Ahad, 22 Julai 2012

Bila Allah membalas dosa anak derhaka

Allah membalas dosa sebagai anak derhaka tanpa menunggu di dunia lagi tanpa menunggu hari kiamat. Ikuti kisah ini semoga kita mendapat pengajarannya.

"Dosa saya terhadap ibu dibalas tunai, tak perlu tunggu kiamat," kata Abdul Rahman Talib yang kini menjadi penghuni sebuah rumah kebajikan selepas diabaikan isteri dan anaknya.

Kira-kira 10 tahun yang lalu, ibunya turut menjadi penghuni rumah keajikan yang sama selepas Abdul Rahman membiarkan saja isterinya menghalau ibunya keluar dari rumah yang mereka diami.

Abdul Rahman yang kini berusia 60 tahun memberitahu yang dia terlalu mengikut cakap isterinya hingga mengabaikan ibu.

"Saya langsung tidak memperdulikan nasib ibu selepas dihalau dari rumah. Apa yang saya tahu ialah arwah ibu ditempatkan disini (Rumah Sejahtera) selepas setahun arwah dihalau dari rumah".

Apa yang menyedihkan kepada dia ialah bilik yang pernah ibunya diami di rumah kebajikan ini adalah bersebelahan dengan biliknya kini.

Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

"Ketika isteri menghalau ibu, saya tiada dirumah kerana turun ke laut menangkap ikan. Perasaan sedih, menyesal dan bersalah kini makin menebal dalam diri, terutama tidak memujuk ibu pulang selepas dihalau dari rumah kerana beliau terlalu sayangkan isterinya."

"Sekarang nasib sama berlaku keatas diri saya apabila dibuang anak sebelum diselamatkan dan ditempatkan di rumah perlindungan ini," katanya.

Menurut beliau ibunya telah meninggal dunia pada 2008, iaitu 4 tahun yang lalu di Rumah Penyayang.

Beliau menambah, selepas beberapa bulan ibunya dihalau dari rumah, kehidupannya sekeluarga menjadi porak-peranda, termasuk bercerai dengan isteri dan dia meninggalkan kampung halaman untuk mencari kehidupan baru di Langkawi.

Bagaimanapun, katanya, akibat masalah kesihatan, dia kembali ke Perlis dan cuba menumpang di rumah anak lelakinya yang sudah berkeluarga sehingga dia ditinggalkan di pondok bas.

"Anak lelaki saya terlalu mengikut kehendak isteri yang tidak mahu saya menetap bersama, malah ibupun mengalami nasib sama tidak disukai menantu iaitu isteri saya sebelum dihalau keluar rumah," katanya lagi.



P/S :  Sebagai ibu bapa kita menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak kita. Anak-anak akan mengikut apa yang kita lakukan. Semoga encik Abdul Rahman ini mendapat pengampunan dari Allah di atas segala dosa-dosanya yang lalu.



 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...