Assalamualaikum
dan salam sejahtera
“Benci betullah asyik ‘trafik jem’ saja” itulah ayat yang biasa kita dengar sewaktu pagi dan petang. Kepada yang duduk di bandar-bandar besar mungkin sudah lali dengan ayat ini.
Sebenarnya kesesakan jalanraya ini bukan saja berlaku dibandar-bandar besar di bandar kecil juga berlaku misalnya di kampung aku di Kemaman juga mengalami masalah yang sama.
Apa yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalanraya? Sebagai seorang yang
bekerja dan yang sentiasa menggunakan jalanraya maka aku akan senaraikan
faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kesesakan jalanraya ini.
Selain daripada kereta yang banyak yang berada dijalanraya pada satu-satu masa (ya lah kan kalau kereta tak banyak macamana pulak berlakunya kesesakan jalanraya) dari pemerhatian aku kesesakan jalanraya berlaku kerana :-

1. Kesesakan disebabkan
oleh kemalangan
Pada kebiasaannya kemalangan adalah penyumbang utama kepada kesesakan
jalanraya sebab itu aku letak faktor ini paling atas. Biasanya kalau berlakunya
kemalangan ‘dia punya jem’ lain sikit iaitu hampir tak bergerak. Kalau berlaku
dilebuhraya bermakna ketiga-tiga lorong tak bergerak...tapi yang aku pelik
pulak walaupun kemalangan itu hanya sedikit dan ‘just’ langgar ‘bumper’
aje dan walaupun telah dialihkan ke
lorong kecemasanpun kesesakan pasti berlaku...ramai betul pemandu yang ingin
jadi penonton agaknya.
Lagi satu yang aku pelik ialah walaupun kemalangan berlaku dilorong sebelah tapi jalan yang tak ada kena mengena dengan kawasan kemalangan pun kesesakan juga berlaku...entahlah...jadi aku harapkan bila berlaku kemalangan dan tak terlibat dengan kemalangan tersebut..janganlah pulak memperlahankan kenderaan untuk menonton kejadian lainlah kalau kita orang pertama yang melihat kemalangan dan tidak ada sesiapa yang menolong maka kita wajib berhenti untuk menolong kerana dalam islam, ini termasuk dalam fardhu kifayah.

2. Kesesakan di Plaza Tol
Faktor yang kedua ini 'istimewa' sikit sebab ianya berlaku kepada pemandu-pemandu yang menggunakan lebuhraya saja...yang tak menggunakan lebuhraya tak akan mengalami kesesakan ini. Pada kebiasaannya kesesakan berlaku berhampiran dengan plaza-plaza tol kerana disitu tempat setiap kenderaan 'beratur' untuk membayar tol dan juga mengambil slip tol.
Pada pemerhatian aku kesesakan ini adalah disebabkan kaunter tol yang sedikit berbanding dengan jumlah kenderaan yang melalui laluan tersebut lebih-lebih lagi kepada pemandu yang menggunakan kaunter tunai yang kebanyakannya hanya ada tiga(3) sahaja disesuatu plaza tol dan ini menyebabkan banyak kenderaan perlu beratur panjang.
Sebenarnya kebanyakan yang mengalami kesesakan ini adalah pemandu-pemandu yang menggunakan kaunter tunai jadi aku amat-amat hairan kenapalah mereka tidak mendapatkan kad 'sentuh dan jalan' (touch n go) atau 'kad pintar' (smart tag) bagi memudahkan perjalanan mereka. Sanggup mereka beratur panjang semata-mata tidak mahu membeli kad elektronik ini...hairan-hairan.
3. Kesesakan di lampu trafik (trafic light)
Kebiasaannya kesesakan berlaku adalah disebabkan lampu trafik yang bertukar warna dari hijau ke merah terlalu cepat. Kadang-kadang baru lepas 3 buah kereta dah bertukar warna ke merah kalau ada yang tengah mengelamun lagilah....buatkan jem bertambah teruk.
Lampu trafik yang banyak juga disesuatu kawasan juga menyumbang kepada kesesakan. Bayangkanlah jika disepanjang jalan yang jaraknya tak sampaipun 2km tapi lampu trafik ada 3 pasti ianya menambahkan jem.
Akupun hairanlah kepada orang yang setting lampu ini...kenapalah tak buat bila lampu trafik yang pertama bertukar hijau maka lampu trafik dipersimpangan yang kedua dan ketigapun bertukarlah sekali ke warna hijau barulah perjalanan jadi lancar dan ini dapat mengurangkan kesesakan...tolonglah jurutera di JKR tengok sikit perkara macam ini.......
4. Kesesakan disusur masuk dan keluar jalanraya atau lebuh raya
Faktor yang ke4 ini kebanyakannya berlaku di lebuhraya persekutuan, MRR2 dan sebagainya. Aku amat-amat hairan bagaimanalah mereka yang design jalan ini. Maksud aku bila dah buat jalan susur keluar janganlah pulak didepan tu ada dua hingga tiga simpang lain lagi.. sebab kalau jalan susur keluar ini mula sesak maka ianya akan membawa kesesakan tersebut ke jalan utama. Ini yang biasanya berlaku di jalan yang aku nyatakan di atas. contoh yang paling dekat kepada sesiapa yang lalu jalan MRR2 ini ialah di depan Pandan Indah..susur masuk dan keluar inilah yang menyebabkan kesesakan di MRR2 di kedua-dua arah... lagi aku hairan dengan mereka ini yang mereka bentuk jalan..cubalah kaji dulu aliran trafik sebelum satu-satu keputusan di ambil....
Aku rasa disepanjang pemerhatian aku, terlalu banyak faktor yang menyumbang kesesakan tapi aku rasa inilah faktor-faktor yang menjadi penyumbang terbesar kenapa kesesakan berlaku. Kadang-kadang rimas betul bila berlakunya kesesakan ini, kalau ada jalan lain yang boleh aku elak pasti aku elak walaupun jauh...janji aku tak terjebak dengan kesesakan jalanraya ini. Kalau sistem pengangkutan awam negara kita sempurna pasti aku dah guna tapi masalahnya hampeh juga..kalau komuter janganlah, langsung tak tepati waktu...mungkin sangkut jem juga kut..hahaha.

P/S: Ada pandangan ...sila beri komen anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan