Khamis, 1 Januari 2015

Selamat tinggal 2014, Selamat datang 2015

Tinggal beberapa minit saja lagi kita akan meninggalkan tahun 2014 yang aku sifatkan tahun yang penuh duka buat negara dan kita sebagai rakyatnya.

Berbagai cerita duka dan pelik telah kita lalui pada tahun 2014 ini. Dari peristiwa suhu sejuk yang pertama kali dialami di Malaysia khususnya di Pantai Timur terutamanya di Kuala Krai yang mencecah 17.2 darjah Celsius iaitu yang kedua paling sejuk selepas Cameron Highland yang mencatat suhu 12 darjah Celsius sehinggalah kepada jatuhnya 3 buah kapal terbang.

Umumnya telah mengetahui bahawa kapal terbang milik Malaysian Airlines(MAS) dengan nombor kod MH370 yang dalam pernerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 telah hilang daripada radar dan sehingga artikel ini ditulis, kehilangan MH370 bersama 239 orang di dalamnya termasuk 12 anak kapal ini masih kekal menjadi misteri.

Belumpun reda dengan isu kehilangan MH370, kita dikejutkan pula dengan kapal terbang MAS, MH17 yang telah ditembak jatuh di udara ketika menghampiri sempadan Ukraine - Russia pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan kesemua penumpangnya. Kapal terbang ini yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal.

Ketika kita menghampiri penghujung 2014, kita dikejutkan pula dengan kapal terbang Air Asia QZ8501 yang jatuh terhempas di Selat Karimata, Indonesia ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura. Sehingga artikel ini ditulis, seramai 7 mayat telah dijumpai daripada keseluruhan 155 orang termasuk 7 orang anak kapal.

Pada bulan November dan Disember setiap tahun, negara kita mengalami masalah banjir terutamanya di pantai timur iaitu di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. Pada tahun ini bencana banjir yang berlaku amat teruk terutamanya di Kelantan. Ketika artikel ini ditulis terdapat 142,564 mangsa yang masih tinggal di pusat pemindahan berbanding 147,072 sebelum ini di Kelantan. Manakala di Terengganu pula terdapat 31,805 mangsa yang terlibat dan di Pahang pula 37,389 mangsa. Banjir bukan saja berlaku di pantai timur tetapi di Perlis, Kedah ,Perak dan Johor juga terlibat dengan banjir.

Sebagai orang islam, bencana yang berlaku adalah amaran daripada Allah kepada hambanya. Seperti firman Allah dalam surah as-syura ayat 30 yang membawa maksud:

"Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu"









10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...