Khamis, 18 April 2013

PRU-13: Berkempenlah tanpa burukkan calon lain

Senario pilihan raya kalau tanpa kempen dan bendera parti hilanglah serinya dan hilanglah makna 'raya' itu.

dari, sudut, pandang, berkempen, calon, buruk, peribadi
sekadar gambar hiasan
Artikel ini aku tulis sebabnya semalam aku ada menghadiri satu kempen pilihan raya. Tak perlulah aku tulis dari parti mana dan siapa calonnya, cuma aku nak tulis disini adalah tentang perkara yang diucapkan oleh penceramah semalam dan aku percaya di tempat-tempat lain juga penceramah akan menyentuh perkara ini.


Apa yang aku nak sentuh adalah berkenaan dengan memburuk-burukkan peribadi parti lawan. Aku amat hairan kenapa perkara peribadi ini dijadikan modal untuk berkempen. Calon dari parti A kata, Calon dari parti  B kaki perempuan lah, gay lah, kaki seks lah, kaki kebas duit rakyat lah dan macam-macam lagi sampai cerita takut bini pun ada keluar...apa lah diorang ini.

Entahlah, semalam aku dengar kempen macam aku dengar orang cerita lucah pulak...nasib baiklah anak aku tak ikut...kalu tak.....?

Sepatutnya janganlah hanya cari salah orang dan memburukkan pihak lawan, sebaliknya buktikan kepada para pengundi yang kita boleh buat kerja dan boleh dipercayai dan lebih baik daripada parti lain. Buktikan juga manifesto dijanjikan rasional, intelektual dan dapat dilaksanakan barulah betul berkempen.

Dok gitu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...