Selasa, 16 Februari 2016

Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini adalah sambungan daripada kisah seorang sahabat: Ujian Allah belum berakhir dan tujuan aku tulis ini sebagai inspirasi dan panduan buat kita semua.

Sakit dada yang selama ini Apai alami sebenarnya adalah kanser. Ini dibuktikan dengan ujian darah yang dilakukan oleh doktor. Cuma kanser apa dan stage berapa itu tidak diketahui. Ini kerana Apai tidak menjalani ujian selanjutnya yang diarahkan oleh doktor. (Ini yang menjadi satu kekesalan buat aku sehingga kini atas kedegilan Apai).

Bila mendapat tahu yang beliau mengidap kanser, aku lihat Apai 'down' gila...apa taknya...penyakit yang semua orang takut kerana penyakit ini boleh menyebabkan kematian.

Apai ada memberitahu aku yang dia berjumpa dengan seorang professor yang mengkaji tentang kanser dan professor ini mengarahkan Apai membuat semula ujian darah dan keputusan ujian darah itu mengatakan yang Apai mengidap kanser darah. Professor itu juga meminta agar Apai mencuba ubat-ubatnya yang memang terbukti berjaya mengawal kanser. Ubat yang dimakan oleh Apai ini menyebabkan beliau benar-benar 'flat'. Apa taknya bila makan sahaja ubat ini, Apai akan muntah. Hampir 2 bulan juga aku tidak berjumpa dengan Apai.

Disebabkan ubat dari Professor itu agak mahal maka hanya sebulan sahaja dia mampu membeli ubat tersebut. Apai kata ubat yang dibekalkan untuk sebulan adalah berjumlah rm30 ribu.

Bila tak mampu membeli ubat maka Apai beralih pula kepada ubat-ubat herba misalnya belalai gajah, madu kelulut, keladi tikus dan durian belanda. Apai pantang dengar ubat herba untuk kanser pasti dicubanya dan yang menjadi rujukannya adalah 'google'.

Mungkin ada yang bertanya adakah Apai menjalani rawatan kemoterapi dan jawapannya adalah tidak. Aku pernah bertanya hal ini kepada Apai jawabnya jika dia menjalani kemoterapi, tubuhnya pasti akan lemah dan dia tidak mampu lagi untuk mencari rezeki untuk anak-anak dan isterinya.

Aku memang kecewa dengan alasan yang diberikan oleh Apai tentang kemoterapi. Memang aku tahu akan kesan kemoterapi namun apa salahnya untuk Apai mencuba kaedah itu, sekurang-kurangnya kanser yang berada dalam badan Apai dapat diatasi...tapi alasan yang diberikan oleh Apai ada benarnya sebabnya jika dia terlantar sakit siapa lagi yang boleh diharapkan untuk mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

Oh ya, aku terlupa tentang rawatan alternatif iaitu bomoh. Ada juga beberapa bomoh yang Apai temui untuk mendapatkan rawatan kanser iaitu bomoh yang dikatakan terkenal di Dungun, di Selayang dan juga di Seremban. Hanya bomoh di Seremban sahaja yang boleh dikatakan serasi dengan Apai.

Bersambung:

DSP: Orang kata ubat yang paling mujarab bagi pesakit kanser adalah minda yang positif. Oleh itu jika ada kawan-kawan kita yang mengidap kanser bantulah mereka dengan memberi sokongan dan semangat. Moga hidup mereka lebih bersemangat dalam mengharungi hidup sebagai pesakit kanser.

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...