Rabu, 28 Mei 2014

Siapa mereka sebelum menjadi artis

Sebelum menjadi artis, apakah pekerjaan mereka. Jom lihat apakah pekerjaan artis ini sebelum mereka menjadi artis.

1. Adibah Noor

Sekarang:
Siapa tak kenal pelakon yang versatil ini. Artis ini bermula dengan menjadi penyanyi, kemudiannya menjadi pelakon dan seterusnya pengacara membuktikan yang saiz badan bukan halangan untuk berjaya menjadi artis.

Dulu:
Bermula sebagai cikgu di Sekolah Menengah Taman Datuk Harun selepas menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Program Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pernah sekejap menjadi pensyarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dalam bahasa Inggeris sebelum berhenti untuk menjadi artis.

2. Rozita Che Wan

Sekarang:
Seorang pelakon yang juga isteri kepada pelakon Zain Saidin.

Dulu:
Pernah menjadi pramugari MAS pada tahun 1992 dan bertugas selama 3 tahun sebelum berhenti dan menjadi model. Pernah menyertai firma arkitek selama setahun sebelum berhenti untuk menjadi artis sepenuh masa.

3. Johan As'ari

Sekarang:
Pelakon yang mula dikenali dengan watak 'Botak' dalam drama Juvana.

Dulu:
Pernah bekerja sebagai pembancuh simen dan pengikat batu di sebuah projek pembinaan.

4. Izara Aishah

Sekarang:
Pelakon yang mula dikenali selepas drama bersiri Vanilla Coklat menjadi sebutan ramai. Beliau juga menjadi tarikan dalam program Oh! My English.

Dulu:
Pernah bekerja sebagai telefonis Talian Pusat Perkhidmatan Pelanggan, di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan juga menjadi model bagi syarikat tersebut.

5. Jep Sepahtu (Mohd Nadzri Zainal Abidin)

Sekarang:
Salah seorang pelawak dalam kumpulan Sepahtu.

Dulu:
Pernah bekerja sebagai pencuci mesin selama 3 tahunn di The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad ketika berumur 18 tahun. Kemudiannya dia bertukar kerja ke syarikat penerbangan tambang murah selama 3 tahun sebelum menyertai Raja Lawak musim ke3.

6. Achey (Mohd Nasir Hamzah)

Sekarang:
Juara program Bintang Mencari Bintang musim pertama. Menyertai kumpulan bocik dalam program Maharaja Lawak Mega musim ke3 dengan mendapat tempat ke3.

Dulu:
Seorang mekanik dan sehingga sekarang masih lagi mekanik.

7. Nabil

Sekarang:
Menjadi pelawak, pelakon dan pengacara. Juara program Raja Lawak musim ke2.

Dulu:
Seorang 'Mat Despatch'

8. Aaron Aziz

Sekarang:
Pelakon gred 'A' yang baru sahaja memenangi Anugerah Bintang Paling Popular juga seorang pengacara Fear Factor.

Dulu:
Pernah bekerja sebagai pengurus restoran di Singapura tempat kelahirannya.

9. Liyana Jasmay

Sekarang:
Pelakon dan juga penyanyi.

Dulu:
Menjadi model pakaian kanak-kanak.

10. Datuk Yusof Haslam

Sekarang:
Karyawan filem yang digelar Six Million Dollar Man

Dulu:
Sebelum menjadi pelakon, pernah bekerja sebagai konduktor bas. Pernah ditawarkan kerja sebagai pegawai penjara di Taiping, Perak tetapi menolaknya kerana tidak sanggup meninggalkan Kuala Lumpur.






Jumaat, 16 Mei 2014

Ahmad Said kembali ke Umno: Peduli apa maruah diri

Selepas mengumumkan keluar daripada Umno dan menjadi Adun Bebas, sekali lagi Datuk Seri Ahmad Said, mantan Menteri Besar Terengganu mengumumkan yang beliau membuat pusingan 360 darjah apabila kembali kepada Umno.

dari sudut pandang, Ahmad Said kembali ke Umno, Menteri besar Terengganu
Apa kes ini abang Mat (Datuk Seri Ahmad Said)? Aku ingatkan mu ni nelang sangat rupa-rupanya nelang taik kucing tu....hahaha.

Ku sangka nelang hingga ke petang,
Rupanya nelang sekerat jalang,
Jalang-jalang sapa kemamang
Jalang sapa lewat malang
Sape kata Mat said nelang
Tabur p.....jadi lalang.

Ingat pangkat, jawatan tu boleh buat main-main ke Abang Mat oiii. Bila-bila fikirlah dulu sebelum bertindak.. Aku tahulah ko ni 'debe' tapi ingat-ingatlah kata-kata orang tua, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...

Dulu masa pelantikan abang Mat ke jawatan Menteri Besar Terengganu pun kecoh, sekarang ni bila abang Mat diturunkan jawatan Menteri Besar pun kecoh....alahai abang Mat sudah-sudahlah. Ingatlah jawatan yang disandang bukan hak mutlak kita. Sampai masanya yang dijanjikan Allah, terpaksalah dilepaskan. 

Paling aku hairan ialah bila ada 2 orang 'Wak Dogol' yang mengikut jejak langkah abang Mat untuk keluar dari Umno untuk menjadi Adun Bebas. Bagus betullah korang ni setia betul dengan Abang Mat...sampai maruah dan kestabilan negeri diketepikan. Semangat setia kawanlah korang ni......

Aku rasa sebagai rakyat negeri Terengganu ni, kita boleh tengok dan lihat betapa jawatan, pangkat dan kuasa boleh menyebabkan seseorang itu lupa dirinya...dan dengan kuasa, pangkat dan duit juga boleh menyebabkan seseorang itu tunduk pada desakan. Mana perginya maruah diri....?








Rabu, 14 Mei 2014

Bila polis wanita gila seks

Polis wanita gile seks...apa kes...

Baca selanjutnya:
Seorang wanita terpaksa melepaskan jawatannya sebagai anggota polis Georgia selepas dibuktikan gemar mengadakan seks ketika bertugas.

Bertugas di daerah Rockdale, polis wanita itu yang berusia 39 tahun telah dipaksa meletakkan jawatan bagi mengelakkannya dipecat selepas mengaku ketagihannya terhadap seks semakin menjadi-jadi ketika bertugas.

Polis wanita itu berkata, dia berasmara sekurang-kurangnya 3 kali semasa bertugas, malah pernah terlambat menjawab panggilan telefon dari ibu pejabat semata-mata membolehkan dia menghabiskan 'aksinya'.

Seorang sheriff mengatakan pada ketika tertentu, polis wanita ini mengadakan hubungan seks di dalam kereta peronda, di tempat awam dan masih mengenakan seragam polis.

"Dalam kejadian ke-3, polis wanita ini memuaskan nafsunya di luar kereta peronda yang diparkir di luar kawasan perniagaan yang ditutup.

Dalam siasatan menunjukkan polis wanita ini hanya melakukan seks dengan lelaki sama dalam ketiga-tiga kejadian.

DSP: Nasib baiklah ianya bukan berlaku di Malaysia, kalau berlaku di Malaysia pasti lebih kecoh jadinya sebab sentimen masyarakat sekarang ini terhadap polis semakin merosot. 


Ahad, 11 Mei 2014

MB Terengganu: Datuk Seri Ahmad Said letak jawatan

Spekulasi jawatan Menteri Besar Terengganu kembali bertiup kencang lebih-lebih lagi apabila adanya khabar-khabar angin bahawa Datuk Seri Ahmad Said akan meletakkan jawatannya pada 18 haribulan Mei ini.
dari sudut pandang, jawatan Menteri Besar, Terengganu, Datuk Seri Ahmad said
Peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dikatakan sebagai salah satu syarat perjanjian sebelum ini bahawa beliau hanya dilantik sebagai Menteri Besar untuk tempoh setahun sahaja. Ini kerana prestasi Umno Terengganu dibawah Datuk Seri Ahmad Said semasa Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini amat mengecewakan apabila hanya menang dengan majoriti 2 kerusi sahaja berbanding Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Selain itu, hubungan Menteri Besar dengan istana yang dikatakan mempunyai masalah juga dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa peletakan jawatan ini direstui oleh istana.

Ramai pemerhati politik mengatakan terdapat 2 calon yang disebut-sebut sebagai penganti kepada Datuk Seri Ahmad Said iaitu Adun Seberang Takir,  YB Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan juga Adun Air Putih, YB Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Terengganu. Sebenarnya terdapat seorang lagi nama yang menjadi pilihan utama untuk jawatan menteri besar ini iaitu Adun Telemung yang juga Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, YB Rozi Mamat.

Daripada sumber yang boleh dipercayai, pelantikan YB Rozi Mamat ini hanyalah sementara sahaja sebelum berlakunya lagi pertukaran jawatan Menteri Besar Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Dipercayai calon yang sebenar pilihan istana dan juga Datuk Seri Najib Razak adalah seseorang yang berada di Kerajan Pusat. Dipercayai semasa PRU14 nanti, calon pilihan ini akan bertanding di DUN bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

DSP: Harapnya kepada sesiapa pun yang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu selepas ini, berkhidmatlah dengan seikhlas hati untuk membantu rakyat Terengganu. Jangan jadikan jawatan yang diperolehi sebagai satu peluang untuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan juga keluarga sudahlah.

Sabtu, 10 Mei 2014

20 Kumpulan K-Pop Wanita popular

Ada bermacam-macam nama dan kumpulan K-Pop daripada Korea Selatan ini, namun hanya yang segelintir sahaja yang benar-benar popular dan dikenali ramai.

Berikut adalah 20 Kumpulan K-Pop Wanita popular.


20. AOA (Ace of Angel)
Dianggotai oleh 8 orang ahli iaitu Choa, Jimin, Yuna, Youkyung, Hyejeong, Mina, Seolhyun, Chanmi. Membuat kemunculan pertama pada tahun 2012 dengan album yang berjudul Angels' Story




19. Hello Venus
Dianggotai oleh 6 orang iaitu Alice, Nara, Yoo Ara, Yoonjo, Lime, Yooyoung. Telah mengeluarkan album yang pertama berjudul Venus pada tahun 2012.




18. Spica
Boa, Juhyun, Narae, Jiwon dan Bohyung adalah 5 gadis yang menganggotai Spica. Membuat kemunculan pertama pada 2012 dengan tajuk lagu Potently sebagai single pertama.




17. Dal Shabet
Kumpulan ini dianggotai oleh Serri, Ah Young, Jiyul, Woohee, GaEun dan Subi. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada penghujung 2010 dan singlenya yag pertama muncul pada awal 2011 dengan tajuk Supa Dupa Diva.




16. Nine Muses
Dianggotai oleh 9 orang gadis. Mereka ialah Hyuna, Lee Sem, Sera, Euaerin, Eunji, Sungah, Kyungri, Hyemi dan Minha. Album pertama telah dilancarkan pada 2010 dengan tajuknya Let's Have A Party.




15. Rainbow
Woo-ri, Seung-ah, Jae-kyung, No Eul, Yoon-hye, Ji-sook dan Hyun-young telah menganggotai kumpulan ini. Telah melakukan kemunculan yang pertama dengan EPnya Gossip Girl pada tahun 2009



14. A-Pink
Kumpulan A Pink (Korean: 에이핑크) berada di bawah label A Cube Entertainment di tubuhkan pada 2011. Kumpulan ini dianggotai oleh  Park Cho-rong, Yoon Bomi, Jung Eun-ji, Son Na-eun, Kim Nam-joo dan Oh Ha-young. Hong Yoo-kyung telah meninggalkan kumpulan ini pada April 2013. Kumpulan ini telah mengeluarkan 3 EP dan 1 album studio. Pada April 2011, mereka telah memperkenalkan diri mereka dengan lagunya, Mollayo (몰라요; "I Don't Know") daripada  EP Seven Springs of A Pink di Mnet's M! Countdown. Mereka telah memenangi Numerous Rookies Awards di anugerah 26th Golden Disk Awards, 21st Seoul Music Awards, dan 13th Mnet Asian Music Awards.




13. After School
After School (Hangul: 애프터스쿨, Japanese: アフタースクール,) adalah kumpulan yang bernaung di bawah Pledis Entertainment pada 2009.  Mempunyai 8 orang ahli: Jungah, Jooyeon, Uee, Raina, Nana, Lizzy, E-Young dan Kaeun. Soyoung telah meninggalkan kumpulan ini pada 2009, di susuli oleh Bekah pada July 2011 dan Kahi pada September 2012. After School dengan rasminya membuat kemunculan pada January 2009 dengan lagunya AH! dengan 5 anggota asalnya Kahi, Jungah, Soyoung, Juyeon dan Bekah.




12. T-Ara
T-ara ( 티아라; Japanese: ティアラ) membuat kemunculan pada 2009 dan adalah kumpulan yang bernaung dibawah label Core Contents Media (CCM). Anggota asalnya adalah Hana, Jiwon, Eunjung, Hyomin, dan Jiyeon, mereka telah mengeluarkan lagu pertama iaitu Good Person (좋은 사람, Joheun Saram) untuk soundtrack drama Korea Cinderella Man pada April 2009. Selepas Hana dan Jiwon keluar daripada kumpulan ini selepas 2 bulan kemudian, T-Ara telah membawa masuk Boram, Soyeon dan Qri  pada July 2009, dan single pertamanya adalah bertajuk Lies (거짓말, Geojitmal).




11. Girl's Day
Girl's Day (Hangul: 걸스데이) berada dibawah agensi pengurusan Dream Tea Entertainment Mempunyai ahli sebanyak 4 orang iaitu Sojin, Minah, Yura dan Hyeri. Pada 7 Julai 2010,  mereka telah membuat kemunculan pertama dengan MV, Tilt My Head, dan 2 hari kemudian melancarkan mini-album Girl's Day Party 1.




10. Secret
Secret (Korean: 시크릿; Japanese: シークレット) adalah dibawah agensi TS Entertainment pada 2009. Kumpulan ini dianggotai oleh Jun Hyoseong, Jung Hana, Song Jieun dan Han Sunhwa. Mereka telah mengeluarkan single pertama mereka yang bertajuk, I Want You Back pada October 13, 2009.




9. Brown Eyed Girls
Brown Eyed Girls, atau dikenali dengan B.E.G., BG atau 브아걸 (beu-ah-geul) adalah kumpulan yang bernaung dibawah agensi Nega Network. Kumpulan ini dianggotai oleh: JeA, Miryo, Narsha dan Ga-In. Membuat kemunculan pada tahun 2006 dengan album Your Story dan hanya popular pada tahun 2008 dengan lagunya L.O.V.E. kumpulan ini mengukuhkan lagi namanya dalam dunia K-Pop pada 2009 dengan lagunya Abracadabra. Pada awalnya kumpulan ini dikenali sebagai Crescendo sebelum menukar nama kepada "Brown Eyed Girls".




8. 4Minute
4Minute ( 포미닛) dianggotai oleh 5 orang iaitu Nam Ji-hyun, Heo Ga-yoon, Jeon Ji-yoon, Kim Hyun-a, dan Kwon So-hyun. Kumpulan ini ditubuhkanc pada 2009 dan berada dibawah agensi Cube Entertainment. Single pertama kumpulan ini dilancarkan pada Jun 2009 dengan tajuknya, Hot Issue. Pada Desember 2010, kumpulan ini telah melancarkan album yang pertama di Jepun bertajuk Diamond. Pada 2011, kumpulan ini telah melancarkan album penuh yang pertama bertajuk 4Minutes Left. Kumpulan ini telah mendapat Anugerah Bonsang di 20th Seoul Music Award dan Anugerah Artis Terbaru Kpop di anugerah Billboard Japan Music 2010.




7. Wonder Girls
Kumpulan ini adalah kumpulan yang paling terkenal di seluruh dunia tetapi popularitinya agak menurun disebabkan penukaran anggota kumpulan dan album yang dikeluarkan. Wonder Girls (Korean: 원더걸스, Chinese: 奇迹女孩, Japanese: ワンダーガールズ) telah dianggotai oleh Sunye, Yubin, Yeeun dan Hyelim. Kumpulan ini berada dibawah agensi penerbit dan penulis lirik Park Jin-Young iaitu JYP Entertainment. Bagi urusan di Amerika syarikat, kumpulan ini diuruskan oleh Creative Artists Agency.

Kumpulan ini mendapat nama Wonder Girls daripada ilham the girls who can amaze the world. Kumpulan ini telah membuat kemunculannya yang pertama pada tahun 2007 di MBC's Show! Music Core, mempersembahkan Irony daripada albumnya yang pertama The Wonder Begins. Kumpulan ini juga membuat kemunculannya yang pertama di Amerika pada 2009 sebagai pembuka tirai bagi persembahan The Jonas Brothers' World Tour mempersembahkan  lagu Nobody dalam versi English. Pada penghujung 2009 juga lagunya telah berada di carta ke 76 dalam carta Billboard Hot 100 menjadikan kumpulan ini, kumpulan pertama daripada Korea yang memasuki carta tersebut.




6. Miss A
Miss A (미쓰에이), dianggotai oleh 4 orang gadis cantik iaitu  Fei, Jia, Min dan Suzy. Kumpulan ini berada di bawah JYP Entertainment. Nama kumpulan ini asalnya adalah Miss Asia kerana kumpulan ini dianggotai oleh gadis daripada Cina dan Korea. Kumpulan ini telah secara rasminya mengeluarkan single yang pertama pada 2010 dengan lagunya Bad Girl Good Girl. Lagu ini daripada album Bad but Good. Kurang daripada sebulan, lagu ini telah berjaya menempatkan diri ke dalam beberapa carta muzik, misalnya tempat pertama di KBS "Music Bank", tempat pertama dalam program Inkigayo daripada SBS. Pada Ogos 2010, kumpulan ini telah menerima Anugerah Mutizen di M.net's M! Countdown. Lagu ini kekal bertahan ditempat pertama selama 4 minggu dan memecahkan rekod yang dibuat oleh Girls' Generation.




5. f(x)
f(x) (Korean: 에프엑스,) adalah kumpulan yang dianggotai oleh Victoria, Amber, Luna, Sulli dan Krystal. kumpulan ini diuruskan oleh agensi SM Entertainment. Kumpulan ini membuat kemunculan yang pertama pada 2009 dengan melancarkan single digitalnya yang bertajuk LA chA TA.




4. Kara
Kara ( 카라, Japanese: カラ,) adalah kumpulan dibawah agensi DSP Media. Kumpulan ini dianggotai oleh Park Gyuri, Han Seungyeon, Goo Hara dan Kang Jiyoung. Nama kumpulan ini diambil dari perkataan Greek chara, yang membawa maksud melodi yang cantik.  Kumpulan ini telah membuat kemunculan pada 2007 dengan lagunya Break It daripada album mereka The First Blooming. Kumpulan ini dijangka akan popular sepertimana kumpulan senior mereka Fin.K.L. Namun begitu, sambutan daripada pendengar dan peminat amat mendukacitakan. Selepas menukar imej dan muzik mereka, kumpulan ini melancarkan mini album Rock U pada 2008.




3. Sistar
Sistar (씨스타) adalah kumpulan yang berada dibawah pengurusan Starship Entertainment. Kumpulan ini dianggotai oleh Hyolyn (Hyorin), Bora, Soyou dan Dasom. Kumpulan ini telah membuat kemunculannya yang pertama pada Jun 2010 dengan single pertamanya Push Push. Pada Ogos 2010 pula, kumpulan ini melancarkan single kedua mereka iaitu Shady Girl. Manakala single ketiga mereka pula dilancarkan pada November 2010 yang bertajuk How Dare You mendapat sambutan yang hangat. Dengan lagu ini membawa mereka menduduki ranking yang pertama dalam carta muzik MelOn, Mnet, Soribada, Bugs, Monkey3 dan Daum Music.




2. 2Ne1
Nama kumpulan ini membawa maksud abad ke 21 dan New Evolution. Kumpulan ini berada dibawah pengurusan YG Entertainment. Kumpulan ini dianggotai oleh CL, Minzy, Dara dan Bom. Membuat kemunculan yang pertama dalam Lollipop iaitu iklan untuk LG Electronics bersama Big Bang. 2NE1 telah mengeluarkan single pertama mereka iaitu Fire pada Mei 2009. Album studio mereka bertajuk To Anyone pula dilancarkan. EP pertama mereka yang bertajuk I Don't Care, telah memenangi Song of the Year di anugerah Mnet Asian Music Awards 2009.




1. Girls' Generation
Di Korea kumpulan ini dinamakan So Nyeo Shi Dae(Korean: 소녀시대) atau SoShi (소시) atau SNSD. Nama Girls' Generation bermaksud Penguasaan Generasi Perempuan. Di Jepun, kumpulan ini dikenali sebagai Shojo Jidai (Japanese: 少女時代) adalah kumpulan yang ditubuhkan dibawah syarikat S.M. Entertainment pada 2007. Kumpulan ini dianggotai oleh 9 ahli iaitu Taeyeon, Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona dan Seohyun.

Kumpulan ini mendapat perhatian pada permulaan kerjaya mereka dengan lagu-lagu seperti Into the New World dan Kissing You tetapi apabila lagu Gee yang dikeluarkan pada 2009 telah menaikkan lagi populariti kumpulan ini yang telah diklasifikasikan oleh talian kedai muzik MelOn sebagai lagu yang paling popular dekad ini di Korea Selatan ( ranking berdasarkan prestasi carta). Kumpulan ini mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik Korea dengan single Tell Me  Your Wish, Run Devil Run, dan Oh!, dari tahun 2009-an hingga awal 2010. Pada tahun 2010 sahaja, kumpulan itu menjual lebih daripada 11,730,000 album digital dan single. Populariti kumpulan ini di Korea Selatan telah memberikan mereka gelaran The Nation Singles dan The Nation Girls Group. The Sisa Jurnal telah menamakan kumpulan ini sebagai penghibur paling berpengaruh bagi tahun-tahun 2011 dan 2012 , menjadikan mereka kumpulan idola wanita pertama dalam sejarah berada dalam senarai tersebut. Kumpulan ini juga telah disenaraikan sebagai # 1 dalam senarai 'Penyanyi Top Perempuan'  empat tahun berturut-turut oleh Kajian Populariti Leespiar di Korea.  Asia Today pula telah meletakkan kumpulan ini di tangga ke 44 senarai 50 Pemimpin berkuasa pada tahun 2011. Kumpulan ini juga berada di kedudukan pertama dalam senarai  40 Selebriti Berkuasa di Korea bagi tahun 2011 dan 2012.





Jumaat, 9 Mei 2014

2 jam diperkosa 4 lelaki

Inilah padahnya apabila terlalu percaya dengan kawan baik sendiri apabila sanggup mengikut lelaki tersebut untuk pergi ke hotel. Akhirnya gadis tersebut dirogol oleh 4 lelaki termasuk kawan baiknya sendiri.

dari sudut pandang, gadis dirogol, diperkosaAku pernah tulis berkenaan perkara ini, lelaki ibarat haiwan yang suka makan daging contohnya harimau walau sejinak manapun mereka pasti jika ada peluang dia akan 'ngat' juga kita. Jadi beringat-ingatlah jangan bagi mereka peluang untuk bertindak.

Cerita banyak pun tak guna, bacalah kisah seksaan 2 jam gadis ini disebuah hotel di Kajang:

Sumber polis berkata, mangsa yang juga gadis yang berusia sekitar 20-an telah diajak keluar oleh kawan lelakinya yang berusia 23 tahun untuk keluar makan pada jam 2 pagi.

"Sebaik selesai makan, mangsa meminta suspek menghantarnya pulang, namun lelaki terbabit memberi alasan ingin ke hotel berjumpa dengan rakannya terlebih dahulu.

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju untuk mengikut rakannya. Malangnya 3 lelaki yang sedia menunggu di hotel  mengheret mangsa masuk ke dalam bilik di tingkat 2 hotel itu.

Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan tersebut cuba melawan namun sia-sia sebelum lelaki-lelaki tersebut merogolnya secara bergilir-gilir.

