Selasa, 11 Jun 2013

Serah badan akibat disihir

Sihir adalah ilmu hitam yang disampaikan melalui perbagai cara tanpa disedari mangsa seperti melalui minuman, sentuhan, hembusan dan sebagainya. Untuk mengatasi atau pelindung kepada sihir ini kita perlu mengamalkan surah 3 Qul iaitu Surah Al-ikhlas, Surah An-Nas dan juga Surah Al-Falaq. Surah ini perlu dijadikan amalan buat kita dan perlu dibaca setiap hari sebagai pelindung diri dan selebihnya kita serahkan kepada Allah.

dari, sudut, pandang, santau, pukau, sihir, perempuan
Sihir atau pukau ini digunakan oleh seseorang untuk mendapatkan kelebihan ke atas seseorang dan banyak digunakan untuk merompak dan sebagainya sepertimana seorang perempuan telah dikenakan sihir oleh seorang 'Abang Aji' sebagai pemuas nafsunya. Ikuti kisahnya:

Mangsa yang berumur 28 tahun mengatakan, dia mengenali suspek yang berumur dalam 50-an yang dipanggilnya 'Abang Aji', yang selalu datang ke kedai  serbaneka tempat dia bekerja sejak Disember 2011 untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.

"Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji, saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mentera di depan saya. Selepas itu fikiran saya seperti dikawal nya dan saya terus menuruti segala arahannya.

Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan saya untuk datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya untuk membantah".

Mangsa mengatakan setiap kali dia pergi ke rumah Abang Aji, isteri lelaki itu tiada di rumah kerana sudah diarahkan lebih awal supaya pergi ke tempat lain.

Mangsa juga percaya, isteri lelaki tersebut juga sudah terkena sihir kerana mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh Abang Aji tanpa sebarang bantahan.

Menurut mangsa, sepanjang setahun hubungan mereka, lelaki itu turut memberinya minum air yang sudah dicampurkan ubat dengan alasan ia sebagai rawatan penyeri wajah.

"Abang Aji seolah-olah menjadikan saya alat pemuas nafsunya. Saya sedar perkara itu, tapi entah kenapa saya tidak mampu membantah setiap kali dia meminta.

Lagipun saya takut kerana dia mengugut akan mencederakan saya jika saya memberitahu apa yang berlaku kepada orang lain.

Bukan saja dara saya diragut oleh Abang Aji, malah wang gaji yang diterima setiap bulan juga saya serahkan bulat-bulat kepadanya dengan jumlah keseluruhan mencecah RM8,000.

Mangsa berkata, selepas setahun menjadi perempuan simpanan, dia hanya mendapat keberanian melaporkan perbuatan Abang Aji kepada polis apabila lelaki itu mahu membawanya ke Surabaya, Indonesia pada bulan lalu untuk dijual dan dijadikan hamba seks.

Dia membuat laporan kepada polis pada 29 Mei lalu bagi mengelakkan dirinya terus 'dikawal' oleh Abang Aji dan dijual sebagai hamba seks.

Mangsa pulih sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan islam daripada seorang ustaz yang mengesahkan juga yang dia telah disihir. - Metro 

Ahad, 9 Jun 2013

Dulu Jebat kini Gooi dan kuncu-kuncunya

Dalam sejarah melayu, Hang Jebat amat terkenal bukan saja kerana dia salah seorang kawan kepada Hang Tuah tetapi juga kerana sikapnya yang sanggup menderhaka kepada Sultan kerana membela sahabatnya Tuah. Disebabkan itu Sultan telah menitahkan supaya Hang Jebat ini dibunuh dan yang membunuhnya adalah sahabat yang dibelanya iaitu Hang Tuah.

dari, sudut, pandang, raja, derhaka, Jebat, Melissa Gooi
Itu adalah sejarah yang lalu dan sepatutnya kita jangan lupakan akibat dan kisahnya. Pada era yang moden ini juga masih terdapat darah Jebat dalam rakyat Malaysia tidak kira dia berasal dari kaum mana. Dulu sudah ada seorang lelaki cina yang sanggup menunjukkan 'jari tengah' kepada rombongan Permaisuri Agong dan dijatuhkan hukuman.

Kini ada lagi perempuan cina yang bernama Melissa Gooi yang berani mempersendakan titah Tuanku (Dipertuan Agong) di dalam facebook miliknya. Walaupun kes ini masih disiasat oleh pihak polis namun kes demi kes yang berlaku akhir-akhir ini boleh dijadikan ikhtibar buat kita betapa Raja-Raja Melayu kini semakin dipersendakan.

Kita juga jangan lupa tentang peristiwa yang berlaku di Terengganu apabila Sultan tidak memperkenankan perlantikan Menteri Besar. Peristiwa ini membawa kepada bantahan yang diadakan di luar Istana Terengganu oleh orang-orang Menteri Besar dengan membawa bermacam sepanduk menghentam Sultan.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan satu akta khas berkenaan perkara ini iaitu Akta Derhaka sepertimana yang dicadangkan oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah ataupun jika undang-undang bagi kesalahan seperti ini sudah ada, ianya perlu ada penambahbaikan supaya hukuman yang boleh dijatuhkan mengikut kesalahan memberontak.

Harap selepas ini tiada lagi orang seperti Melissa Gooi serta kuncu-kuncunya di kalangan rakyat Malaysia. Jadikan kes seperti ini suatu pengikhtibaran buat kita semua rakyat Malaysia.





Rabu, 5 Jun 2013

Sejarah bangsa: Guthrie diambil alih

Ada yang tahu berkenaan dengan perisitiwa yang mengemparkan Kerajaan Britain ini dan ada juga generasi sekarang yang tidak tahu berkenaan dengan peristiwa ini. Ini adalah sejarah bangsa dan sejarah negara kita yang perlu semua orang tahu. Bacalah:



1. Selepas Merdeka Malaya, hampir 1 juta orang pendatang dari bangsa (Cina dan India) diberi kerakyatan beransur-ansur. Sebagai balasan, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam PERLEMBAGAAN.

2. 10 tahun sudah merdeka, pegangan orang Melayu terhadap ekonomi di bumi Melayu sangat kecil. Walaupun majoriti tetapi hanya 1.5 % SAHAJA yang pegang harta korporat itu pun kebanyakkan syarikat kerajaan. Manakala bangsa Cina 22.8%, walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60% dari kekayaan negara ni.

3. Pada masa yang sama, bangsa yang paling ramai dalam kemiskinan juga adalah bangsa Melayu (74%) - kebanyakannya petani dan pesawah.

4. Ketidaksamarataan ini menyebabkan beberapa siri pergaduhan di antara kaum pribumi Melayu dengan pendatang yang kaya - orang Cina sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur yang menyebabkan peristiwa hitam negara berlaku.

5. Masa tu yang paling berani kritik Perdana Menteri masa tu Tunku Abdul Rahman ialah Mahathir bin Mohamad, guna surat terbuka. Antara isi kandung surat tu :

" Orang-orang Cina dan India buat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan ditunjok Kemaluan, boleh la Tunku faham perasaan orang Melayu"

disebabkan kritikan ini - beliau dipecat dari parti...!

6. Kemudian, Tun Abdul Razak menjadi PM, DEB diwujudkan. Tujuannya - hapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan pastikan pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara boleh capai 30% pada 1990.

7. Walaupun ada dasar tu pun, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Contohnya Guthrie - mempunyai 175,000 ekar pada 1970am tetapi pada tahun 1981, mereka memiliki lebih 190,000 ekar tanah Kelapa Sawit, Getah dan Teh .

8. Masa tu, bila ada je kerajaan nak bincang dengan syarikat-syarikat British ni, semuanya seolah dilambatkan dan ditangguh-tangguhkan. Malah Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu. Katanya menyusahkan British.

9. Tapi atas tekanan Bank Negara Malaysia (di bawah Tun Ismail Ali), Guthrie akhirnya tubuh Guthrie-Ropel, anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha ni sebenarnya supaya orang tempatan beli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun, tembelang BRITISH pecah bila didapati tanah Guthrie-Ropel adalah tanah yang tidak sesuai untuk pertanian.

10. Bila Mahathir masuk semula dalam UMNO selepas 3 tahun dipecat, kemudian dia jadi Perdana Menteri pada Julai 1981.

11. Berbeza dengan PM-PM sebelum itu, Mahathir dirakamkan ahli sejarah sebagai PM Pertama tidak merokok, tidak minat main golf, tidak berdarah bangsawan, tidak punyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti penjajahnya.

12. Sebelum jadi PM lagi, beliau lantang mengkritik dasar Inggeris yang buka Tanah Melayu kepada pendatang sekaligus menyebabkan Melayu terpinggir.

13. Tak lama kemudian kira-kira tak beberapa lama selepas beliau jadi PM, pihak Inggeris TARIK SEMULA subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang belajar di Britain dan naikkan yuran kepada pelajar Asing tetapi tidak bagi mereka dari Eropah.

14. Hampir 17,000 pelajar Malaysia di negara itu terbeban dengan peningkatan yuran 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia pula masa tu tak mampu nak serap pelajar-pelajar ni kerana ada dua buah universiti je kat negara ni.

15. Mahathir masa tu Menteri MiTi bagi amaran kepada British tetapi tak diendahkan. Menyebabkan beliau mula menyusun strategi.

16. Tak lama selepas itu, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di Heathrow tapi pada masa yang sama Inggeris cabar kewibawaan dan maruah kerajaan Malaysia apabila pesawat Concorde ceroboh ruang udara Subang dalam perjalanan ke Singapura.

17. Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang buat macam mereka masih menjajah negara ni.

18. Tun Ismail mula bekerjasama dengan Mahathir waktu itu kerana mereka berdua tidak puas hati walaupun PNB ada 25% saham dalam Guthrie tapi tak ada seorang pun wakil diajak dalam mesyuarat untuk hala tuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie jual beberapa kepentingannya dalam MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan2 Cina di Malaysia pada awal 1981.

**Syarikat MPH ini pernah cuba beli bank terbesar negara masa tu UMBC sebabkan Mahathir campurtangan agar tidak didominasi bangsa Cina kerana PERNAS dan PETRONAS juga mempunyai kepentingan dalam UMBC. Jika Mahathir dan Tun Ismail tak halang, bangsa Cina semakin hampir ganti orang Inggeris kuasai ekonomi negara.

19. Atas sebab ini, mereka mula merencanakan agar Guthrie diambil alih secepat mungkin.

20. 4 bulan sebelum serangan itu, pasukan di PNB diterajui pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim (Sekarang Tan Sri dan MB Selangor) diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi pastikan semuanya berjalan lancar.

21. Selepas diteliti, mereka menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serangan hendap ekonomi untuk ambil alih Guthrie boleh dibuat tapi dengan syarat ia perlu dibuat sepantas dan serahsia mungkin sehingga mereka tak sempat buat pertahanan.

22. Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan sebanyak 282 juta pound diambil dari tiga punca, PETRONAS, PERNAS dan satu skim amanah baru ditawarkan 4 bulan kepada ORANG MELAYU sebelum serangan iaitu Skim Saham Nasional(ASN).

23. Untuk pastikan Inggeris tak sedar ini bahawa kerajaan Malaysia di belakang serangan ini, Khalid diarahkan untuk buka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

24. Kenapa Guthrie? Masa tu selain Inggeris, saham Guthrie masa tu dipegang beberapa syarikat mesra PNB iaitu Genting, Bank Simpanan Nasional , Kuwait Investment Office dan OCBC.

25. Dengan pegangan sebanyak 25% yang ada sekarang, PNB perlu lagi 15% sahaja untuk jadikan pegangannya 40% sekaligus jadi pegangan saham utama Guthrie.

26. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi beli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB manakala Rowe & Pitman pula dilantik menjadi broker bagi beli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

27. Ideanya di sini agar sebahagian besar saham Guthrie dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka dan ia mesti dibeli tanpa disedari pihak pengurusan Guthrie.

28. Hanya sekumpulan kecil yang tahu serangan rahsia ini termasuk Mohamad Desa Pachi, CEO PNB masa tu.

29. Hari serangan akhirnya diputuskan - 7 September , pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

30. Ikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual saham sebelum bursa dibuka. Apabila dibuka, PNB akan isytihar berita gempar ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja - sekaligus beri kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

31. Rumitnya pembelian ini dilakukan secara rahsia. Jika terbongkar awal, harga saham Guthrie akan melambung tinggi dan management Guthrie akan bertindakbalas menggagalkannya.

