Baca tajuk di atas macam artikel kali ini 18sx lah pulak.... Aku tak nafikan ada sedikit perkataan yang digunakan di sini ada sedikit makna ke arah itu. Jadi amaran kepada yang elergi tentang seks tolong jangan baca yea.....hehehe.
Sebenarnya aku nak kongsikan satu cerita yang berlaku kepada satu pasangan di Rio Jeneiro, yang mana si isteri ini cuba untuk membunuh suaminya dengan cara melakukan seks. Aku harap di Malaysia ini jangan ada pasangan yang cuba melakukan perkara semacam ini....
Wanita dari Sao Jose do Rio Preto di Brazil telah bertekad untuk membunuh suaminya dengan meletakkan bahan bertoksik di dalam kemaluannya dengan cara mengajak suaminya melakukan seks dengannya.
Ketika si suami ini yang ingin melakukan seks oral kepada pasangannya, beliau telah mengesan bau yang agak aneh pada kemaluan isterinya dan terus membatalkan niatnya.
Lelaki yang juga suaminya berasa curiga dengan bau tersebut telah membawa isterinya ke hospital, di mana doktor telah menjalankan ujian terhadap isterinya dan didapati bahan tersebut adalah beracun.
P/S: Apa-apalah diorang ni.......kalau dah tak suka tu janganlah sampai membunuh.
Rabu, 30 Januari 2013
Selasa, 29 Januari 2013
Fakta menarik tentang kelab bolasepak dunia
Fakta menarik berdasarkan kajian majalah perniagaan Forbes dengan mengambil kira kepada akaun pendapatan, keuntungan dan tahap hutang hingga 2012.
5 Kelab Terkaya di Dunia
1. Real Madrid (Sepanyol) RM1.778 billion
2. Barcelona (Sepanyol) RM1.609 billion
3. Manchester United (England) RM1.414 billion
4. Bayern Munich (Jerman) RM1.305 billion
5. Arsenal (England) RM1.108 billion
5 Kelab Paling Bernilai di Dunia
1. Manchester United (England) RM6.8 billion
2. Real Madrid (Sepanyol) RM5.71 billion
3. Barcelona (Sepanyol) RM3.97 billion
4. Arsenal (England) RM3.97 billion
5. Bayern Munich (Jerman) RM3.74 billion
5 Pemain Terkaya
1. David Beckham (LA Galaxy) RM650.5 juta
2. Rio Ferdinand (Manchester United) RM173.5 juta
3. Ryan Giggs (Manchester United) RM144.5 juta
4. Wayne Rooney (Manchester United) RM144.5 juta
5. Steven Gerrard (Liverpool) RM130.1 juta
5 Pemilik Kelab Terkaya di England
1. Sheikh Mansour (Manchester City) RM96.3 billion
2. Alisher Usmanov (Arsenal) RM59.7 billion
3. Roman Abramovich (Chelsea) RM49.6 billion
4. Keluarga Liebherr (Southampton) RM14.5 billion
5. Joe Lewis (Tottenham) RM13.5 billion
5 Pemain Termahal Dunia
1. Lionel Messi (Barcelona) RM133.8 juta
2. David Beckham (LA Galaxy) RM127.7 juta
3. Cristiano Ronaldo (Real Madrid) RM118.4 juta
4. Samuel Eto'o (Anzhi Makhachkala) RM94.4 juta
5. Wayne Rooney (Manchester United) RM83.4 juta
5 Pengurus Kelab Terkaya di England
1. Sir Alex Ferguson (Manchester United) RM130.1 juta
2. Arsene Wenger (Arsenal) RM96.3 juta
3. Roberto Mancini (Manchester City) RM91.5 juta
4. Steve Bruce (Sunderland) RM43.4 juta
5. Alex McLeish (Aston Villa) RM28.9 juta

Isnin, 28 Januari 2013
PRU-13: Terkini tarikh pembubaran Parlimen dan pilihanraya.
Jika dilihat dengan isu-isu yang dimainkan oleh akhbar dan televisyen akhir-akhir ini macam dah dekat pilihanraya. Memang benar, pilihanraya sudah semakin dekat. Jika Perdana Menteri tak umumkan pembubaran parlimen pun tempoh kerajaan sekarang akan berakhir pada 14 April 2013.
Difahamkan, Datuk Seri Najib pasti tidak akan membiarkan perkara ini berlaku kerana jika beliau membiarkan Parlimen terbubar secara sendiri, maka akan hilanglah kewibawaan beliau sebagai Perdana Menteri.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Datuk Seri Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen pada hari Jumaat 22hb Februari 2013 dan penamaan calon akan dilakukan pada hari Sabtu 16hb Mac 2013. Manakala hari mengundi akan diadakan pada hari Sabtu 30hb Mac 2013.
Jika ini berlaku bermakna tempoh pembubaran parlimen sehingga penamaan calon mengambil masa 22 hari dan tempoh berkempen pula selama 14 hari.
Jumaat, 25 Januari 2013
Raja Azmi temui kekasih berumur 27 tahun
Raja Azmi, 53 tahun, seorang penerbit yang kontroversi yang juga bekas isteri kepada Jalani Sidek, dikhabarkan telah menemui cinta baru iaitu seorang lelaki yang berumur 27 tahun.
Lelaki yang berjaya menawan hati Raja Azmi bernama Hafiz Zain yang juga seorang gitaris.
Raja Azmi berkata, "Dia bersedia berkahwin bila-bila masa saja tetapi itu semua bergantung dengan Hafiz."
"Mulanya saya ambil kisah juga tentang perbezaan usia kami yang berbeza 26 tahun, tetapi kata Hafiz, umur bukan penentu kebahagian dan yang lebih penting, mereka perlu memikirkan perasaan masing-masing." tambahnya lagi.
"Saya sudah pun berjumpa dengan ibu Hafiz pada Isnin lalu, mulanya saya fikir ibu Hafiz tidak dapat menerima saya kerana jarak usia yang terlalu berbeza. Tapi bila Hafiz beritahu bahawa ibunya tidak kisah dengan sesiapapun pilihan dia, saya jadi lega." Katanya.
Mereka berkenalan bulan lalu ketika Hafiz sedang mengadakan persembahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Daripada bertukar nombor telefon dan mengirim mesej, kata Raja Azmi, cita mula berputik.
P/S: Sekarang ini sudah menjadi satu trend lelaki tua kahwin dengan wanita muda dan wanita tua kahwin dengan lelaki muda.....tak kisah asalkan mereka bahagia..dan Dari sudut pandang mengucapkan selamat berbahagia buat Raja Azmi.

Khamis, 24 Januari 2013
Misteri kehilangan duit Lisa Surihani terbongkar
Berapakah tahap keselamatan wang kita di Bank??, jika perkara ini boleh berlaku terhadap Lisa Surihani, perkara inipun mungkin boleh terjadi kepada kita.
Ini kerana misteri kehilangan duit di dalam akaun bersama Lisa Surihani dengan ibunya, yang berjumlah RM50,000.00 akhirnya terbongkar apabila pihak polis mendapati kehilangan duit tersebut berpunca daripada orang dalam sebuah bank.
Kakitangan bank yang juga seorang wanita dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000.00 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini.
Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata itu ditahan jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).
Wanita ini yang bekerja di bank terbabit telah memalsukan dokumen Lisa sebelum membatalkan kad yang lama dan seterusnya membuat salinan baru kepada kad tersebut dan mengeluarkan wang untuk perbelanjaannya.
Walaubagaimanapun wanita tersebut tidak direman kerana suspek mengidap sakit jantung.

Selasa, 22 Januari 2013
Rozita Che Wan berserah
Selepas kenyataan daripada Zain Saidin berkenaan dengan hubungan antara mereka berdua, Rozita Che wan mengambil sikap untuk tidak memberikan komen terhadap kenyataan tersebut.
"Itu kenyataan daripada Zain, saya tak nak komen apa-apa kerana saya bimbang apa yang saya katakan nanti akan buat dia kecil hati. Saya jadi serba salah dan pada masa yang sama kasihankan Zain." jelas Rozita Che Wan mengenai kenyataan Zain Saidin yang mereka akan berkahwin hujung tahun ini.
"Jawapan Zain itu diputar belit, membuatkan saya jadi pening kepala. Hubungan kami memang rapat dan dia seoranglah saya berkawan sekarang, tetapi saya belum bersedia untuk berkahwin lagi."
Sebelum ini, Rozita Che Wan atau Che Ta pernah dikaitkan dengan Shahir (juara AF8), Beego dan beberapa ahli perniagaan.
Rozita menambah lagi, "Sudah 10 tahun saya hidup solo dan sudah terbiasa hidup sendiri. Anak-anak pun sudah besar. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Saya bimbang bila berkahwin nanti, saya tidak dapat memikul tanggungjawab dan tidak dapat memberi sepenuh komitmen kepada rumah tangga."
"Zain memang menunggu detik itu tetapi saya pula 50-50, ada pun tak apa (kahwin), tak ada pun tak apa. Sebab itu apabila orang tanya soal nikah kahwin ini, saya senyum saja," katanya.

Zain Saidin dan Rozita Che Wan kahwin Disember
Pelakon yang cantik ini sentiasa menjadi buruan media mahupun lelaki. Ramai lelaki yang dikaitkan dengan pelakon ini tapi yang hairannya kebanyakan lelaki yang dikaitkan dengan beliau semuanya lebih muda umurnya daripada beliau. Pelakon yang dimaksudkan adalah Rozita Che Wan.
Nampaknya dengan kenyataan Zain Saidin ini, pasti ramai lelaki yang kecewa.......
Zain Saidin, 29 tahun berkata, "Insya Allah, saya mungkin mendirikan rumah tangga bersama Rozita Che Wan, 42 tahun pada Disember depan. Semuanya masih dalam perancangan dan bergantung pada rezeki."
"Untuk pengetahuan, saya juga bersedia menerima dua anaknya tambahan pula sudah tiga tahun mengenali hati budi aktres itu," katanya lagi.
"Saya tahu Rozita cantik dan hanya orang tidak siuman bercakap sebaliknya, Namun, bukan paras rupa dipandang tetapi dia memiliki satu keistimewaan," tambah Zain tanpa menerangkan keistimewaan Rozita.
Kata Zain, dia turut mengenali dua anak lelaki pelakon terbabit berikutan sudah berjumpa.
Menurut Zain, setakat ini dia belum menemui keluarga pelakon itu di Alor Setar, Kedah dan mahu membuat perancangan sedikit demi sedikit.
Zain juga mengakui yang semua ini hanyalah perancangan dan meletakkan rezeki itu mutlak milik Allah SWT.
sumber

Khamis, 17 Januari 2013
Rajagobal oh Rajagobal
Aku hairan betullah dengan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal dalam membuat pemilihan pemain. Aku tak tahu mekanisma apa yang digunakan dalam memilih pemain yang layak untuk mewakili pasukan Harimau Malaya (Bolasepak Malaysia).
Kali ini, untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2013 di Doha Qatar yang bermula pada 6 Februari ini, Datuk K Rajagobal telah mengugurkan tujuh (7) pemain skuad Piala AFF termasuk kapten, Safiq Rahim.
Dalam senarai pemain yang dikekalkan, aku terkejut kerana nama Amar Rohidan ada disitu kerana dalam penilaian aku ketika melihat permainan pemain ini di dalam kejohanan Piala AFF tempohari sepatutnya dia antara yang digugurkan. Mungkin pemain ini menjadi kesayangan Rajagobal??
Daripada senarai 26 pemain yang disenaraikan bagi mengikuti latihan pusat dan pemilihan bermula 26 Januari 2013, Rajagobal memanggil semula 10 pemain yang diketepikan sebelum ini termasuk tonggak Kelantan, Mohammad Nor Farhan dan Ashaari shamsudin dari Terengganu.
Dalam senarai itu juga yang menghairankan adalah tiadanya nama Piya (Mohd Badhri), Nazmi Faiz, pemain yang disenaraikan oleh ESPN sebagai yang ke-9 terbaik Asia, Rozaimi Abdul Rahman dan juga Brendan Gan (pemain kelahiran Malaysia bermain dengan pasukan Sydney FC)
Berikut adalah senarai pemain yang telah disenaraikan:

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Farizal Marlias
Norazlan Razali
Pertahanan
Mahali Jasuli
Mohd Bunyamin Umar
Asraruddin Putra Omar
Mohd Aidil Zafuan
Nik Mohd Shahrul Azim
Mohd Faizal Muhamad
Amiridzwan Taj
K Rueben
Mohd Fadhli Shas
Tengah
K Gurusamy
S Kunalan
Yong Kuong Yong
Azamuddin Akil
Shakir Shaari
Nor Farhan Muhammad
Ashaari Shamsuddin
Amar Rohidan
Wan Zack Haikal
Gary Steven
Penyerang
Khyril Muhymeen
Norshahrul Idlan
Safee Sali
Fauzi Roslan
Kalau sesiapa yang tak pernah tengok Brendan Gan main, ini videonya:
Isnin, 14 Januari 2013
Lisa Surihani kehilangan RM50,000.00
Lisa Surihani, pelakon popular yang juga isteri kepada Yusri KRU telah kehilangan duit berjumlah RM50,000.00 di dalam akaun bersama ibunya, Siti Amira Ahmad dipercayai telah dicuri oleh individu yang tidak dikenali.
Kehilangan duit tersebut disedari pada Jumaat lalu kira-kira jam 10:30 pagi apabila ibu Lisa Surihani, Siti Amira Ahmad ingin mengeluarkan sejumlah wang di mesin ATM di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi dan didapati duit yang disimpan telahpun dikeluarkan.
Ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.
Menurutnya, apabila dirujuk kepada pihak bank dia diberitahu kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.
Selepas semakan dilakukan, rekod menunjukkan berlakunya pengeluaran wang di dalam akaun di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang pada selasa lalu.
Berikutan itu, Lisa Surihani bersama ibunya telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Sabtu, 12 Januari 2013
6 sebab beruntungnya menjadi perempuan dan isteri.
Kali ini aku nak kongsikan kelebihan menjadi perempuan dan isteri serta pesanan buat lelaki yang bergelar suami. Semoga mendapat manfaat darinya.
1. Dia bekerja dengan Allah jadi 'kilang' manusia. Setiap bulan diberi cuti bergaji penuh tujuh (7) hari sehingga 15 hari sebulan, dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. (waktu wanita datang bulan).
2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tiada cuti dari sembahyang, wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Allah beri kepada wanita, jadi kenapa takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk syurga.
4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa suami dia tak tanggung.
5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala lebih yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tidak akan dapat pahala lebih ini.
6. Manakala suami pula mempunyai tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa anak isteri yang tidak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya dan semua lelaki fahami hati naluri seorang perempuan dan isteri agar tidak derhaka denganNya.

Geng lepak bogelkan isteri orang
Apalah nak jadi dengan masyarakat kita ini, tak boleh ditegur langsung.. mulalah berdendam dan buat perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Inilah yang berlaku kepada sorang isteri akibat tindakan suaminya yang sering menegur sekumpulan remaja yang sering melepak di kawasan perumahan yang berhampiran dengan rumahnya, isterinya nyaris dirogol ketika lelaki tersebut tiada dirumah.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi, mangsa yang sedang tidur dibiliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan. Dia tersedar daripada tidur apabila terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.
Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar.
"Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel selain cuba merogol saya".
"Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya," kata wanita tersebut.
Beliau berkata, kumpulan itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan.
Kumpulan tersebut juga telah melarikan barang kemas, telefon pintar, IPad dan wang yang disimpan dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.00.
"Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di internet sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca daripada tindakan suami saya yang sering menegur kumpulan itu yang membuat kacau selepas mengambil minuman keras.
Kejadian ini telah dilaporkan di Balai Polis Jalan Tun Razak.
sumber
P/S: Saya percaya kejadian seperti ini akan menyebabkan masyarakat akan berfikir banyak kali untuk menegur jika terlihat sesuatu yang menyalahi undang-undang.
sekadar gambar hiasan |

Isnin, 7 Januari 2013
8 sebab susah mendapatkan rezeki
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian.
2. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik.
5. Riak bila bersedekah.
6. Banyak berbuat maksiat atau kemungkaran.
7. Tidak atau kurang beristighfar.
8. Tidak bersyukur atau banyak mengeluh.
Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi dari segi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, untuk mendapatkan anak, peluang kerja, jodoh dan lain-lain.
Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperolehi rezeki yang melimpah ruah. tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan dipanggil 'istidraj'.
Wallahu'alam
19 keistimewaan wanita terhadap lelaki
Kata orang disebalik kejayaan lelaki terdapat wanita dibelakangnya...ehhh betul ke? Tapi yang pasti tanpa wanita, lelaki tidak dilahirkan (kecuali nabi Adam).
Jom kita baca apakah kelebihan wanita ini terhadap lelaki...Semoga setiap wanita berasa bangga dan bertambah semangat untuk menjadi wanita yang solehah, yang akan masuk syurga dengan mudah. Insya Allah.
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda:

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a: "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan dilaut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w: "Suaminya". Aisyah bertanya lagi: "Siapa pula berhak terhadap lelaki?", Jawab Rasulullah s.a.w: "Ibunya"
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya 10,000 tahun.
15. Apabila seseorang perempuan mengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seseorang ibu itu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Wallahu'alam.
Ahad, 6 Januari 2013
Kelebihan kucing berbanding dengan haiwan lain
Kebanyakan kita sukakan kucing termasuklah juga keluarga aku. Walaupun sebenarnya aku secara peribadi tidak sukakan kucing namun aku tidak membenci haiwan yang manja ini. Dalam keluarga aku juga, Gendut dan Putih menjadi tempat bermanja anak-anak aku......
Ikuti kisah dan kelebihan kucing berbanding dengan haiwan lain................
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad s.a.w memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, tatkala Nabi hendak mengambil jubahnya, baginda dapati Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong lengan jubah yang ditiduri Mueeza.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan tunduk kepada Nabi. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut badan kucing itu tiga kali. Setiap kali menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiaw ketika mendengar suara azan, seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan agar menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Dalam sebuah hadis sahih Al bukhori, dikisahkan seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya mencari makannya sendiri. Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi amat menyukai kucing dan memelihara beberapa ekor kucing jantan dirumahnya sehinggakan beliau digelar dengan panggilan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan).
Nabi menegaskan dalam hadis baginda bahawa kucing adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwuduk. Hal ini dinyatakan dalam hadis baginda:
Diriwayatkan Ali bin Al Hasan dan Anas menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pergi ke Bathhan, suatu daerah di Madinah. Lalu baginda berkata, "Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bekas." Lalu Anas menuangkan air kedalam bekas bejana. Namun sebelum sempat Nabi mengambil wuduk tiba-tiba datang seekor kucing dan menjilat bekas air tersebut. Melihat kejadian itu Nabi berhenti sehingga kucing itu berhenti minum, lalu Rasulullah berwuduk. Nabi ditanya mengenai kejadian itu, baginda menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumahtangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis,"
Sabda Rasulullah s.a.w ini yang dilafazkan 1,500tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains zaman sekarang.
Sains mendapati kulit kucing mempunyai otot-otot yang berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing pula dilapisi pelbagai benjolan kecil yang runcing di mana benjolan itu berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna membantu membersihkan kulitnya.
Jika kita lihat kucing sedang minum, kita dapati tiada setitis air pun jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar itu berfungsi untuk membuang bulu-bulu mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa bulu di badannya.
Kajian yang dijalankan
Telah dilakukan pelbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. Pada bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) dalam mulut dan lidahnya.
Hasil ujian
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80 peratus, jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di dalam badan kucing.
Kesimpulannya sains merumuskan kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan doktor dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di klinik Haiwan Baitharah mengatakan, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.
Ini amat berbeza dengan anjing. Dr. Gen Gustafsirl menemui banyak kuman pada anjing. Manusia pula mempunyai kira-kira 25 peratus kuman berbanding anjing. Kucing hanya mempunyai separuh sahaja kuman berbanding manusia. Doktor haiwan sebuah klinik haiwan di Damsyik, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih bernama lysozyme.
Mengapa kucing kurang menggemari air? Ini kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.
Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadis mengenai kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mentua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wuduk. Pada masa itu datang seekor kucing ingin minum, lantas ia menuangkan air dibekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Perhatikanlah". Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?" Kabsyah menjawab, "Ya". Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Kucing suka berkeliling di rumah (binatang rumahan)." - Hadis riwayat At Tirmidzi, An Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah.
Subhanallah! Hikmah dan kebenaran islam tidak melarang manusia bercampur dengan kucing yang telah dituturkan oleh Rasulullah sejak 1,500 tahun lalu telah dibuktikan dengan fakta sains era moden.
Wallahu'alam......

Rabu, 2 Januari 2013
Majlis perkahwinan sepupu di Rembau: Part 1
Sebenarnya majlis sambut menantu ini telah diadakan pada 29hb Disember yang lepas di Rembau. Dek kesuntukan masa, baru sekarang dapat menulis berkenaan dengan majlis ini.
Sebenarnya, orang Negeri Sembilan amat kaya dengan adat pepatihnya dan aku amat bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada majlis ini. Ia bermula daripada malam sebelum majlis sambut menantu sehinggalah ke majlis berakhir. Cuma aku agak terkilan kerana tidak dapat mengambil gambar ketika Buapak datang ke majlis ini. Ini kerana untuk pengetahuan semua, ada adatnya ketika Buapak ini datang ke Majlis perkahwinan. Walaubagaimanapun lihatlah gambar-gambar disekitar perkahwinan sepupu kepada isteri aku, iaitu Asfar, anak kepada Pak Su.
Malam sebelum majlis berlangsung, masing-masing sibuk memasukkan bunga telur untuk majlis keesokkan harinya.
Lauk-pauk yang dimasak hasil daripada gotong royong sanak-saudara serta jiran-jiran. Ternyata semangat gotong royong dan muafakat masih menebal dikalangan adik-beradik dan penduduk kampung di sini.
Ikuti gambar-gambar ketika majlis menyambut menantu berlangsung.
Di sini juga aku melihat ada dikalangan wanita menjinjing bekas di tangan, bila aku bertanyakan perkara tersebut kepada isteri aku, dia mengatakan mereka meletakkan beras ke dalam bekas tersebut untuk dibawa ke rumah pengantin dan pihak pengantin membalasnya dengan meletakkan pulut kuning di dalam bekas tersebut. Ternyata adat ini masih lagi wujud dalam masyarakat kampung.
Aku dan keluarga mengucapkan selamat pengantin baru buat Asfar dan pasangannya. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Langgan:
Catatan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...