Selasa, 18 September 2012

Nilai wang sebesar RM20

Ada satu cerita yang kawan aku ceritakan pada aku baru-baru ini berkenaan nilai wang RM20 kepada seorang anak.

Ceritanya macam ini:

Seorang bapa yang baru pulang agak lewat dari tempat kerja telah disapa oleh anaknya yang baru berusia lapan tahun.
"Ayah, boleh Fawwaz tanya satu soalan?"

"Ya, nak tanya apa?"

"Ayah, boleh tak Fawwaz tahu berapa gaji ayah untuk sejam"?

"Itu bukan urusan kamulah, nak tahu kenapa?"

"Fawwaz, saja nak tahu. Ayah, tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja?"

"30 ringgit sejam"

"Oh, banyak tu ayah". Kata si anak sambil memandang lantai, kemudiannya memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Boleh tak Fawwaz pinjam duit ayah sebanyak 20 ringgit?"

Si ayah menjadi berang dan berkata,"Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai minta sebanyak itu? Nak beli mainan lagi? Bukan ke ayah sudah belikan mainan baru-baru ini. Masih tak cukup ke? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit ikut suka aje. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni..."

Kanak-kanak lapan tahun itu terus terdiam dan perlahan-lahan melangkah ke biliknya sambil menangis.

Si ayah, duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu.

Selepas si ayah kembali tenang dan terfikir mungkin anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya sebelum ini tidak pernah meminta duit sebanyak itu. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah ke bilik anaknya dan membuka pintu.

Di dapati anaknya masih menangis dengan teresak-esak lalu dengan nada yang memujuk si ayah berkata, "kalau kamu betul-betul perlukan duit, nah ambillah duit 20 ringgit ini tapi kena bagitahu dulu untuk apa?"

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang sambil mengesat airmata yang masih bergenang. "Terima kasih ayah, Fawwaz sayang ayah".Katanya gembira.

Kemudiannya, si anak tersebut mencari sesuatu di bawah katilnya dan mengeluarkan satu tabung duit yang disimpannya di situ.

Lalu si anak mengeluarkan duit sebanyak 10 ringgit yang kemas berlipat dari dalam tabung.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit ini?" Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "Duit ini Fawwaz kumpul hampir sebulan dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Fawwaz minta lagi 20 ringgit sebab duit yang Fawwaz simpan belum cukup lagi." jawab si anak perlahan.

"Tak cukup untuk beli apa?" soal balik si ayah.

"Ayah, sekarang bila dah campur dengan duit yang ayah bagi sudah cukup 30 ringgit. Ayah ambil duit ini. Fawwaz nak beli sejam dari masa ayah di pejabat. Moga esok ayah dapat pulang awal dan boleh Fawwaz makan malam bersama dengan ayah.," jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Si ayah terus terkedu dan lantas memeluk anaknya.

P/S: Walau sesibuk manapun, kita perlu ada masa untuk anak-anak. Duit boleh dicari tapi masa yang berkualiti bersama dengan keluarga, bila kita biarkan ianya berlalu amat sukar untuk diganti. Dok gitu.......??






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...