PE ialah satu keadaan dimana ejakulasi berlaku dalam lingkungan masa satu minit atau kurang ketika berlakunya penetrasi; tidak dapat mengawal atau melambatkan ejakulasi ketika penetrasi.
Kenapa ejakulasi pramatang ini sering berlaku kepada lelaki?
Satu kajian yang telah dijalankan di rantau Asia Pasifik mendapati seorang daripada 3 lelaki dikesan mengalami masalah ejakulasi pramatang ketika melakukan seks dengan pasangan.
Perkara ini didedahkan hasil kaji selidik keatas 3500 leaki dan wanita berusia 18 hingga 45 tahun dari Australia, China, Hong Kong, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.
Di Malaysia, 45 peratus lelaki dan 71 pasangan yang ditemuramah dalam kaji selidik ini mempunyai pengalaman ejakulasi pramatang dan mengaku tidak berpuas hati dengan hubungan mereka dan seterusnya menjadikan masalah ini menjadi serius di kalangan lelaki di negara ini.
"Malu, tidak terbuka untuk berkongsi masalah dan enggan mendapatkan bantuan doktor menjadi penyumbang kepada peningkatan kes. Masalah ini agak membimbangkan apabila ramai pasangan kecewa dengan kehidupan seksual mereka."
Hasil kaji selidik ini juga menunjukkan 44 peratus daripada pasangan terbabit mengakui ejakulasi pramatang mewujudkan jurang di antara mereka dengan pasangan.
Dalam kes lebih serius, 15 peratus lelaki dan 14 peratus wanita mengakui ejakulasi pramatang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga.
Dalam kalangan responden lelaki Malaysia yang mengalami ejakulasi pramatang, 38 peratus cenderung untuk mengelak daripada melakukan seks, manakala 20 peratus menjauhkan diri daripada pasangan masing-masing.
"Ejakulasi pramatang sama seperti isu kesihatan seksual lain dan boleh dirawat. Amat penting bagi lelaki mengalaminya dan pasangan mereka menyelesaikan masalah dengan berjumpa doktor."
Hasil daripada kaji selidik:
- 8 daripada 10 lelaki mengalami ejakulasi pramatang masih tidak didiagnos.
- 55 peratus tidak menyedari masalah boleh diatasi dengan berjumpa doktor.
- 50 peratus menyatakan mereka tidak mengambil tindakan kerana stigma dan malu.
- Bagi pasangan yang mengalami masalah, 47 peratus tidak pernah menggalakkan suami mendapatkan rawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan