Isnin, 9 Julai 2012

Debat MCA dengan DAP 2.0

Baru selesai tengok rakaman debat 2.0 antara Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA iaitu Datuk Seri Choi Soi Lek berkenaan dengan 'Dasar siapa yang lebih memberi manfaat kepada negara'.

Aku tak mahu membicarakan tentang siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam debat tersebut tapi yang pasti, yang menang adalah rakyat Malaysia.

Sebenarnya era berdebat ini dimulakan dengan Anwar lawan Shabery, kemudian diikuti dengan Guan Eng lawan Tsu Koon, Rafizi lawan Khairi dan sehinggalah kepada Guan Eng lawan Soi Lek ini.

Banyak isu yang dikupas dan diutarakan oleh kedua-dua pendebat ini. Ada soalan yang dijawab dengan sempurna dan ada soalan yang langsung tidak dijawab. Mungkin sebab soalan itu, mereka tiada jawapan atau mungkin jika jawapan yang diberikan akan berbalik kepada mereka.

Bagi aku, sebagai seorang pemilih atau pengundi, debat ini memberi banyak informasi kepada aku tentang keupayaan pembangkang untuk mentadbir kerajaan jika mereka menang dan juga jasa-jasa kerajaan sekarang ini.

Cuma aku terkejut tentang kenyataan seorang ahli panel yang juga  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mengatakan yang dia telah 'cross check' berkenaan dengan rasuah atau salah tadbir urus di pihak kerajaan sebanyak RM26 bilion. Itu satu angka yang besar dan banyak.

Aku tak mahu membincangkannya, cuma aku berharap alangkah baik jika Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dapat berdebat dengan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim tentang hala tuju Malaysia dan menjawab segala tohmahan dan isu-isu yang dilemparkan selama ini.

Aku rasa rakyat Malaysia dapat menerima kaedah berdebat ini sebagai suatu kaedah yang baru bagi menilai dan memahami sesuatu isu yang bersangkutan.

Cuma satu yang aku harapkan iaitu ketika berdebat, usahlah berdebat dengan emosi, menghina peribadi lawan. Berdebatlah dengan semangat setiakawan.

Lagi satu kepada penyokong-penyokong parti yang menghadiri debat, tolonglah hanya bertepuk tangan dan jangan meng'boo'kan dan menjerit kepada pedebat yang anda tidak suka. Hormati hujahnya walaupun hujahnya mengarut.

Kita tunggu mungkin selepas ini akan ada debat antara Najib lawan Anwar ataupun mungkin Muhyidin lawan Azmin. Harap-harapnya ada.

P/S : Sepatutnya kita perlukan debat untuk kita menilai parti mana yang boleh membawa Malaysia lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.





Ahad, 8 Julai 2012

Mengapa tiada komen

Aku sebenarnya tak tahu kenapa tiada orang komen tentang entri-entri aku dalam blog ini. Nak kata tak ada orang yang melawat blog aku, ada kadang-kadang sehingga 130 orang pelawat sehari.

Bagi aku sebagai blogger baru, aku rasa 130 orang pelawat sehari itu kira dah bagus la tapi aku tak tahu adakah mereka ini membaca keseluruhan entri aku atau dia orang ni tersalah masuk atau tersesat kat dalam blog aku.

Untuk bersangka baik, mungkin dia orang ini masuk dan membaca entri-entri aku, tapi malas nak memberi komen. Jadi aku fikir mereka yang masuk melawat blog aku ini adalah pembaca diam atau 'silence reader'.

Nak kata aku ada follower, memang tak ada. Jadi aku anggap yang masuk pageview blog aku ini memang membaca entri-entri aku la. Tapi sebenarnya aku tak tahu adakah mereka ini bersetuju dengan setiap ulasan dalam entri aku atau langsung tak suka sebabnya langsung tiada komen yang diberikan.

Aku cuba la ikut 'fatwa' otai-otai yang mempunyai komen beratus-ratus dalam satu entri, tapi hasilnya tetap sama.

Antara 'fatwa' tersebut ialah kena berblogwalking, blog nampak kemas (kemas ker blog aku ni?), kena ringankan blog (blog aku hanya 83.5 aje tak sampai 100) , kena visit blog-blog yang lain dan memberi komen (inipun aku buat tapi mungkin tak banyak) tapi semuanya tak ada kesan.

Kadang-kadang itu macam malas lagi nak berblogging tapi aku kena fikir balik apa niat asal aku semasa aku buat blog ini.

Niat asal aku bukan nak jadi popular cuma untuk meluahkan pendapat aku saja. Aku nak luahkan pendapat aku berkenaan dengan sesuatu perkara dari sudut pandang aku yang mungkin berbeza dengan orang lain jadi, medium yang paling baik adalah blog.

Juga niat aku untuk berkongsi ilmu dengan orang lain semoga ilmu yang aku kongsikan jika diamalkan akan menjadi sedekah buat aku di kemudian hari.

So, aku rasa tak apalah kalau tak ada orang komen dalam setiap entri aku, asalkan ada orang yang sudi pageview blog aku, itu sudah okey.


Khamis, 5 Julai 2012

Apek (Khairul Fahmi) berlakon dalam 'Semua Boleh Bolt' part 2

Ini adalah sambungan kepada drama 'Semua Boleh Bolt'part 1  yang dilakonkan oleh Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek penjaga gol pasukan bolasepak Kelantan dan juga pasukan Kebangsaan Malaysia.

Apek yang melakonkan watak sebagai pengawal keselamatan yang sebelum ini sentiasa dibuli telah berubah menjadi begitu kuat apabila telah dihadiahkan sepasang kasut.

Sebenarnya ini adalah salah satu promasi kasut sukan PUMA: saksikan video cerita tersebut




Sila kongsikan dengan kawan-kawan.

Kakitangan awam tiada bonus raya

Bernama menafikan berita yang melaporkan kononnya kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam untuk sambutan Hari Raya Puasa tahun ini.

Berita palsu itu disiarkan isnin lepas dalam sebilangan akaun facebook selepas mereka yang bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita myMetro, untuk membuatkannya kelihatan sahih.

Laporan yang mengatakan kerajaan akan membayar bonus adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang mempunyai agenda tertentu.

Dengan penafian ini, bermakna kakitangan awam akan kempunanlah untuk mendapat bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 sepertimana yang diharapkan.

Dari sudut pandang menantikan apa kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkenaan perkara ini.

P/S : sila kongsikan kepada kawan-kawan anda maklumat ini.

Rabu, 4 Julai 2012

Air mata Erra Fazira

Secekal dan setabah manapun seorang wanita itu, pasti air mata yang ditahan selama ini akan tumpah jua apabila rumah tangga yang dibina atas dasar cinta berdepan dengan ujian dari Allah.

Itulah yang berlaku pada aktress yang jelita ini, Erra Fazira yang akhirnya tidak mampu menhan air matanya daripada terus menitis apabila isu berkaitan rumah tangganya yang didakwa bergolak dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin semakin hangat diperkatakan orang dan menjadi paparan utama akhbar dan laman blog.

Isu semakin panas apabila Erra turut meluahkan status mengenai rumah tangganya di laman twitternya, baru-baru ini yang menimbulkan pelbagai spekulasi iaitu 'suatu hari saya akan bersuara'

Erra yang menghadiri majlis pelancaran drama bersiri 'Mana Hilangnya Juwita' kelihatan kurus.Tidak dapat dinafikan, aktress popular itu nampak tertekan kerana sering diasak persoalan yang sama daripada pihak media.

"Sebenarnya, saya sudah penat apabila kerap ditanya soalan yang sama sedangkan saya belum ada jawapan untuk itu. Sebelum ini saya fikir saya 'Superwoman' tapi sebagai insan biasa ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan gosip serta tohmahan orang mengenai rumah tangga kami."

"Saya belum bersedia untuk berkongsi cerita berkaitan dengan rumah tangga kami dan akan terus bertahan selagi terdaya. Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu rumah tangga kami kerana tidak mahu kenyataan yang diberikan akan disalahertikan segelintir pihak sekaligus mengeruhkan keadaan sedia ada" Kata Erra lagi.

"Apa yang boleh dikatakannya, tiada rumah tangga yang sempurna begitu juga rumah tangganya kerana ia perkara biasa dihadapi mana-mana pasangan berkahwin".

"Apapun, sama ada jalan seorang ke 'kanan' dan seorang lagi ke 'kiri' yang kami pilih nanti, saya reda. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami" katanya.

Menurut Erra, apa yang dilakukan sekarang adalah untuk masa depan dan kebahagian anak kesayangannya iaitu Engku Aleesya kerana beliau tidak mahu anak tunggalnya ini terjejas dengan konflik rumah tangga beliau.


P/S : Darisudutpandang mendoakan yang terbaik buat Erra dan Engku Emran.

 Sumber: harian metro

Selasa, 3 Julai 2012

Shabery Cheek bersalah




Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Belia Dan Sukan telah mengaku bersalah di atas kesilapannya kerana terlepas pandang berkenaan dengan persembahan kumpulan Kpop yang dijemput semasa Himpunan Jutaan Belia yang baru lalu.

Kumpulan Kpop wanita yang memakai seluar pendek semasa membuat persembahan telah dijadikan isu oleh pihak-pihak yang tertentu kerana ianya dikatakan telah melanggar adat dan budaya penduduk di Malaysia.

Sebagai seorang pemimpin besar, sikap Shabery Cheek yang menyedari kesilapan beliau dan terus memohon maaf adalah satu sikap yang perlu disanjung dan perlu dicontohi oleh setiap pemimpin besar yang lain. seperti kata pepatah, jikalau ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
Ada pemimpin besar lain dah terang-terang bersalah masih tidak mengaku kesilapan. Jangankan memohon maaf tapi diberinya seribu alasan yang kadang-kadang langsung tidak masuk akal.

Ada kalangan pihak pembangkang mengambil peluang di atas kesilapan ini dengan menghentam Shabery Cheek dan pihak kerajaan dengan mengatakan kerajaan menganjurkan himpunan maksiat di Putrajaya.

Selang beberapa hari kemudian pihak pembangkang pula menganjurkan 'Bertam Nite' iaitu majlis mengumpul dana bagi pilihanraya yang mana terdapat penyanyi memakai pakaian yang lagi teruk daripada pakaian yang dipakai oleh penyanyi Kpop.

Ini membuktikan kadang-kadang manusia melakukan kesilapan dan yang lebih mulia apabila mengaku kesilapan itu dan memohon maaf.

Pihak UMNO perlu lebih ramai pemimpin besar seperti Shabery Cheek ini.



Ini adalah persembahan yang menyebabkan Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dihentam


Ini pula adalah persembahan 'Bertam Nite' yang dianjurkan oleh pihak pembangkang

Apek (Khairul Fahmi) berlakon dalam 'Semua Boleh Bolt'



Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek kini mengembangkan bakatnya pula sebagai seorang pelakon. Apek yang juga penjaga gol Kelantan serta penjaga gol pasukan Harimau Malaya telah ditawarkan untuk berlakon dalam drama bersiri yang berjudul 'Semua Boleh Bolt'

Dalam drama tersebut Apek memegang watak sebagai pengawal keselamatan warga Nepal, bergandingan dengan penyampai radio polular, Fabes (Fly FM), Zain Saidin dan rakan seperjuangannya, Mahali Jasuli.

Apek berkata, bola sepak masih menjadi keutamaannya dan berlakon hanya untuk suka-suka dan berbentuk sambilan sahaja.

Lakonan untuk drama bersiri ini lebih kepada memenuhi permintaan pihak tertentu yang banyak menaja barangan sukan, katanya lagi.

Apapun , beliau tidak menafikan seronok berlakon sebagai pengawal keselamatan warga asing itu kerana berkonsep komedi dan spontan.

Sebelum ini Apek pernah berkata, yang dia tidak berminat untuk berlakon atau menceburi seni walaupun menjadi duta kepada SimplySiti.

Apek juga pernah muncul dalam video muzik nyanyian Andi A Merican.

Ditanya mengenai perancangan selepas ini, beliau masih menyatakan hasrat tidak terbabit aktif dalam bidang seni.

   




P/S : Apa komen anda bila Apek terlibat dalam bidang seni ini.



10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...