Dulu bercinta selama 7 tahun, kemudiannya bertunang dengan perempuan lain dan putus, Fizz Fairuz akhirnya mengaku yang dia sebenarnya telah 'merujuk' kembali dengan bekas kekasihnya dan akan berkahwin.
Fizz Fairuz, 34 berkata, "Saya serius ingin berkahwin dengan Almy Nadia, 27 dan kali ini ia bukan main-main. Kami juga sudah melalui susah dan senang bersama dalam hubungan sebelum ini. Sepanjang 7 tahun kenal dengannya, saya yakin Almy adalah calon terbaik untuk dijadikan isteri,"
Menurut pelakon ini, dia merancang untuk berkahwin dengan Almy pada tahun hadapan.
"Saya juga ingin berjumpa dengan ibu Almy dan berbincang soal kahwin dalam tempoh terdekat ini. Almy juga sudah tahu mengenai perkara ini dan dia hanya mengikut saja apa yang saya rancangkan.
"Sebenarnya, saya yang minta Almy 'tutup mulut' mengenai perancangan untuk berkahwin sebelum ini kerana saya tidak mahu perkara ini diketahui lebih awal sehingga saya bersedia berjumpa keluarganya untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan kami iaitu ke jenjang pelamin.
"Mengikut perancangan, kami tidak akan bertunang sebaliknya terus bernikah kerana perkara yang elok perlu dipercepatkan. Saya amat bersyukur kerana Almy sudi menerima saya semula dalam hidupnya selepas apa yang terjadi sebelum ini."
Darisudutpandang: Baguslah macam tu. Kata orang kalau dah jodoh tu tak akan ke mana. Walau apa pun yang berlaku....... Tahniah buat Fizz Fairuz dan Almy Nadia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan