Isnin, 18 Jun 2012

Tribunal Tuntutan Pengguna : Kena tipu beli rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku amat hairan la dengan sesetengah orang kita (bukan semua orang yea) yang dah tahu kena tipu tapi tak mahu mengambil tindakan...pastu bising tak kena tempat. Sebenarnya aku bengang dengan saudara aku ini sebab dia tahu yang dia dah kena tipu dengan satu pemaju perumahan..............

Al-kisahnya adalah macam ini........

Saudara aku ini ada membeli sebuah rumah di sebuah negeri di Pantai Timur dengan harga RM211,800...kira besar ler jugak rumah tu dan pemaju pun kiranya ada nama lah kat Malaysia ini. Kalu aku sebut nama dia mungkin ada yang tahu........

Kisahnya lagi, rumah tersebut telah disiapkan 2 bulan lewat daripada tarikh Perjanjian Jual Beli (SPA) dan baru  2minggu lepas aje baru dapat kunci... Dia bagitahu aku berkenaan dengan ada satu klausa dalam Perjanjian Jual Beli iaitu jika pihak pemaju telah lambat menyiapkan rumah daripada tarikh perjanjian bermakna pihak pemaju kena bayar kepada pembeli dalam jumlah 10% setahun mengikut harga rumah (panggil LAD).... bermakna dia akan dapat RM21,180 + dengan RM 2 bulan lewat.....bestnya banyak dapat duit tu....Saudara aku ini pun dah berkira-kira lah nak buat kabinet dapur, nak pasang aircond dengan duit tersebut....

2 hari lepas dia ada tepon aku bagitau berkenaan dengan duit tersebut dia tak dapat pun sebanyak yang dia jangka hanya dapat RM10,000 aje. Bila aku tanya kenapa....dia kata pemaju dah potong duit tersebut sebab ada kelewatan yang dia kena bayar......ehhh betul ker ni.....bila aku fikir balik apa benda yang kena bayar sampai RM11,000 lebih ni.... jangan-jangan sedara aku ini dah kena tipu dengan pemaju...

Jadi aku nasihatkan lah dia supaya dapatkan secara hitam putih berkenaan dengan bayaran yang perlu dibuat jangan setuju ajer....tapi dia kata, dia dah setuju untuk pemotongan tersebut dan dah dapatpun cek RM10,000......terus terdiam aku.

Ceh kalu dah setuju kenapalah bising-bising cakap tak puas hati ni.....aku cakaplah kat sedara aku ini kalu dah setuju susahlah nak bawa ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah...tapi aku suruhlah jugak dia supaya check di Pejabat Tribunal kot-kot boleh difailkan ker.....tapi apa yang dia cakap sungguh mengejutkan aku...sebab dia kata dia tak mahu susah-susah buat laporan ke Tribunal, kena ambil cuti, kena hadir untuk perbicaraan dan seribu alasan lagi lah dia bagitahu..........alamak..pening kepala aku dengan saudara aku ini....nak cakap b....h belajar tinggi, kerja pun ada jawatan..tapi kenapalah mentaliti macam ini masih ada.........

RM11,000 itu bukan sedikit beb....kalu orang macam aku ini nak dapatkan angka macam tu kena kerja 3-4 tahun baru boleh simpan duit macam tu......dia boleh lepaskan macam itu ajer...

Aku rasa kalu dia failkan kes di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah sah-sah dia menang sebab klausa itu memang ada dalam Perjanjian Jual Beli dan mungkin pemotongan itu hanya diada-adakan aje oleh pemaju sebab dia tak mahu bayar mengikut Perjanjian. Bayangkanlah jika ada 10 orang pembeli yang macam saudara aku ini... betapa banyak pemaju untung...fikir-fikirkan lah bersama.

P/S:  Anda ada pandangan ...sila komen disini...komen anda amat dialu-alukan.


4 ulasan:

  1. sebenarnya lad ada pengiraannya..betol la yg sedara encik dapat..rumah saya lewat 2 tahun dr snp..beli apartment harga 200k..lad dapat hanya 7k jer..dan rata dapat lebih kurang tu even yg paling awal beli rumah tu pun dapat dlm 13k jer..tu 2 tahun bukan 2 bulan.saya rasa sedara encik tu betol dah..dah dapat dah cukup bersyukur dah...ada yg langsyng xdapat pun ada lad ni

    BalasPadam
  2. sebenarnya lad ada pengiraannya..betol la yg sedara encik dapat..rumah saya lewat 2 tahun dr snp..beli apartment harga 200k..lad dapat hanya 7k jer..dan rata dapat lebih kurang tu even yg paling awal beli rumah tu pun dapat dlm 13k jer..tu 2 tahun bukan 2 bulan.saya rasa sedara encik tu betol dah..dah dapat dah cukup bersyukur dah...ada yg langsyng xdapat pun ada lad ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih en. Saiful kerana sudi memberikan sedikit komen. Memang betul kata en. Saiful yang LAD ada pengiraannya yang tersendiri. Mengikut SPA, jika pemaju lambat menyerahkan rumah selepas 2 tahun (utk rumah teres), jika apartment (3 tahun), pemaju perlu membayar sebanyak 10 peratus setahun daripada harga rumah. Kebanyakan pemaju tidak akan membayar LAD sebanyak itu kerana ianya akan menjejaskan keuntungan syarikat. Biasanya pemaju akan memberi berbagai bil atau denda kelewatan yang perlu dibayar dan bayaran tersebut akan dipotong daripada LAD.

      Jika En. kata, sedara saya patut bersyukur kerana dapat sebanyak itu, sebenarnya dia menyesal kerana menerima wang sebanyak itu kerna jirannya telah mendapat LAD yang banyak daripada dia, padahal jirannya lewat sebulan sahaja daripada tarikh dia beli rumah tersebut. Bila ditanya kepada jirannya kenapa dpat lebih, jirannya berkata, dia mengugut pemaju untuk membawa kes ini ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) jika LAD tidak dibayar penuh.

      Jadi, saya menyeru kepada pembeli rumah yang merasakan diri mereka di tipu oleh pemaju, tolonglah bawa kes seperti ini ke pengetahuan TTPR, biar TTPR yang putuskan berapa sebenarnya LAD yang perlu dibayar oleh pemaju. Dalam kes encik, pemaju perlu membayar rm20k kepada encik.

      Saya pernah bertanya kepada pegawai di TTPR berkenaan dengan statistik kaum apa yang banyak membuat aduan di TTPR dan katanya kaum cina lebih ramai membuat aduan berbanding dengan kaum melayu. Mungkin sebab orang melayu ni malas nak 'bising-bising' dan cepat berpuas hati dengan apa yang dia dapat kerana menganggap cukuplah dapat banyak tu daripada tak dapat langsung.

      Padam
  3. tp mmg kalau ada kelewatan pembayaran mmg kena penalty ribu2 gk,besa lawyer yg lmbt srh bank release amount tu,myb kena part tu,tula dengar org ckp ni kes komplot lawyer n pemaju,besa dpt kunci n penalty tu skli

    BalasPadam

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...