah memasuki rumah tumpangan tersebut pada jam 11 malam dan mendapati mereka meminum ubat cecair untuk merangsang seks yang dicampur dengan minuman isotonik.
P/S : Aku mengharapkan agar pihak-pihak yang terlibat perlu lebih memantau jualan ubat kuat yang berleluasa dijual kepada orang ramai lebih-lebih lagi di kaki-kaki lima, di pasar malam bahkan di masjid-masjid sewaktu sembahyang jumaat. Juga aku mengharapkan agar pemantauan perlu dilakukan di hotel-hotel bajet atau dirumah-rumah tumpangan agar pasangan yang ingin melakukan aktiviti yang tidak bermoral dapat diatasi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan