Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Belia Dan Sukan telah mengaku bersalah di atas kesilapannya kerana terlepas pandang berkenaan dengan persembahan kumpulan Kpop yang dijemput semasa Himpunan Jutaan Belia yang baru lalu.
Kumpulan Kpop wanita yang memakai seluar pendek semasa membuat persembahan telah dijadikan isu oleh pihak-pihak yang tertentu kerana ianya dikatakan telah melanggar adat dan budaya penduduk di Malaysia.
Sebagai seorang pemimpin besar, sikap Shabery Cheek yang menyedari kesilapan beliau dan terus memohon maaf adalah satu sikap yang perlu disanjung dan perlu dicontohi oleh setiap pemimpin besar yang lain. seperti kata pepatah, jikalau ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
Ada pemimpin besar lain dah terang-terang bersalah masih tidak mengaku kesilapan. Jangankan memohon maaf tapi diberinya seribu alasan yang kadang-kadang langsung tidak masuk akal.
Ada kalangan pihak pembangkang mengambil peluang di atas kesilapan ini dengan menghentam Shabery Cheek dan pihak kerajaan dengan mengatakan kerajaan menganjurkan himpunan maksiat di Putrajaya.
Selang beberapa hari kemudian pihak pembangkang pula menganjurkan 'Bertam Nite' iaitu majlis mengumpul dana bagi pilihanraya yang mana terdapat penyanyi memakai pakaian yang lagi teruk daripada pakaian yang dipakai oleh penyanyi Kpop.
Ini membuktikan kadang-kadang manusia melakukan kesilapan dan yang lebih mulia apabila mengaku kesilapan itu dan memohon maaf.
Pihak UMNO perlu lebih ramai pemimpin besar seperti Shabery Cheek ini.
Ini adalah persembahan yang menyebabkan Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dihentam
Ini pula adalah persembahan 'Bertam Nite' yang dianjurkan oleh pihak pembangkang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan