Ini adalah berdasarkan kepada kajian oleh Reader's Digest terhadap perangai buruk rakyat malaysia.
Berdasarkan kajian terhadap Bandaraya Terkemuka di dunia berkenaan dengan perangai buruk rakyatnya terhadap 36 buah negara, Malaysia 'berjaya' menduduki ke tangga 34. Apa maksudnya itu yea?
Kajian yang sama dilakukan pada 5 tahun yang lepas di 35 buah negara, Malaysia menduduki tangga ke 33. Nampaknya statistik menunjukkan perangai rakyat Malaysia tidak berubah.
Antara perangai buruk rakyat Malaysia ialah
1. Memandu secara melulu, menukar lorong atau masuk ke simpang tanpa memberi lampu isyarat kiri atau kanan, membunyikan hon sesuka hati dan mengikuti rapat kereta di hadapan.
Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia menunjukkkan 20% kes-kes kemalangan berdasarkan kesalahan ini.
2. Tidak mematuhi arahan papan tanda seperti larangan dilarang merokok, tidak boleh membuat pusingan, tidak boleh meletak kenderaan.
Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan seramai 1025 orang telah dikompauan disepanjang operasi larangan merokok di tempat awam.
3. Mengambil tempat letek kereta tanpa memperdulikan ada orang lain yang sedang menunggu untuk meletak kenderaan di tempat yang sama.
4. Tidak memberi tempat duduk kepada golongan yang memerlukan iaitu kepada perempuan yang mengandung dan warga tua.
Sepatutnya bukan sahaja didalam kenderaan awam tapi dihospital atau klinik juga kita sepatutnya memberi tempat duduk kepada golongan yang lebih memerlukan daripada kita.
5. Tidak membenarkan penumpang keluar terlebih dahulu sebelum masuk.
Kejadian ini bukan sahaja berlaku di tempat menunggu untuk menaiki kenderaan awam seperti komuter, LRT, monorel serta Star tapi ia juga berlaku di dalam lif.
6. Bercakap kuat di telefon semasa berada di tempat awam dan juga panggung wayang.
7. Tidak menekan atau memegang pintu lif atau pintu ketika masuk.
8. Tidak mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah melakukan perkara baik.
9. Meninggalkan troli membeli belah sesuka hati tempat letak kereta, serta tidak 'flush' ketika menggunakan tandas awam.
10. Selalu lambat
P/S : Sedar atau tidak antara kesepuluh perkara buruk yang disenaraikan di atas, kita pernah melakukannya. Jika anda ada pandangan lain, sila komen yea.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan