Akibat tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya ingin bercerai dengan dirinya, seorang suami sanggup mengikat tangan isterinya dan merogolnya.
Ikuti kisah lanjut:
Mangsa yang ketika itu berada didalam kereta selepas membeli barang disebuah pasar raya di Kepong, terkejut apabila pintu keretanya telah dibuka oleh seorang lelaki yang juga suaminya dengan terdapat sebilah pisau ditanganya serta mengarahkannya supaya mendiamkan diri.
Belum sempat mangsa melakukan apa-apa, suaminya terus mengikat tangan dan mengarahkannya ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut kereta milik mangsa menghala ke Batu Arang.
Sebaik tiba di suatu kawasan semak, mangsa dipaksa melakukan seks, namun mangsa enggan. Akibat keengganannya membuatkan suaminya berang dan terus merogolnya sebanyak dua kali dalam keadaan tangan mangsa yang masih berikat.
Tidak cukup dengan itu, gambar mangsa dalam keadaan bogel turut dirakam dan suami turut merayu supaya mereka kembali hidup sebagai suami isteri.
Bagaimanapun disebabkan serik dengan sikap baran suaminya, wanita tersebut enggan kembali dan menyebabkan lelaki itu naik angin dan mengugut mahu membunuh diri bersama sebelum merayu memikirkan masa depan anak mereka.
Suaminya akur dan terus mneghantar isterinya pulang semula ke pasar raya berkenaan sebelum melarikan diri.
Sebaik dibebaskan mangsa membuat laporan di Balai Polis Gombak. - Metro
Darisudutpandang: Mungkin disebabkan masih rasa sayang kepada isterinya dan tidak dapat menerima hakikat berkenaan menyebabkan suaminya bertindak demikian, tetapi kalau sayang mengapa bertindak demikian.
Isteri bukannya barang mainan apabila nak kita ambil, tak nak kita campak. Perlakuannya terhadap isterinya telah menunjukkan siapa diri dia yang sebenar......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan