Bagi yang akan menghadapi dan menduduki peperiksaan pastinya akan mempersiapkan diri dengan belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan tuisyen, menghadiri seminar cara-cara untuk menjawab soalan dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk menghadiri seminar semata-mata untuk mendapatkan tip soalan-soalan yang akan keluar. Ini semua dilakukan semata-mata untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang akan dihadapi.
Sebenarnya tanpa kita sedari, kita juga akan menghadapi peperiksaan di akhirat nanti. Peperiksaan ini amat besar dan yang paling penting kerana ianya akan menentukan kita masuk ke syurga atau ke neraka. Tapi yang paling 'best'nya ialah soalan yang akan ditanya oleh Allah telahpun bocor sewaktu kita didunia ini lagi dan setiap daripada kita mengetahuinya.
Antara soalan yang akan ditanya oleh Allah ialah:
1. Tentang umurnya, dimanakah dihabiskan.
2. Tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan.
3. Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan.
4. Tentang ilmunya, apakah diamalkan dengannya.
Ini adalah sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
Dari Abi Barzah al-Aslami, dari Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempatnya berdiri pada hari kiamat sehingga ditanya 4 perkara iaitu tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan; tentang hartanya dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan; dan tentang ilmunya apa yang telah diperbuat dengannya" Hadis riwayat Imam At-Tarmizi.
Jom kita check diri kita agak-agaknya boleh ke kita jawab pertanyaan oleh Allah nanti? Agak-agaknya boleh ke nanti kita lulus dengan cemerlang?
Sabtu, 27 Disember 2014
Ahad, 21 Disember 2014
Siapakah selepas Najib?
Lepak dengan kawan-kawan yang juga orang kuat parti Umno dari Pantai Timur dan juga Utara di sebuah kopitiam, bersembang dari perihal harga minyak, GST, hutang 1MDB hinggalah tentang politik di Malaysia. Antara yang didebatkan ialah siapakah calon yang sesuai menjadi Perdana Menteri (PM) selepas Najib....?
Ada berbagai versi jawapan yang aku dapat serta hujah mereka yang aku ingin kongsikan.
Jom kita lihat pendapat kawan-kawan aku tentang siapakah Perdana Menteri selepas Najib, itupun jika Pakatan Rakyat tidak melakukan 'upset' dalam mana-mana Pilihanraya Umum.
1. Muhyiddin Yasin
Rata-rata kawan-kawan aku mengatakan 'masa' untuk beliau menjadi Perdana Menteri telahpun luput kerana faktor masa dan usia. Sepatutnya pada Pemilihan Agong Umno yang lalu beliau mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kegagalan Najib ketika PRU-13 yang lalu untuk membaiki pencapaian Barisan Nasional dengan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Umno. Beliau sepatutnya membentuk satu pasukan dengan Zahid Hamidi bagi merebut jawatan pertama dan kedua parti ketika itu. Kegagalan untuk mengambil kesempatan inilah yang membuatkan peluang beliau untuk menduduki jawatan Perdana Menteri telahpun tertutup rapat. Walau apapun beliau masih berpeluang jika sesuatu berlaku kepada Najib atas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.
2. Hishamuddin Hussein
Sudah menjadi lumrah dalam Umno, pemimpin yang mempunyai talian dengan pemimpin yang terdahulu mendapat laluan yang mudah untuk mendaki ke puncak. Anak kepada bekas Perdana Menteri Hussein Onn yang juga sepupu kepada Najib ini mungkin akan menjadi Perdana Menteri yang seterusnya seandainya ahli Umno masih mementingkan darah bangsawan dan kaitan 'siapa dia'. Walaupun jika dilihat kepada rekodnya sebagai menteri di beberapa kementerian yang pernah diterajuinya menunjukkan yang beliau tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.
3. Khairi Jamaluddin atau KJ
Menantu bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi ini adalah disebut-sebut sebagai pengganti yang sesuai selepas Najib. Beliau yang dikatakan oleh Tun M sebagai orang yang paling berkuasa semasa di bawah pemerintahan bapa mentuanya adalah seorang yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja oleh pemimpin Umno. Dijangkakan jawatan Ketua Pemuda yang perlu dilepaskan selepas ini kerana faktor umur, beliau akan bertanding untuk merebut salah satu kerusi Naib Presiden dan yang pastinya kerusi tersebut akan menjadi milik beliau kerana dikatakan beliau mempunyai pengaruh yang cukup kuat dikalangan pemuda. Cakap-cakap dikalangan ahli Umno mengatakan mereka memberi tempoh 1 penggal sahaja lagi kepada Najib menjadi Perdana Menteri sebelum KJ mengambil alih jawatan tersebut menandakan mereka benar-benar yakin bahawa KJ adalah calon yang sesuai selepas Najib. Dikatakan hanya 'tangan-tangan ghaib' sahaja yang mampu menghalang perjalanan KJ untuk menjadi Perdana Menteri selepas era Najib berakhir.
4. Mukhriz Mahathir
Seorang lagi anak kepada bekas Perdana Menteri yang dilobi hebat oleh ayahnya iaitu Mahathir Mohammad. Beliau yang tewas dalam merebut salah satu kerusi Naib Presiden Umno baru-baru ini dikatakan mampu menidakkan hasrat KJ untuk menjadi Perdana Menteri dengan menggunakan pengaruh Tun M yang masih kuat dalam Umno.
Aku sebenarnya tak bersetuju dengan calon-calon ini kerana aku beranggapan Umno bukanlah parti keluarga atau warisan atau pusaka. Selepas ayahnya kemudian jawatan presiden perlu diwariskan pula kepada anaknya. Bagi aku Umno adalah parti untuk semua orang dan mereka yang mempunyai stail kepimpinan yang tinggi harus diberi peluang yang sama untuk bertanding merebut jawatan presiden. Apa yang menjadi amalan yang sekian lama dalam Umno adalah budaya memberi laluan kepada pemimpin tertentu untuk menjawat jawatan tertentu. Amalan ini yang kononnya diamalkan kerana untuk mengelak perpecahan sebenarnya memakan diri sendiri dalam Umno.
Jika diberi peluang masih ada pemimpin lain dalam Umno yang bukan dari golongan bangsawan apatah lagi mempunyai susur galur pemimpin tapi mereka mempunyai karisma untuk menjadi Presiden Umno dan seterusnya menjadi PM.
Oleh itu, calon-calon lain yang difikirkan sesuai untuk mengambil alih kepimpinan selepas Najib ialah:
1. Zahid Hamidi
Salah seorang daripada Naib Presiden yang mendapat sokongan paling tinggi daripada ahli Umno. Sebelum pemilihan Agong Umno yang lalu beliau dilihat sebagai begitu 'vokal' mempertahankan maruah melayu namun kini mendiamkan diri terhadap fitnah terhadap bangsa melayu dan agama islam. Melepaskan peluang terbaik untuk bergabung dengan Muhyiddin Yasin bagi membentuk team 'B' bagi melawan Najib. Namun begitu pengaruh beliau tidak boleh dipandang ringan.
2. Shafie Afdal
Seorang lagi Naib Presiden Umno yang boleh menggantikan tempat Najib. Beliau yang berasal dari Sabah mungkin boleh dipertimbangkan kerana umum mengetahui bahawa beliau pernah mendapat percalonan yang tertinggi semasa pemilihan parti suatu ketika dulu bagi jawatan Naib Presiden. Faktor sokongan dari akar umbi di Sabah dan juga sokongan di Semenanjung mungkin boleh menjadikan beliau Presiden Umno dan PM yang pertama dari luar Semenanjung.
3. Mustapha Mohammad (To' Pa)
Seorang pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan pengetahuan agama yang kuat. Yang menjadi masalahnya ialah masa mungkin tidak lagi menyebelahi To'Pa untuk mengambilalih jawatan dari Najib kerana faktor umur.
4. Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)
Peluang untuk Ku Li mengantikan tempat Najib jika berada di dalam Umno sudah tertutup rapat. Peluang beliau dikatakan cerah untuk menjadi PM sekiranya Pakatan Rakyat (PR) dapat memenangi Pilihanraya Umum sebagai pengganti Anwar Ibrahim. Ketokohan beliau dikatakan dapat diterima oleh semua parti gabungan di dalam PR. Ceramah beliau berkenaan royalti minyak yang lalu mendapat sambutan yang hangat daripada penyokong PR.
5. Ahmad Shabery Cheek
Dikenali kerana berani berdebat dengan Anwar Ibrahim berkenaan dengan isu minyak. Walaupun kalau dilihat pendebatan tersebut memberi pukulan k.o kepada Ahmad Shabery namun ianya telah menaikkan nama beliau ketika itu yang dilihat sebagai budak hingusan dalam Umno yang berani berdebat dengan Anwar Ibrahim. Bekas pensyarah ekonomi dari Universiti Malaya ini dilihat sebagai pemimpin yang bersih dan tiada isu, walaupun isu Kpop hampir-hampir memusnahkan imej bersih beliau. Satu kelemahan yang ketara bagi Shabery ialah beliau kelihatan lemah dari segi pentadbiran kerana prinsip beliau yang tidak mencampuri urusan pentadbiran di kementerian sehinggakan pegawai-pegawai dibawah beliau semuanya 'naik tocang'. Di dalam Umno sendiri untuk mencari pemimpin yang sederhana (dikatakan beliau masih tinggal di Apartment lamanya di Kampung Pandan walaupun sudah 2 penggal menjadi Menteri), tiada kepentingan peribadi dan bekerja semata-mata untuk rakyat amatlah susah dan Shabery adalah jawapannya.
6. Idris Haron
Pemimpin muda yang kini menjadi Ketua Menteri Melaka mempunyai masa depan yang cerah dalam politik jika beliau dapat membuktikan kepimpinan beliau dalam mentadbir negeri.
DSP: Semasa era Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri dahulu, masalah pengganti beliau juga pernah diutarakan dan dibahaskan tetapi pada masa itu terdapat seorang calon yang terbaik untuk menggantikan beliau iaitu Anwar Ibrahim. Selepas Anwar dipecat dari Umno, barulah terdapat jurang yang besar dalam memilih siapa selepas Mahathir.
Amalan dalam Umno yang suka 'cantas-mencantas' sebenarnya yang menjadikan tiada pemimpin pelapis yang sesuai menggantikan pemimpin yang sedia ada. Amalan ini bermula di peringkat cawangan lagi sehinggalah ke peringkat atasan. Kata kawan aku, "Seorang ketua tidak suka orang bawahannya lebih pandai daripada dia, jika tidak habis dicantasnya. Mereka lebih suka orang bawah yang menjadi tukang angguk sahaja dengan kata lain mereka ini suka jika orang bawahan mereka bodoh seperti mereka" kata kawan aku ini lagi. Ada kebenarannya kerana kalau dilihat dalam umno tidak ramai golongan profesional yang menganggotai parti ini, yang ramai adalah daripada golongan businessman dan juga sebilangan kecilnya adalah peguam.
Bagi aku begitu ramai calon yang boleh diketengahkan sebagai pengganti kepada Najib tetapi berapa keratkah daripada mereka yang benar-benar layak menjadi Perdana Menteri. Hanya masa sahaja yang menjadi penghalangnya .

Sabtu, 13 Disember 2014
Penyu dan pasukan bolasepak negeri Terengganu
Apakah sebabnya yang menjadikan haiwan yang dipanggil sebagai penyu dikaitkan dengan negeri Terengganu?
Ini kerana pada waktu dulu banyak penyu yang 'mendarat' di kebanyakan pantai di negeri Terengganu berbanding dengan negeri lain di Semenanjung Malaysia. Pada waktu itu, penyu menjadi satu tarikan kepada para pelancong untuk datang ke Terengganu terutamanya ke Rantau Abang.
Walaupun kini penyu tidak lagi banyak 'mendarat' di pantai Terengganu lebih-lebih lagi penyu belimbing namun nama penyu itu seakan-akan sudah sinonim dengan negeri Terengganu sehinggakan ianya menjadi maskot rasmi kepada setiap acara sukan yang disertai oleh kontinjen negeri ini.
Nama gelaran 'sang penyu' ini digahkan lagi apabila skuad bola sepak Terengganu yang bermain dalam Liga Super Malaysia turut menggunakan nama haiwan ini.
Ada yang berpendapat dan bercadang nama 'sang penyu' yang diberikan kepada skuad bola sepak Terengganu perlu ditukarkan kepada nama lain sepertimana nama gelaran pasukan T-Team telah ditukarkan kepada 'The Titan'.
Sebelum aku memberikan pendapat berkenaan dengan cadangan tersebut mari kita lihat balik apakah motif disebalik gelaran 'penyu' kepada pasukan bola sepak Terengganu. Seperti yang ditulis pada awalnya, penyu adalah lambang negeri Terengganu dan pasukan bola sepak Terengganu adalah simbol kepada maruah negeri.
Jika nama penyu itu sudah menjadi simbol kepada negeri kenapa hendak ditukarkan? Adakah kerana penyu itu sejenis haiwan yang lembut, yang diancam kepupusan dan nama yang tidak komersial maka ianya perlu ditukar?
Adakah kita perlu mengikut pasukan lain yang menamakan pasukan mereka dengan nama 'The Red Warrior', 'Red Giant', 'Red Devil', 'The Titan' dan sebagainya semata-mata untuk komersial.
Bagi aku tak perlu kita tukarkan nama penyu itu yang sudah menjadi simbol bagi negeri Terengganu. Yang perlu kita tukarkan ialah corak pentadbiran Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) supaya lebih profesional dan lebih efisien. Jadikan PBSNT sebagai contoh ikutan profesionalisme kepada persatuan sukan yang lain. Tak ada gunanya jika gelaran pasukan gah gila tapi pengurusan dan pentadbiran persatuan kucar kacir.
Kalau nak komersial sangat tukarkan saja nama penyu itu kepada 'The Turtle' dan aku ingin mencadangkan juga agar Ultras Terengganu ditukarkan kepada 'The Ninja Turtles Army' untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan ultras dari negeri lain yang digelar 'The Elephant Army', 'B.O.S' dan sebagainya.
![]() |
| Simbol penyu ini lambang negeri Terengganu |

Ahad, 9 November 2014
Spekulasi perpindahan pemain Liga Super Malaysia 2015
Musim bolasepak Malaysia 2014 telah pun berakhir dengan Pahang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang telah dimenangi pada musim yang lepas dengan mengalahkan Johor Darul Takzim (JDT) dengan sepakan penalti apabila perlawanan terikat 2-2 sehingga ke tamat perlawanan. Pada musim ini juga Pahang berjaya memenangi Piala FA manakala JDT pula mengungguli juara Liga Malaysia.
Kehebatan Pahang dan JDT mengungguli saingan Liga Super Malaysia pada tahun ini menjadi satu penanda aras kepada pasukan lain supaya berusaha untuk memperkuatkan pasukan masing-masing. Kita tidak mahu nanti Liga Super Malaysia hanya dimonopoli kejuaraannya oleh 2 pasukan ini sepertimana yang berlaku di EPL, La Liga dan Bundesliga, yang mana setiap tahun 3 hingga 4 pasukan sahaja yang bersaing untuk merebut kejuaraan dan pasukan yang lain hanya menjadi pelengkap liga dan menjadi pasukan belasahan.
Berikut adalah spekulasi yang tersebar tentang pemain-pemain yang akan memperkuatkan pasukan untuk musim Liga Super Malaysia 2015.
1. Kelantan
3. Pahang
5. Felda United
9. ATM
Pasukan ini mengalami kejatuhan apabila hampir tersingkir ke Liga Premier untuk musim depan apabila menduduki tempat ke-10 liga. Belajar daripada masalah tersebut, pasukan ini cuba untuk memperkuatkan kembali pasukan dengan membeli beberapa pemain bintang bagi persediaan untuk musim depan. Antara pemain yang disebut-sebut untuk bermain dengan pasukan The Gladiator ialah:
Tarikh kemaskini: 04 November 2014
Berikut adalah spekulasi yang tersebar tentang pemain-pemain yang akan memperkuatkan pasukan untuk musim Liga Super Malaysia 2015.
1. Kelantan
Pasukan yang dikenali sebagai Red Warrior dan juga 'semi finalis' Piala Malaysia musim ini dikatakan akan berbelanja besar untuk memperkuatkan pasukan dengan membawa masuk pemain import yang betul-betul berkaliber. Pasukan ini juga dipercayai akan mengekalkan hampir kesemua pemain musim ini untuk membawa cabaran pada musim depan. Antara pemain yang dijangka menyarung jersi Red Warrior pada Liga Super 2015 ialah:
- Norfarhan Muhammad (Terengganu FA)
- Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan FA)
- Hasmizan Kamaruddin (Terengganu FA)
- Hazrul Mustafa (Perak FA)
- Syahrul Azwari (HMA)
- Kepre Brice Herman Tchetche
- Ighodaro Christian Osaguona
- Jonathan McKain
- Indra Putra Mahayuddin (Felda FC)
2. Terengganu
Musim Liga Super Malaysia 2014 menunjukkan pasukan ini kuat di semua bahagian cuma kelemahan dan kesilapan membawa penyerang yang bukan 'kaki bunuh' menyebabkan pasukan ini gagal memenuhi impian untuk membawa balik 1 piala untuk penyokongnya. Kini pasukan gergasi Pantai Timur ini dalam proses untuk memperkuatkan pasukan setelah beberapa pemain utama berhasrat meninggalkan pasukan untuk bermain dengan pasukan lain. Antara pemain yang disebut-sebut untuk memperkuatkan cabaran negeri 'sang penyu' ini ialah:
- Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS FC)
- Helmi Rameli (PKNS FC)
- Gustavo Fabian Lopez (Arema Cronous FC)
- Mohd Azrif Nasrulhaq (HMA)
3. Pahang
Pasukan yang berjaya mempertahankan Piala Malaysia selama 2 tahun berturut-turut yang juga juara Piala FA pada musim ini, juga dikenali dengan nama Tok Gajah dijangka tidak berbelanja besar pada musim depan. Mengekalkan hampir keseluruhan pemain utama yang menjadi tonggak pasukan. Namun begitu mereka kehilangan 2 nama besar dalam pasukan iaitu Hafiz Kamal dan juga Nwaekame yang akan berhijrah ke pasukan lain. Antara pemain yang disebut-sebut untuk memakai jersi kuning pasukan Tok Gajah ini musim depan ialah:
- Baddrol Bakhtiar (Kedah Fa)
- Amirul Hadi Zainal (JDT Fa)
4. Johor Darul Takzim (JDT)
Pasukan yang digelar Harimau Selatan yang juga juara Piala Liga Super Malaysiadan finalis Piala Malaysia dikatakan akan memperkuatkan pasukan terutamanya di bahagian kiri yang dilihat lemah. Antara pemain yang dikaitkan bermain untuk pasukan ini pada Liga Super musim depan ialah:

- Mohd Zubir Azmi (Terengganu FA)
- S Chanturu (Sarawak FA)
- S Kunalan (Selangor FA)
- Farizal Marlias (Selangor FA)
Pasukan kelab yang melakukan kejutan dengan layak ke perlawanan akhir Piala FA dan juga semifinalis Piala Malaysia berusaha untuk memantapkan pasukan bagi mengharungi cabaran bagi musim depan. Antara nama yang disebut-sebut untuk mewakili Felda United ialah:
- Fauzan Dzulkifli (PKNS FC)
- Fauzi Roslan (Pahang FA)
- Mohd Rashid Aya (Sarawak FA)
6. T-Team
Pasukan kelab dari Terengganu, yang telah jatuh ke Liga Premier musim depan, telah mengugurkan hampir separuh daripada pemain yang bermain untuk pasukan musim lalu bagi memperkukuhkan lagi pasukan untuk layak ke Liga Super Malaysia pada musim 2016. Namun tidak banyak yang didengar dari pasukan ini tentang pemain-pemain yang akan bermain untuk mereka pada musim depan. Hanya satu pemain sahaja setakat ini yang dikaitkan dengan pasukan The Titan ini iaitu:
- Nor Hakim Hassan (Terengganu FA)
7. Perak
Pasukan Seladang ini yang menduduki tempat ke 9 dalam cabaran Liga Super Malaysia pada musim ini dilihat agak aggresif dalam mendapatkan pemain terbaik bagi memperkuatkan cabaran pasukan untuk musim depan. Antara pemain yang telah dikaitkan untuk bermain dengan pasukan ini buat masa ini ialah:
- Mazlizan Mohamad (Terengganu FA)
- Faiz Subri (Terengganu FA)
- Bobby Gonzales (PDRM FC)
- Zamir Selamat (PKNS FC)
8. Pulau Pinang
Pasukan ini yang bermain di Liga Perdana yang telah menduduki tempat ke-3 liga telah berhasrat untuk meneraju liga tersebut bagi mencapai hasrat untuk melayakkan diri untuk bermain dalam Liga Super Malaysia 2016 dengan membeli pemain yang berkualiti iaitu:
- Mafry Balang (Sarawak FA)
- Redzuan Nawi (Sabah FA)
- Sani Anuar Kamsani (Sarawak FA)
- Mohd Ramezey Che Ros (PKNS FC)
- Mohd Azrul Ahmad (ATM FC)
Pasukan ini mengalami kejatuhan apabila hampir tersingkir ke Liga Premier untuk musim depan apabila menduduki tempat ke-10 liga. Belajar daripada masalah tersebut, pasukan ini cuba untuk memperkuatkan kembali pasukan dengan membeli beberapa pemain bintang bagi persediaan untuk musim depan. Antara pemain yang disebut-sebut untuk bermain dengan pasukan The Gladiator ialah:
- Norshahrul Idlan Talaha (JDT FA)
- Obinna Nwaneri (Kelantan FA)
- Jerry Nelson Palacios (Alajuelense FC)
- Mario Karlovic (Import, Terengganu FA)
- Abdulahfees Abdulsalam (Import, Perak FA)
- Fadzli Shaari (Sime Darby FC)
10. Selangor
Pasukan yang digelar dengan Red Giant, adalah pasukan yang penuh dengan sejarah lampau. Namun kini berusaha untuk bangkit bagi mengembalikan kekuatan yang hilang. Setelah misi '33' gagal, pasukan ini berusaha untuk mencapai kebangkitan pada musim depan walaupun kehilangan beberapa tonggak pasukan. Antara pemain yang dijangka bermain untuk pasukan ini pada Liga Super ialah:
- Junior Edstal (Sarawak FA)
- Norazlan Razali (JDT FA)
11. PDRM
Pasukan yang mencuri tumpuan dengan menjuarai Liga Premier Malaysia 2014 dan juga memegang rekod 19 perlawanan tanpa kalah. Pasukan ini pastinya mencuri tumpuan pada musim Liga Super Malaysia pada musim depan apabila mengekalkan hampir kesemua pemain tonggak pada musim ini. Selain itu pasukan ini juga dikaitkan dengan beberapa pemain yang dijangka dapat memperkukuhkan lagi status pencabar kejuaraan pada musim depan.
- Hafiz Kamal (Pahang FA)
- Abdul Manaf Mamat (Terengganu FA)
- Nurul Azwan Roya (Johor Darul Takzim FA)
- Mohd lot Abu Hassan (Sarawak FA)
12. Negeri Sembilan
Bekas juara Piala Malaysia pada 2011 yang kini bermain di Liga Premier Malaysia untuk musim yang kedua, berusaha untuk memperkuatkan pasukan bagi melayakkan diri untuk bermain dalam Liga Super Malaysia 2016. Antara pemain yang dikaitkan untuk bermain dengan pasukan ini musim depan ialah:
- Fauzi Saari (ATM FC)
- Rizal Zambery Yahya (ATM FC)
- Azizi Mat Rose (JDT FA)
- Rudie Ramli (ATM FC)
- Shahrizal Saad (Perak FA)
- Mohd Helmi Eliza Elias (PDRM FC)
- Irwan Fadzli Idrus (ATM FC)
Tarikh kemaskini: 04 November 2014
Khamis, 6 November 2014
Nasib sebuah kereta Bentley
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemalangan di Kilometer 202.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan. Bukan kemalangan yang mengakibatkan kematian tetapi kemalangan yang melibatkan sebuah kereta yang terbabas itu yang mengejutkan kerana ia melibatkan sebuah kereta Bentley. Lebih-lebih lagi pemandunya adalah adik kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Kemalangan ini menjadi viral kerana ianya melibatkan adik kepada tokoh politik dan juga kerana kereta yang dipandunya yang berharga lebih kurang RM1.3 juta ke atas. Kalaulah adik kepada Timbalan Menteri ini memandu kereta Proton atau sekurangnya-kurangnya Camry tak lah ianya menjadi begitu viral. Itulah nasib menjadi adik kepada seorang tokoh politik....
Pemandu yang juga adik kepada Datuk Ahmad Maslan iaitu Rahim Maslan bagaimanapun menafikan yang kereta tersebut miliknya tetapi milik kepada kawannya yang juga seorang ahli perniagaan. Kereta tersebut dipinjamkan kepadanya untuk beberapa hari sahaja.
Bila aku baca statement adik dia ni, aku rasa bertuahnya dia kerana ada kawan yang sanggup memberi pinjam kereta dan kereta yang dipinjamkan itu bukan calang-calang kereta tetapi kereta Bentley yang berharga lebih kurang RM1.3 juta tu...
Banyak persoalan yang timbul dikalangan rakyat berhubung dengan kereta Bentley ini. Untuk bersangka baik mungkin betul kereta tersebut dipinjamkan kepadanya kerana kereta milik beliau rosak dan ada dibengkel....!!! Jadi dia meminta tolong kepada kawannya yang memiliki beberapa kereta mewah untuk dipinjamkan kepadanya sehingga kereta beliau siap dibaiki......
DSP: Hehehe.......

Khamis, 30 Oktober 2014
Pantang larang selepas makan
Sebenarnya ada pantang larang yang perlu kita elak jika kita baru sahaja selesai makan. Apakah pantang larang itu dan kenapa. .?
1. Merokok selepas makan
Sebenarnya merokok selepas makan, lebih-lebih lagi jika dengan perut yang kenyang rasanya lebih 'umph' berbanding merokok pada masa perut yang lapar. Tetapi 'habit' merokok selepas makan perlu dielakkan kerana mengikut kajian oleh pakar-pakar kesihatan membuktikan merokok sebatang rokok selepas makan sama nisbahnya dengan merokok 10 batang rokok. Ini bermakna sesiapa yang suka mengamalkan tabiat ini kemungkinan besar untuk mendapat kanser lebih tinggi.
2. Jangan makan buah-buahan
kita pernah disogokkan dengan perkataan memakan buah-buahan selepas makan sebagai 'pencuci mulut' atau 'dessert'. Sebenarnya amalan ini tidak elok kerana buah-buahan yang terperangkap dalam perut bersama-sama dengan kandungan makanan yang dimakan tidak boleh sampai ke usus dalam waktu yang sama. Adalah disyorkan untuk makan buah-buahan hendaklah sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan atau sebelum makan. Waktu yang terbaik untuk makan buah-buahan adalah pada waktu pagi ketika perut kosong. Ini adalah kerana pada waktu itu badan dapat menyerap nutrien yang terdapat dalam buah dan ianya dapat membekalkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari.
3. Minum air teh
Kepada sesiapa yang suka minum teh selepas makan, selepas ini perlu tinggalkan kegemaran ini, ini kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang dimakan akan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadam. Untuk yang suka minum teh selepas makan, disyorkan untuk minum teh 1 jam selepas makan.
4. Jangan longgarkan tali pinggang
Melonggarkan tali pinggang bukan bermakna ia boleh menyebabkan usus terbelit atau tersumbat tetapi dengan melonggarkan tali pinggang bermakna kita telah terlebih makan hingga ke tahap kita tidak lagi selesa. Dengan melonggarkan tali pinggang, kita akan merasa lebih selesa dan seterusnya kita akan makan secara berlebihan. Oleh itu makanlah sehingga kita rasa kenyang tanpa perlu melonggarkan tali pinggang.
5. Jangan mandi
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Hal ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.
6. Jangan berjalan
Berjalan selepas sahaja makan akan menyebabkan asid refluks dan senak. Jika nak berjalan juga, janganlah berjalan dalam jarak yang jauh. Adalah baik jika dapat menunggu 30 minit selepas makan barulah berjalan. Para penyelidik di Jabatan Sains Latihan di University of South Carolina telah mendapati bahawa berjalan selepas makan adalah satu senaman yang terbaik untuk membakar tenaga. Perkara yang perlu diperhatikan ialah adalah ideal berjalan selama kira-kira 10 minit dan hanya selepas 20 hingga 30 minit selepas makan untuk mengelakkan asid refluks dan gangguan perut.
7. Jangan tidur
Orang tua pernah berpesan jangan tidur selepas makan nanti perut buncit. Sebenarnya memang betul pesan dan larangan orang tua cuma perut yang buncit tu aje yang salah sebab kebanyakan daripada kita tak tidur lepas makan pun perut tetap buncit. Sebenarnya jika tidur selepas makan, makanan yang diambil tidak dapat dicerna dengan baik. Oleh itu makanan yang tidak dicerna akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus.
DSP: Jom kita elak melakukan perkara seperti di atas bila selepas makan.....

Ahad, 26 Oktober 2014
12 bandar di Malaysia bakal hilang
Hasil kajian Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) mendapati 12 kawasan di seluruh negara akan hanya tinggal nama sahaja kerana ianya akan lenyap dari peta Malaysia kerana ianya akan tenggelam akibat peningkatan paras air laut.
Dianggarkan pada tahun 2100, 12 kawasan tersebut yang didiami oleh 2 juta penduduk akan ditenggelami air sedalam 0.25 meter sehingga 1 meter.
12 kawasan yang dijangka akan tenggelam ialah:
1. Batu Pahat, Johor.
Dari Sungai Senggarang ke Sungai Punggor.
2. Kuala Terengganu
Hasil kajian mendapati pusat bandar Kuala Terengganu, Kampung Cina, Sri Malaysia, Pasar Payang, Payang Mall, Jalan Bukit, Jalan Bukit Cina, Pulau Duyung, Pulau Ketam dan Kuala Hiliran akan ditenggelami air.
3. Klang, Selangor
4. Kuala Muda, Kedah
5. Bahagian barat daya Sarawak
Kawasan Maradong yang terletak di antara Batang Igan dan Batang Rajang.
6. Bahagian utara Sarawak
Di muara Batam dan Sungai Limbang.
7. Tawau, Sabah
8. Semporna, Sabah
9. Lahad Datu, Sabah
10. Sandakan, Sabah
11. Beluran, Sabah
12. Kudat, Sabah.
DSP: Jika tiada tindakan yang konkrit dilakukan mungkin bandar-bandar ini hanya tinggal nama sahaja dan ianya akan kekal dalam lipatan sejarah.

Langgan:
Catatan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Aku percaya artikel kali ini membuatkan para isteri suka..hehehe tapi buat para suami yang curang mesti bengang kat aku sebab dah bocorkan ...
-
Jom pergi pandu uji kereta... Ehh sejak bila pulak aku jadi pemandu uji kereta ni....hahaha. Janganlah pulak salah sangka yea tapi inilah ak...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...