Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku sebenarnya tidak mengerti dan tidak faham kenapa untuk melantik ahli jawatankuasa masjid pun mahu dipolitikkan. Ini berikutan bantahan oleh lebih daripada 100 orang ahli kariah Masjid Al-Muttaqin, Taman Equine yang mendakwa berlakunya campur tangan politik dalam pemilihan ahli jawatankuasa masjid baru-baru ini.
Bantahan ini adalah berikutan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak memperakui mesyuarat agung lantikan ahli jawatankuasa masjid yang diadakan pada 9 Mac 2012 lalu padahal mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh wakil daripada JAIS.
Apa yang mengejutkan lagi adalah tiadanya makluman kepada ahli kariah berkenaan dengan mesyuarat yang dikatakan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh JAIS serta perlantikan baru yang diumumkan adalah bukan terdiri daripada ahli kariah kawasan tersebut dan sekaligus mengenepikan keputusan mesyuarat yang diadakan sebelum ini.
Aku ingatkan dikawasan aku saja berlaku perkara macam ini tapi rupanya di negeri Selangor pun berlaku juga. Aku rasa bukan salah negeri, asalkan ada peluang untuk berpolitik mereka akan ambil peluang tersebut.
Kalau ditempat aku dulu, jika imam atau ahli jawatankuasa terdiri daripada orang UMNO, orang PAS tak pergi sembahyang kat situ. Sama lah juga kalau orang PAS yang jadi imam atau ahli jawatankuasa, orang UMNO tak pergi sembahyang disitu. Entahlah..masih wujud atau tidak perkara macam ini lagi kat tempat aku sekarang ini... harap-harap tidak lagi.
Maaflah, aku tak berniat untuk menyentuh pasal politik tapi kalau bab sembahyangpun kita berpecah susahlah.
P/S: Apa pandangan anda berkenaan perkara ini..sila berikan komen..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan