Selasa, 18 Jun 2013

Tanggungjawab seorang suami

Semua orang mengimpikan untuk membina keluarga sendiri, iaitu berkahwin dan mempunyai anak-anak sebagai penyambung zuriat. Bagi seorang lelaki, tanggungjawabnya selepas berkahwin adalah amat berat., lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Bukan sahaja bertanggungjawab dalam soal menyediakan tempat tinggal, makan dan minum isteri dan anak-anaknya tetapi juga bertanggungjawab dalam mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang diredhai oleh Allah.

dari sudut pandang, suami soleh, isteri solehah, tanggungjawab suami
Kali ini aku nak tulis berkenaan tanggungjawab suami, bukan sahaja untuk berkongsi dengan orang yang sudi membacanya tetapi sebagai panduan dan ingatan untuk diri aku sendiri.

"Aku terima nikahnya dengan si polan binti si polan dengan mas kahwinnya sebanyak sekian-sekian".

Bila sahaja telah disahkan oleh saksi maka secara automatiknya anda telah sah menjadi seorang suami dan segala amanah dan tanggungjawab berkaitan si wanita yang dinikahinya, yang sebelum ini dilaksanakan walinya itu dipindahkan ke atas bahu si suami.

Ada juga yang berkata lafaz tersebut membawa maksud:

"Aku terima segala dosa-dosa yang dilakukan oleh si polan binti si polan iaitu isteriku dan melepaskan segala tanggungjawab ke atas kedua ibu bapanya dalam mendidiknya ke arah jalan yang diredhai oleh Allah dan menjaganya dari api neraka serta juga anak-anak yang bakal dilahirkan olehnya dari benihku. Aku juga sedar jika aku gagal maka nerakalah tempatku"

Fuh.....berat sungguh tanggungjawab suami ini yea.

Justeru, suami wajib melaksanakan amanah dan memberi bimbingan serta tunjuk ajar yang baik terhadap isteri dan anak-anak dengan didikan agama dan pengajaran yang baik.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 43 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka."

Suami seperti imam (ketua) yang bertanggungjawab untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Kejayaan suami hanya terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dalam mendidik isteri dan anak-anaknya kearah yang diredhai oleh Allah.

Firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 6 bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya dari manusia dan batu (berhala)".

Tanggungjawab suami adalah juga dalam memberi pendidikan agama khususnya berkaitan fardhu ain, menasihati isteri dan anak-anaknya dengan penuh hikmah dan kasih sayang dalam mematuhi dan mentaati perintah Allah SWT termasuk juga dalam hal menutup aurat dan sebagainya.

Ingatlah wanita yang diciptakan oleh Allah amat unik, baginda Rasulullah s.a.w mengingatkan kita
melalui sabda baginda yang mulia bermaksud:

"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya, (ianya) akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)" - Riwayat Muslim

Justeru, marilah kita bersyukur dengan isteri yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita dan bersamalah kita memperbanyakan doa memohon supaya Allah menganugerahkan kita isteri dan zuriat keturunan yang menenangkan jiwa dan membantu kita dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sekiranya suami gagal melaksanakan amanah selaku ketua keluarga, maka takutilah ancaman Allah SWT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...