Jumaat, 30 November 2012

8 perkara dalam mencari ilmu

Terdapat 8 perkara yang perlu dilakukan dalam mencari ilmu iaitu:

8 perkara dalam mencari ilmu1. Ikhlas

Daripada Ibn Umar r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki  
menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya 
daripada neraka".
    - Hadis riwayat Tarmizi

 
 
    Oleh disebabkan itu kita perlulah ikhlas dalam menuntut ilmu. Bukan hanya untuk lulus
    peperiksaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain-lain niat
    melainkan hanya kerana Allah SWT.

2. Beradab dengan orang yang memberi ilmu

    Berkata Imam Syafie:
    "Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, 
    menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh dan membenci orang yang tidak berlaku  
    adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu."
    - Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31

3. Banyak sabar

    Imam syafie pernah berkata:

    "Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan."
    - Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 237

4. Tulis setiap yang dipelajari

    Kata Abu Hurairah r.a:

    "Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang paling banyak meriwayatkan   
    hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku 
    tidak menulis."
    - Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi

5. Tawaduk

    Imam Ahmad bin Hambal berkata:

    "Kami disuruh supaya tawaduk (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu 
    daripadanya."
    - Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274

6. Menjauhi dari makan banyak

    Ibn Jama'ah berkata:

    "Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak 
    rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal."
    - Kitab Fadhlu al Ilmi, m/s 222

7. Tidur yang sedikit

    Firman Allah SWT yang bermaksud:

    "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata 
    air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka 
    sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di 
    waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)."
    - Surah Az Zariyat 51:15-18

8. Kurangkan berkata-kata yang tidak bermanfaat

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari ahirat, maka bercakaplah dengan perkataan 
    yang baik ataupun diam."
    - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...