Selasa, 6 Mei 2014

Bujang lapok terakhir tinggalkan kita: Datuk Aziz Sattar

"Walaupun rupamu tidak ku kenal, namun lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku" adalah salah satu dialog yang diucapkan oleh Datuk Aziz Sattar dalam filem Bujang Lapok yang diingati sehingga kini.

dari sudut pandang, Aziz Sattar meninggal dunia
Kini, insan yang mengabdikan diri di sepanjang hayatnya dalam bidang seni akhirnya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang pukul 2 pagi tadi di Hospital Kajang setelah dimasukkan ke wad sehari sebelum itu akibat serangan jantung. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Allahyarham Datuk Aziz Sattar atau nama sebenarnya adalah Abdul Aziz Bin Sattar, lahir pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Surabaya, Indonesia. Beliau dibawa oleh keluarganya ke Singapura ketika beliau berumur 3 tahun. Datuk Aziz Sattar pernah bekerja sebagai pemandu lori sebelum bekerja di Malay Film Production sebagai krew sebelum ditawarkan sebagai pelakon pembantu dalam filem Putus Harapan. 

Allahyarham telah berkahwin sebanyak 3 kali iaitu kali pertama dengan Siti Ruminah Ahmad sebelum bercerai dan berkahwin dengan Dayang Sofiah yang juga pelakon, tetapi malangnya jodohnya juga tidak panjang sebelum berkahwin dengan Hashimah Delan.

Dalam banyak-banyak filem yang beliau berlakon, filem Bujang Lapok telah mengangkat namanya sebagai pelakon komedi yang versatil disamping Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S.Shamsuddin.

Moga Allah menempatkan Allahyarham Datuk Aziz Sattar di kalangan hamba-hambaNya yang beriman...ameen.

Al-Fatihah....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...