"Sekitar jam 4 pagi, 2 anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah dikatakan terserempak 3 suspek lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan di ruang lobi hotel dan cuba menghampiri mereka sebelum suspek tersebut melarikan diri.

Namun, polis berjaya menemui mereka yang sedang bersembunyi di tingkat 2 hotel. Hasil pemeriksaan, polis menemui gadis tersebut dalam keadaan tidak terurus dan memberitahu telah diperkosa.

Polis telah berjaya menahan ketiga-tiga suspek manakala seorang berjaya melarikan diri apabila sempat terjun melalui tingkap.

DSP: Kes yang melibatkan rogol ini nampaknya semakin meningkat dan ini menjadi satu ancaman kepada ramai gadis-gadis yang diluar sana. Harap berhari-hatilah dengan semua lelaki, jangan memberi mereka peluang untuk dapat merogol anda.





Rabu, 7 Mei 2014

Betul ke pemilihan FAM macam serah jawatan keluarga

Betul ke pemilihan FAM pada 25 haribulan mei ni macam penyerahan jawatan dikalangan keluarga jer? Mari kita tengok kalau dengan pemilihan yang bakal berlangsung ni boleh mengubahkan FAM sepenuhnya.

Berikut adalah senarai penuh calon pada kongres tahunan FAM ke-50 dan penyandang jawatan sekarang.

Jawatan Presiden

1. Sultan Ahmad Shah  - penyandang jawatan

2. Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah  - penyandang jawatan Timbalan Presiden

3. Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Timbalan Presiden

1. Datuk Seri Subahan Kamal  - penyandang Naib Presiden

2. Datuk Seri Afandi Hamzah  - penyandang Naib Presiden

3. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad

Naib Presiden

1. Datuk Takiyuddin Hassan

2. Datu Sudarsono Osman

3. Datuk Rozabil Abdul Rahman

4. Datuk Astaman Abdul Aziz

5. Datuk Rosmadi Ismail

6. Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

7. Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid

8. Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin

Ahli Jawatankuasa Eksekutif

Lelaki:

1. Datuk Yusof Mahadi

2. Datuk Osman Salleh  - Penyandang jawatan

3. Alijus@Mohd Ali Sipil

4. Abdul Aziz Yeop Jamaludin

5. Datuk S. Sivasundram  - Penyandang jawatan

6. Goh Ah Chai

7. Datuk Abdul Halim Muazzam Datuk Ayob

8. Datuk Mohd Junid Mohd Noor

9. Datuk Mohd Junid Mohd Noor

10. Datuk Md Yunos Husin Datuk Tajuddin Abdullah

11. Datuk Othman Aziz

12. Marzuki Sulong

13. Datuk Ahmad Fuad Daud

14. Azman Ibrahim

15. Lt Kol Abdul Rani Abdul Rahim

16. Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib

17. Datuk Ahmad Shafie

18. Datuk Khaidir Buyung

19. Mej. Jen. Datuk Mazelan Kasap

20. Isham Shaharudin

21. Muhammad Yadzan Mohammad

22. Mohd Fahrizal Datuk Hassan

Wanita:

1. Roslina Idrus

2. Normala Md Yusof

3. Tengku Elie Badariah Tunku Ahmad

4. Prof Dr. Rajeswari Nadaraja

5. Datin Malianah Ugau

6. Brig. Jen Datuk Norhuda Ahmad

7. Normala Rashid

8. Siti Suhaila Mohd Johari

9. Ee Hong

DSP: kalau tengok senarai nama yang dicalonkan ini tak ramai muka-muka baru yang bertanding. kebanyakannya semua muka lama. Tengoklah di sini.

Kebanyakan daripada mereka sudah berada dalam berbagai commitee dalam FAM ini. Jadi boleh ke FAM berubah kalau muka lama masih berada dalam FAM ini.

Aku rasa amat sukar untuk FAM berubah walau Tunku Ismail yang jadi presiden FAM kerana yang berada dibawahnya adalah orang-orang lama yang prestasi kerjanya adalah sama walau siapa yang jadi Bos FAM.







Selasa, 6 Mei 2014

Bujang lapok terakhir tinggalkan kita: Datuk Aziz Sattar

"Walaupun rupamu tidak ku kenal, namun lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku" adalah salah satu dialog yang diucapkan oleh Datuk Aziz Sattar dalam filem Bujang Lapok yang diingati sehingga kini.

dari sudut pandang, Aziz Sattar meninggal dunia
Kini, insan yang mengabdikan diri di sepanjang hayatnya dalam bidang seni akhirnya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang pukul 2 pagi tadi di Hospital Kajang setelah dimasukkan ke wad sehari sebelum itu akibat serangan jantung. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Allahyarham Datuk Aziz Sattar atau nama sebenarnya adalah Abdul Aziz Bin Sattar, lahir pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Surabaya, Indonesia. Beliau dibawa oleh keluarganya ke Singapura ketika beliau berumur 3 tahun. Datuk Aziz Sattar pernah bekerja sebagai pemandu lori sebelum bekerja di Malay Film Production sebagai krew sebelum ditawarkan sebagai pelakon pembantu dalam filem Putus Harapan. 

Allahyarham telah berkahwin sebanyak 3 kali iaitu kali pertama dengan Siti Ruminah Ahmad sebelum bercerai dan berkahwin dengan Dayang Sofiah yang juga pelakon, tetapi malangnya jodohnya juga tidak panjang sebelum berkahwin dengan Hashimah Delan.

Dalam banyak-banyak filem yang beliau berlakon, filem Bujang Lapok telah mengangkat namanya sebagai pelakon komedi yang versatil disamping Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S.Shamsuddin.

Moga Allah menempatkan Allahyarham Datuk Aziz Sattar di kalangan hamba-hambaNya yang beriman...ameen.

Al-Fatihah....





Ahad, 4 Mei 2014

Mengapa lelaki suka melihat payudara wanita

Adalah satu kebenaran bahawa bahagian tubuh wanita yang paling disukai oleh lelaki adalah payudaranya. Mengikut penelitian juga lelaki pertama kali melihat wanita adalah kearah payudara wanita tersebut kemudian barulah ke mukanya.



Disebabkan kecenderungan lelaki suka melihat payudara wanita maka ramai di kalangan wanita menitikberatkan penampilan payudara mereka. Ada di antara wanita-wanita ini sanggup menjalani pembedahan bagi menegangkan dan membesarkan payudara mereka agar mereka kelihatan seksi di mata lelaki.

Mungkin ramai wanita tertanya-tanya mengapa lelaki suka melihat payudara mereka. Adakah kerana lelaki tidak mempunyai payudara menjadikan mereka seperti itu atau ada sebab lain.

Berikut adalah alasan mengapa lelaki suka melihat payudara wanita.

1. Lelaki tinggi imaginasi.
Lelaki pada kebiasaannya mempunyai imaginasi yang tinggi lebih-lebih lagi pada payudara wanita. Lelaki berimaginasi berdasarkan saiz dan bentuk payudara tersebut dan dengan imaginasi ini dapat membuatkan lelaki lebih berghairah.

2. Ketenangan
Payudara boleh membuatkan lelaki beroleh ketenangan disebabkan itu lelaki suka memegang, menyentuh dan menciumnya. Kelembutan dan bentuknyalah menjadikan lelaki suka.

3. Kunci keghairahan
Semua lelaki tahu bahawa dengan mencium, memegang dan menghisap payudara wanita boleh meningkatkan keghairahan wanita.

4. Payudara wanita adalah misteri
Seringkali lelaki menyimpan tanda tanya terhadap buah dada wanita. Mereka menganggap bahawa payudara wanita adalah misteri. Oleh disebabkan itu lelaki berusaha keras untuk mengetahui misteri tersebut.

5. Suka melihatnya bergerak.
Lantunan, gerakan dan sedikit getaran pada payudara wanita ketika mereka berjalan atau ketika melakukan sesuatu aktiviti adalah salah satu alasan mengapa lelaki suka melihat payudara wanita.

DSP: Disebabkan inilah Islam menyuruh wanita menutup aurat dengan memakai tudung bagi menutup rambut juga dadanya serta memakai baju yang longgar.


10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...