32. Khalid uruskan pembelian di sini (rujuk Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group) , manakala Tun Ismail Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang oleh bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

33. Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

34. Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

35. Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

36. Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

37. Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris. Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie. Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

38. Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio. Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

39. Walaupun ada broker di London memujinya sebagaiurusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

40. Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir. Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

41. Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

42. Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan. Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

43. Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

44. Tak lama kemudian, Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan.

45. Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

46. Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

47.Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

48. Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada aset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

49. Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

50. Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Darisudutpandang: saya sharekan perisitiwa ini dalam blog saya kerana sepatutnya lebih ramai orang tahu tentang peristiwa dan wira-wira yang berada disebalik kejayaan ini. Petikan ini dari Persatuan mukabuku pulau pinang. jika terdapat sebarang kesilapan fakta berkenaan perkara ini sila berikan komen.


Selasa, 4 Jun 2013

Suami durjana merogol isteri

Akibat tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya ingin bercerai dengan dirinya, seorang suami sanggup mengikat tangan isterinya dan merogolnya.

Ikuti kisah lanjut:

dari, sudut, pandang, isteri, diikat, dirogolMangsa yang ketika itu berada didalam kereta selepas membeli barang disebuah pasar raya di Kepong, terkejut apabila pintu keretanya telah dibuka oleh seorang lelaki yang juga suaminya dengan terdapat sebilah pisau ditanganya serta mengarahkannya supaya mendiamkan diri.

Belum sempat mangsa melakukan apa-apa, suaminya terus mengikat tangan dan mengarahkannya ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut kereta milik mangsa menghala ke Batu Arang.

Sebaik tiba di suatu kawasan semak, mangsa dipaksa melakukan seks, namun mangsa enggan. Akibat keengganannya membuatkan suaminya berang dan terus merogolnya sebanyak dua kali dalam keadaan tangan mangsa yang masih berikat.

Tidak cukup dengan itu, gambar mangsa dalam keadaan bogel turut dirakam dan suami turut merayu supaya mereka kembali hidup sebagai suami isteri.

Bagaimanapun disebabkan serik dengan sikap baran suaminya, wanita tersebut enggan kembali dan menyebabkan lelaki itu naik angin dan mengugut mahu membunuh diri bersama sebelum merayu memikirkan masa depan anak mereka.

Suaminya akur dan terus mneghantar isterinya pulang semula ke pasar raya berkenaan sebelum melarikan diri.

Sebaik dibebaskan mangsa membuat laporan di Balai Polis Gombak. - Metro

Darisudutpandang: Mungkin disebabkan masih rasa sayang kepada isterinya dan tidak dapat menerima hakikat berkenaan menyebabkan suaminya bertindak demikian, tetapi kalau sayang mengapa bertindak demikian.

Isteri bukannya barang mainan apabila nak kita ambil, tak nak kita campak. Perlakuannya terhadap isterinya telah menunjukkan siapa diri dia yang sebenar......


Harga rokok naik hari ini

Itulah sokong lagi BN kan harga rokok pun dah naik...

dari, sudut, pandang, bahaya merokok, rokokKepada yang bercakap dan penabur fitnah berkenaan dengan kenaikan harga rokok ni, cubalah baca statement yang dikeluarkan oleh British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia):


"Disebabkan oleh tekanan inflasi, kos buruh dan kos input yang membawa kepada peningkatan kos operasi serta industri yang terjejas akibat perdagangan rokok haram, BAT Malaysia memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3 peratus bagi jenama rokok keluarannya bermula hari ini"
- Pengarah Urusan BAT Malaysia, Datuk William Toh.

Sebenarnya tak kisahlah kenaikan harga rokok disebabkan oleh kerajaan ataupun tidak, yang pentingnya dengan kenaikan harga rokok ini boleh mengurangkan lagi orang yang hisap rokok. Yea lah sebab harga pun dah mahal.

Ahad, 2 Jun 2013

Kesan tanda sakit

Setiap kejadian yang Allah ciptakan sentiasa ada keadaan yang berlawanan kerana setiap yang Allah  jadikan adalah untuk menguji hamba-hambaNya yang beriman. Contohnya jika Allah ciptakan kekayaan pasti akan ada kemiskinan. jika ada kesusahan pasti akan ada kesenangan. Begitu juga dengan kesihatan pasti akan ada kesakitan.

Kepada yang diuji oleh Allah dengan kesakitan yang diberikan kepada kita, bersabarlah kerana Allah sedang menguji kita serta memaafkan segala dosa-dosa kita yang lalu dan bagi orang yang sabar pasti Allah akan menaikkan darjat kita ke makam yang lebih tinggi, Insya Allah.

Aku nak kongsikan satu artikel daripada Pn. Rusnani Omar, Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Perlis berhubung dengan tanda-tanda awal penyakit yang kita hidapi.

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
c) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh.

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL.

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM.

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR.

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR.

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN.
 Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN.
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI.
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI.
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI.
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI.
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI.
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. 
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA 
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA 
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING 
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . 
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING 
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR 
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT
Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.


6 sebab mengapa isteri curang

Aku banyak tulis pasal lelaki atau suami yang curang pada isterinya. Kali ini aku nak share pula tentang sebab-sebab isteri curang pada suaminya. Sebenarnya ada banyak sebab mengapa isteri curang tapi aku nak kongsikan 6 sebab yang paling popular:

dari, sudut, pandang, isteri curang
1. Kurang perhatian

Isteri ni pun macam suami juga perlukan perhatian, perlukan kasih dan sayang. Kadang-kadang isteri juga meminta untuk dibelai. Jadi si suami ni janganlah ambil ringan perkara ni dengan kata lain suami yang terlalu sibuk mungkin akan menyebabkan isteri akan berlaku curang dibelakang. Sifat wanita yang pemalu biasanya dia tidak akan menyatakan kepada suaminya jika dia perlukan seks dan ini akan menambahkan lagi masalah kepada perhubungan jika suami tidak pernah faham akan 'tanda' yang isteri berikan.

2. Perhatian dari lelaki lain

Lumrah wanita sukakan perhatian dan pujian lebih-lebih lagi jika yang memujinya adalah lelaki. Bagi wanita yang bersuami, perhatian yang lebih daripada lelaki yang lain daripada suaminya sendiri boleh menyebabkan mereka berlaku curang. Pada kebiasaannya, kecurangan ini berlaku apabila suami sendiri kurang memberi perhatian kepada mereka dan pada masa yang sama ada lelaki lain yang lebih mengambil berat tentang diri mereka. Biasanya rakan-rakan sekerja yang rapat atau dilaman sosial menjadi tempat isteri meluahkan perasaan.

3. Berubah sikap dan penampilan

Perubahan sikap dan penampilan suami juga menjadi satu sebab mengapa isteri curang. Dulu jika suaminya seorang yang hensem dan kurus tetapi sekarang dah gemuk dan perut kedepan pasti ada sesetengah isteri perlukan pasangan yang lebih hensen daripada suami mereka. Wanita atau isteri sama juga seperti lelaki yang sukakan kecantikan atau kehenseman. Begitu juga dengan perubahan sikap suami. Dulu suaminya seorang yang penyabar, kelakar dan romantik tapi dek kerana perubahan usia dan tekanan kerja mungkin pasangannya berubah dan ini pastinya akan menganggu naluri isteri itu sendiri.

4. Terlalu banyak perbezaan

Biasanya masalah ini terjadi apabila pasangan berkahwin mempunyai perbezaan umur yang ketara.  Selain itu pasangan yang mempunyai latarbelakang sosial berbeza juga menjadi penyebab perkara ini berlaku. Dek kerana perbezaan umur dan latarbelakang sosial berbeza ini akan menyebabkan pasangan tersebut mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza dalam setiap hal. Akhirnya isteri yang tidak tahan sikap pasangannya akan mencari pasangan luar yang lebih memahami dirinya.

5. Balas rasa sakit hati

Biasanya alasan ini diberikan apabila isteri pernah dicurangi oleh suaminya. Sekalipun wanita lebih banyak menyimpannya dalam hati dan memendam rasa akibat hubungan sulit yang dilakukan oleh suaminya, ada juga yang beranggapan jika suaminya boleh berlaku curang mengapa dia tidak boleh.

6. Tarikan material

Semua isteri  atau wanita mahukan lelaki atau suami yang mampu memberikan kebahagian kepada mereka baik dalam bentuk perasaan mahupun material. Suami yang tidak mampu memberikan kebahagiaan dari aspek tersebut juga menjadi salah satu sebab mengapa isteri curang.




10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...