"berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia"
Kali ini aku nak kongsikan suatu kisah tentang pengorbanan bekas isterinya yang sanggup menyerahkan badannya untuk ditiduri oleh para penculik asalkan penculik tersebut melepaskan bekas suaminya.
Kisah selanjutnya macam ini:
Bekas suami wanita tersebut yang berumur lewat 40-an diculik pada 10 Jun lalu selepas dia didakwa menipu 5 lelaki berkaitan dengan penjualan permit warga asing.
Natijahnya, bekas isteri itu diganggu kumpulan terbabit selain diminta untuk menyerahkan wang tebusan sebanyak Rm10 ribu bagi membebaskannya.
Wanita yang berusia 41 tersebut telah didatangi 5 lelaki berusia lewat 20-an ketika sibuk berniaga di Bukit Jalil. Kumpulan terbabit turut membawa bekas suaminya bersama sebelum mendakwa tidak berpuas hati dengan lelaki itu kerana telah menipu mereka.
Sumber berkata, bekas suami wanita itu kemudiannya dibawa semula bersama kumpulan penculik tersebut dengan menaiki Proton Waja berwarna biru.
Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 12:30 tengahari keesokan harinya, wanita itu dihubungi seorang lelaki dan meminta RM10 ribu sebagai wang tebusan jika mahu bekas suaminya dibebaskan.
"Mangsa memberitahu dia hanya memiliki RM1,100 dan suspek yang menghubunginya berkata dia setuju menerima jumlah berkenaan, namun untuk 'mencukupkan' jumlah RM10 ribu yang dituntut, mangsa perlu menyerahkan tubuhnya.
"Suspek memberitahu, persetujuan mangsa mengadakan hubungan seks bukan saja sebagai sebahagian bayaran wang tebusan, tapi juga bayaran bagi melunaskan hutang bekas suaminya itu," katanya.
Menurutnya, wanita terbabit kemudian diarahkan bertemu di sebuah pasar di Jalan Klang Lama dan diberi amaran agar merahsiakan perkara itu jika tidak mahu bekas suaminya itu ditembak sehingga mati.
Sumber itu berkata, bersimpati dengan nasib bekas suaminya wanita itu mengikut arahan diberikan dengan pergi bersendirian ke lokasi diarahkan.
"Sejurus tiba di lokasi berkenaan, mangsa menemui 5 lelaki sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pantai Dalam dan dipertemukan dengan bekas suaminya yang dijadikan tahanan.
"Mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang daripada ahli kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan RM1,100 sebagaimana yang dijanjikan," katanya.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak berakhir di situ kerana mangsa masih diganggu dan diugut biarpun sudah menyerahkan sejumlah wang dan tubuhnya kepada penjenayah terbabit.
Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa melaporkan perkara tersebut kepada polis. Di fahamkan suami mangsa sudah dibebaskan oleh kumpulan penjenayah terbabit.- Metro
Darisudutpandang: Walaupun tiada jodoh antara mereka namun mungkin kasih dan sayang wanita tersebut kepada bekas suaminya masih menebal membuatkan dia sanggup menyerahkan badannya bagi membebaskan bekas suaminya.
Adakah korang fikir berbaloi pengorbanan wanita tersebut kepada bekas suaminya??
Aku rasa tak ramai wanita yang sanggup berkorban seperti ini. Mungkin dia akan kata " korang bunuhlah bekas suami aku tu, biar dia mampus. Dia sudah tiada kaitan dengan aku"!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan