Isnin, 29 April 2013

PRU-13: Ulama Umno yang bertanding

Calon mempunyai latar belakang agama atau berstatus ulama dikatakan memberi kelebihan kepada parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.

ulama, bertanding, calon, BN, pilihan raya, dari, sudut, pandang
Sebelum itu, apakah maksud ulama?

Ulama bermaksud:


Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim bermaksud seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ini berbeza dengan perkataan alim yang beerti orang yang mengetahui akan tetapi belum tentu orang itu mendalami. 

Perkataan ulama ini telah disebutkan pada beberapa tempat di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. samaada secara langsung ataupun tidak yang menunjukkan bahawa ulama adalah individu-individu terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji. Oleh itu, ulama yang saya maksudkan di sini ialah seseorang pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam secara mendalam dengan syarat-syarat tertentu sebagai ulama.
Para ulama ialah mereka yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Mereka sentiasa istiqamah dan melazimi ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu dengan ikhlas yang diajarkan kepada mereka bersumberkan dari Rasulullah S.A.W. Agama Islam telah mengiktiraf ulama sebagai pewaris para nabi sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.
(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).


Disebabkan itu ada beberapa ulama yang bertanding mewakili parti masing-masing. Berikut adalah senarai nama ulama yang mewakili Parti BN:

Calon Ulama UMNO

Parlimen Jerai, Kedah: Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Dun Sanglang, Perlis: Fathul Bari Mat Jahaya

Dun Pasir Tumboh, Kelantan: Mohd Shamsul Mohd Yusoff

Dun Layang-layang, Johor: Abdul Mutalib Abdul Rahim

Dun Ampangan, Negeri Sembilan: Abu Ubaidah Redza

Dun Johol, Negeri Sembilan: Mohd Fadil Abu Kasim

Dun Bangi, Selangor: Mohd Zaidi Mohd Zain@Zakaria

Dun Anggerik, Selangor: Mohd Yusof Din

Dun Membakut, Sabah: Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif

Dun Kubu Gajah, Perak: Ahmad Hasbullah Alias

Dun Belanja, Perak: Mohd Nizar Zakaria

Dun Tepuh, Terengganu: Muhammad Ramli Nuh

Dun Luit, Pahang: Nurhidayah Mohd Shahaimi

Dun Kerdau, Pahang: Syed Ibrahim Syed Ahmad

Dun Inderapura, Pahang: Datuk Shafik Fauzan Sharif

Dun Tioman, Pahang: Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain

Sabtu, 27 April 2013

PRU-13: Senarai calon bertanding di Perlis

Berikut adalah nama calon yang bertanding pada pilihan raya kali ke 13 (PRU-13) di peringkat negeri Perlis.

* Penyandang kerusi dan undi majoriti yang dimenangi pada PRU-12.

dari, sudut, pandang, calon, pilihan raya, PRU-13, Perlis, bertanding, PAS, BN, BEBAS, menang, penyandang, majoriti


P1: PADANG BESAR
1. Zahidi Zainul Abidin (BN)
2. Azamhari Mohamood (PAS)
Penyandang: Azmi Khalid (BN)
Majoriti: 5,348 undi

N1: TITI TINGGI
1. Khor Hock Kong (BN)
2. Teh Seng Chuan (DAP)
3. Yaacob Man (Bebas)
Penyandang: Yip Sun Onn (BN)
Majoriti: 1,814 Undi

N2: BESERI
1. Mat Rawi Kassim (BN)
2. Wan Kharizal Wan Khazim (PAS)
Penyandang: Mat Rawi Kassim (BN)
Majoriti: 1,111

N3: CHUPING
1. Asmaiza Ahmad (BN)
2. Wan Mohamad Fishal Wan Daud (PKR)
Penyandang: Mansor Jusoh (BN)
Majoriti: 2,803 undi

N4: MATA AYER
1. Khairi Hassan (BN)
2. Ammar Ghazali (PKR)
Penyandang: Khairi Hassan (BN)
Majoriti: 1,622 undi

N5: SANTAN
1. Sabry Ahmad (BN)
2. Mohd Anuar Mohd Tahir (PAS)
Penyandang: Sabry Ahmad (BN)
Majoriti: 712 undi

P2: KANGAR
1. Shaharuddin Ismail (BN)
2. Baharuddin Ahmad (PAS)
Penyandang: Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN)
Majoriti: 13,671 undi

N6: BINTONG
1. Rela Ahmad (BN)
2. Abd. Jamil Khamis (PAS)
Penyandang: Md. Isa Sabu (BN)
Majoriti: 2,110 undi

N7: SENA
1. Abdul Jamil Saad (BN)
2. Tuan Marja Tuan Mat (PKR)
3. Ahmad Rizal Effane Zainol (BEBAS)
Penyandang: Abdul Jamil Saad (BN)
Majoriti: 1,869 undi

N8: INDERA KAYANGAN
1. Por Choo Cor@ Por Choo Chuan (BN)
2. Chan Ming Kai (PKR)
3. Ameir Hassan (BEBAS)
Penyandang: Por Choo Cor@ Por Choo Chuan (BN)
Majoriti: 1,263 undi

N9: KAYANG
1.Ahmad Bakri Ali (BN)
2. Ya'akub Abu Seman (PAS)
Penyandang: Ahmad Bakri Ali (BN)
Majoriti: 1,508 undi

P3: ARAU
1. Shahidan Kassim (BN)
2. Dr. Haron Din (PAS)
3. Zainudin Yom (BEBAS)
Penyandang: Ismail Kassim (BN)
Majoriti: 300 undi

N11: PAUH
1. Azlan Man (BN)
2. Idris Yaacob (PAS)
Penyandang: Syed Razlan Ibni Syed Putra (BN)
Majoriti: 2,572 undi

N12: TAMBUN TULANG
1. Ismail Kassim (BN)
2. Azhar Ameir (PKR)
Penyandang: Shahidan Kassim (BN)
Majoriti: 2,010 undi

N13: GUAR SANJI
1. Jafperi Othman (BN)
2. Zulmi Sabri (PAS)
Penyandang: Jafperi Othman (BN)
Majoriti: 702 undi

N14: SIMPANG EMPAT
1. Nurulhisham Yaakob (BN)
2. Rus'sele Eizan (PAS)
Penyandang: Rus'sele Eizan (PAS)
Majoriti: 53 undi

N15: SANGLANG
1. Fathul Bari Mat Jahya (BN)
2. Mohd Shukri Ramli (PAS)
3. Zainudin Yom (BEBAS)
Penyandang: Hashim Hj. Jasin (PAS)
Majoriti: 149 undi






Jumaat, 26 April 2013

Restoran cekik darah dan seekor ketam

Aku tak lah berapa terkejut apabila membaca akhbar hari ini berkenaan dengan harga seekor ketam disebuah restoran berharga RM1,380 dan juga apabila mendengar radio yang membicarakan tentang makanan yang pernah dimakan dan harga yang dikatakan 'mencekik darah'.

restoran, harga, mahal, cekik, darah, penipu, pengguna, makanan, bayar, dari, sudut, pandang, dan, jika
Biasanya kedai yang mencekik darah ini adalah kedai yang menyediakan makanan berlauk. Jika kita lihat dikedai seperti ini tiada satu pun yang menunjukkan tanda harga berkenaan dengan makanan misalnya, harga bagi seketul ayam goreng, sayur, seketul daging dan sebagainya. Kita yang tak tahu harga ini ambillah beberapa lauk dan bila dikira harganya...tut tut...RM16. kadang-kadang sampai rm20 pun ada...untung betullah tokey kedai tu....bolehlah tiap-tiap tahun pergi Haji.....hahaha.

Aku percaya korangpun pernah 'terkena' dengan kerakusan tokey-tokey kedai makan ini. Bila terkena dengan situasi macam ini...apa agaknya yang korang buat? Nak muntah balik ke makanan tu kalau dah makan atau korang nak letak balik lauk tu? Nak tak nak, aku percaya kita terpaksa juga bayar dengan harga yang tak masuk akal tu...tapi dalam hati, tobatlah takkan makan lagi di sini. Kira blacklist habislah kedai tu......

Kita sebenarnya ada undang-undang yang menyatakan setiap pengusaha makanan perlu mempamerkan harga makanan tapi harga yang dipamerkan itu digantung tinggi dan ada juga yang harganya telah ditanggalkan. Aku taklah menyalahkan pihak penguasa yang tidak menjalankan tugas sebab aku tahu mereka pun tak cukup kakitangan, cuma kita sebagai pengguna perlu menjalankan tugas kita iaitu dengan cara memboikot kedai-kedai yang cekik darah ini. Biar mereka jatuh bankrap...macam satu kedai yang pernah aku makan dulu, disebabkan harga yang tidak masuk akal dan ramai yang memboikot kedai tersebut dan akhirnya terpaksa tutup.

Aku pernah menghadiri kursus perniagaan yang dianjurkan oleh sebuah badan berkanun. Kata salah seorang penceramah, "Perniagaan yang memberi banyak untung dan risiko yang sedikit adalah perniagaan yang berasaskan makanan atau penyediaan makanan"...mungkin tokey-tokey kedai makanan yang mencekik darah tu guna pakai slogan ini kot...maklumlah nak untung banyak.......








PRU-13: Senarai calon bertanding di Pulau Pinang

Berikut adalah senarai calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 di Pulau Pinang.

* Peratusan pecahan kaum adalah berdasarkan statistik PRU-12, serta penyandang kerusi dan undi majoriti yang dimenangi.

senarai, calon, pilihan raya, PRU-13, Pulau Pinang, bertanding, dari, sudut, pandang

P41 KEPALA BATAS 
M:74.65% C:20.52% I:4.62 % L:0.21%
1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN)
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden (Pas)
Penyandang: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (BN)
Majoriti : 11,246 undi

N1 PENAGA 
M:89.45% C:9.92 % I:0.48% L:0.15%
1. Mohd Zain Ahmad (BN)
2. Rosidi Husain (Pas)
Penyandang: Datuk Azhar Ibrahim (BN)
Majoriti : 1,231 undi

N2 BERTAM 
M:64.1% C:26.14% I:9.52% L:0.24%
1. Shariful Azhar Othman (BN)
2. Syed Mikael Rizal Aidid (PKR)
Penyandang: Zabariah Abdul Wahab (BN)
Majoriti : 2,652 undi

N3 PINANG TUNGGAL 
M:70.2% C:25.49% I:4.09% L:0.21%
1. Datuk Roslan Saidin (BN)
2. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (PKR)
Penyandang: Datuk Roslan Saidin (BN)
Majoriti : 3,235 undi

P42 TASEK GELUGOR 
M:77.18% C:14.79% I:7.57% L:0.46%
1. Shabudin Yahaya (BN)
2. Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (Pas)
3. Datuk Seri Mohd Shariff Omar (Bebas)
Penyandang: Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (BN)
Majoriti : 4,547 Undi

N4 PERMATANG BERANGAN 
M:80.99% C:9.17% I:9.71% L:0.13%
1. Omar Abdul Hamid (BN)
2. Arshad Md Salleh (Pas)
Penyandang: Shabudin Yahaya (BN)
Majoriti : 1,985 undi

N5 SUNGAI DUA 
M:84.91% C:12.91% I:1.99 % L:0.19%
1. Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN)
2. Datuk Mohd Shariff Omar (Bebas)
3. Zahadi Mohd (Pas)
Penyandang: Datuk Jasmin Mohamed (BN)
Majoriti : 535 undi

N6 TELOK AYER TAWAR 
M:65.42% C:22.55% I:10.99% L:1.04%
1. Datuk Jahara Hamid (BN)
2. Norhayati Jaafar (PKR)
Penyandang: Datuk Jahara Hamid (BN)
Majoriti : 1,470 undi

P43 BAGAN 
M:14.36 % C:70.34% I:15.03 % L:0.27%
1. Lim Guan Eng (DAP)
2. Chua Teik Siang (BN)
3. Lim Kim Chu (PCM)
Penyandang: Lim Guan Eng (DAP)
Majoriti : 22,070 undi

N7 SUNGAI PUYU 
M:5.31 % C:86.93% I:7.59 % L:0.17 %
1. Phee Boon Poh (DAP)
2. Sum Yoo Keong (BN)
Penyandang: Phee Boon Poh (DAP)
Majoriti : 9,201 undi

N8 BAGAN JERMAL 
M:16.38 % C:68.61% I:14.76 % L:0.25%
1. Lim Hock Seng (DAP)
2. Tan Chuan Hong (BN)
3. Lim Kim Chu (PCM)
Penyandang: Lim Hock Seng (DAP)
Majoriti : 5,873 undi

N9 BAGAN DALAM 
M:22.73 % C:52.51% I:24.33% L:0.43%
1. A. Tanasekharan (DAP)
2. Lim Seang Teik (PCM)
3. G.Asoghan (Bebas)
4. Karuppanan M.Malairaja (BN)
Penyandang: A. Tanasekharan (DAP)
Majoriti : 2,932 undi

P44 PERMATANG PAUH 
M:68.5% C:24.79% I:6.3% L:0.41%
1. Dr. Mazlan Ismail (BN)
2. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)
3. Dr Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas)
Penyandang: Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) (PRU-12)
Majoriti : 13,398 undi

N10 SEBERANG JAYA 
M:62.36% C:23.97% I:13.13% L:0.54%
1. Afif Bahadin (PKR)
2. Mohammad Nasir Abdullah (BN)
3. Shamhut Tabret G.M Ismail Maricar (Bebas)
Penyandang: Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)
Majoriti : 533 undi

N11 PERMATANG PASIR 
M:72.31% C:25.94% I:1.61% L:0.14%
1. Anuar Faisal Yahaya (BN)
2. Datuk Mohd Salleh Man (Pas)
Penyandang: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)
Majoriti : 5,433 undi

N12 PENANTI 
M:72.51% C:24.32% I:2.43 % L:0.57%
1. Ibrahim Ahmad (BN)
2. Norlela Ariffin (PKR)
Penyandang: Mohamad Fairus Khairudin (PKR)
Majoriti : 2,219 undi

P45 BUKIT MERTAJAM 
M:18.07% C:72.45% I:9.23% L:0.25%
1. Gui Guat Lye (BN)
2. Sim Chee Keong (DAP)
Penyandang: Chong Eng (DAP)
Majoriti : 25,897 undi

N13 BERAPIT 
M:4.57% C:85.32% I:9.84% L:0.27%
1. Ong Kok Fooi (DAP)
2. Lau Chiek Tuan (BN)
Penyandang: Ong Kok Fooi (DAP)
Majoriti : 4,692 undi

N14 MACHANG BUBUK 
M:38.19% C:50.82% I:10.7% L:0.29%
1. Tan Hock Leong (Bebas)
2. Tan Lok Heah (BN)
3. Ooi Shuan Hoe (Bebas)
4. Lee Khai Loon (PKR)
5. Wan Balqis Wan Abdullah (Bebas)
6. Vikhswaran Muniandy (KITA)
Penyandang: Tan Hock Leong (PKR)
Majoriti : 4,080 undi

N15 PADANG LALANG 
M:9.66% C:82.97% I:7.16% L:0.21%
1. Chong Eng (DAP)
2. Tan Teik Cheng (BN)
Penyandang: Tan Cheong Heng (DAP)
Majoriti : 4,241 undi

P46 BATU KAWAN 
M:20.4% C:55.57% I:23.66% L:0.37%
1. Gobalakrishnan Narayasamy (BN)
2. Kasthuri Rani Patto (DAP)
3. Huan Chang Guan (PCM)
4. A. Mohan (Bebas)
Penyandang: Prof. Dr. P Ramasamy (DAP)
Majoriti : 9,485 undi

N16 PERAI 
M:10.86% C:51.82% I:36.62% L:0.7%
1. L. Krishnan (BN)
2. Muhammad Ridhwan Sulaiman (Bebas)
3. P.Ramasamy (DAP)
Penyandang: Prof. Dr. P. Ramasamy (DAP)
Majoriti : 5,176 undi

N17 BUKIT TENGAH 
M:37.3% C:44.05% I:18.4% L:0.25%
1. Ong Chin Wen (PKR)
2. Teng Chang Yeow (BN)
3. A.Mohan (Bebas)
Penyandang: Ong Chin Wen (PKR)
Majoriti : 1,904 undi

N18 BUKIT TAMBUN 
M:13.91% C:67.98% I:17.9% L:0.21%
1. Lai Chew Hock (BN)
2. Low Choo Kiang (PKR)
3. A.Loganathan (Bebas)
4. Aziz Zainal Abidin (Bebas)
Penyandang: Law Choo Kiang (PKR)
Majoriti : 5,129 undi

P47 NIBONG TEBAL 
M:45.2% C:37.54% I:17.08% L:0.18%
1. Datuk Zainal Abidin Osman (BN)
2. Datuk Mansor Othman (PKR)
3. Ten Kok Peng (Bebas)
4. Teng Kok Pheng (Bebas)
Penyandang: Tan Tee Beng (PKR)
Majoriti : 3,087 undi

N19 JAWI 
M:28.18% C:57.14% I:14.36% L:0.13%
1. Tan Cheng Liang (BN)
2. Soon Lip Chee (DAP)
Penyandang: Tan Beng Huat (DAP)
Majoriti : 3,790 undi

N20 SUNGAI BAKAP 
M:27.74% C:57.25% I:14.78% L:0.19%
1. Maktar Shapee (PKR)
2. Mohd. Foad Mat Isa (BN)
Penyandang: Maktar Shapee (PKR)
Majoriti : 2,067 undi

N21 SUNGAI ACHEH 
M:68.73% C:23.74% I:7.31% L:0.22%
1. Badrul Hisham Shaharin (PKR)
2. Datuk Mahmud Zakaria (BN)
3. Mohd Yusni Mat Piah (Pas)
Penyandang: Datuk Mahmud Zakaria (BN)
Majoriti : 250 undi

P48 BUKIT BENDERA 
M:13.87 % C:73.79% I:11.26% L:1.08%
1. Teh Leong Meng (BN)
2. Zairil Khir Johari (DAP)
Penyandang: Liew Chin Tong (DAP)
Majoriti : 16,112 undi

N22 TANJONG BUNGA 
M:25.38% C:61.05% I:12.18% L:1.36%
1. Datuk Seri Chia Kwang Chye (BN)
2. Teh Yee Cheu (DAP)
3. Mar Seong Leng @ Beh Seong Leng (Bebas)
Penyandang: Teh Yee Chek (DAP)
Majoriti : 1,935 undi

N23 AIR PUTIH 
M:9.03% C:82.13% I:8.22% L:0.62%
1. Lim Guan Eng (DAP)
2. Tan Ken Keong (BN)
Penyandang: Lim Guan Eng (DAP)
Majoriti : 4,061 undi

N24 KEBUN BUNGA 
M:7.48% C:76.69% I:15.09% L:0.74%
1. Cheah Kah Peng (PKR)
2. Jayakaraman K.Kunchu Kannu (Bebas)
3. H’ng Chee Wey (BN)
Penyandang: Ong Khan Lee (PKR)
Majoriti : 3,125 undi

N25 PULAU TIKUS 
M:12.88% C:77.28% I:8.37% L:1.47%
1. Rowena Yam (BN)
2. Yap Soo Huey (DAP)
Penyandang: Koay Teng Hai (DAP)
Majoriti : 1,714 undi

P49 TANJONG 
M:5.78% C:85.26% I:8.61% L:0.35%
1. Ng Wei Aik (DAP)
2. Ng Song Kheng (BN)
Penyandang: Chow Kon Yeow (DAP)
Majoriti : 18,489 undi

N26 PADANG KOTA 
M:8.02% C:76.78% I:14.54% L:0.66%
1. Chow Kon Yeow (DAP)
2. Oh Tong Keong (BN)
Penyandang: Chow Kon Yeow (DAP)
Majoriti : 1,661 undi

N27 PENGKALAN KOTA 
M:0.93% C:94.74% I:4.2% L:0.13%
1. Lau Keng Ee (DAP)
2. Loke Cheang Gin @ Loke Poh Chye (BN)
Penyandang: Lau Keng Ee (DAP)
Majoriti : 5,477 undi

N28 KOMTAR 
M:9.14% C:82.71% I:7.84% L:0.31%
1. Loh Chye Teik (BN)
2. Teh Lai Heng (DAP)
3. Cheah Kah Peng (PCM)
Penyandang: Ng Wei Aik (DAP)
Majoriti : 3,328 undi

P50 JELUTONG 
M:20.22% C:67.96% I:11.48% L:0.34%
1. Ooi Chuan Aun (DAP)
2. Ng Fook On (BN)
Penyandang: Ooi Chuan Aun (DAP)
Majoriti : 16,246 undi

N29 DATOK KERAMAT 
M:28.18% C:57.14% I:14.36% L:0.32%
1. Jagdeep Singh Deo (DAP)
2. Ong Thean Lye (BN)
Penyandang: Jagdeep Singh Deo (DAP)
Majoriti : 1,855 undi

N30 SUNGAI PINANG 
M:27.74% C:57.25% I:14.78% L:0.23%
1. Dr. Thor Teong Gee (BN)
2. Lim Siew Khim (DAP)
3. Mohamed Yacoob Mohamed Nor (Bebas)
Penyandang: Koid Teng Guan (DAP)
Majoriti : 2,694 undi

N31 BATU LANCANG 
M:6.64% C:86.84% I:6.06% L:0.44%
1. Law Heng Kiang (DAP)
2. Lee Boon Ten (BN)
Penyandang: Law Heng Kiang (DAP)
Majoriti : 6,745 undi

P51 BUKIT GELUGOR 
M:15.16% C:74.25% I:10.15% L:0.44%
1. Karpal Singh a/l Ram Singh (DAP)
2. Teh Beng Yeam (BN)
Penyandang: Karpal Singh a/l Ram Singh (DAP)
Majoriti : 21,015 undi

N32 SERI DELIMA 
M:23.07% C:64.61% I:11.61% L:0.71%
1. R. Sanisvara Nethaji Rayer (DAP)
2. Low Joo Hiap (BN)
Penyandang: R. Sanisvara Nethaji Rayer (DAP)
Majoriti : 2,128 undi

N33 AIR ITAM 
M:20.77% C:69.95% I:8.94% L:0.34%
1. Wong Hon Wai (DAP)
2. Loo Jieh Sheng (BN)
Penyandang: Wong Hon Wai (DAP)
Majoriti : 2,727 undi

N34 PAYA TERUBONG 
M:6.13% C:83.74% I:9.8% L:0.33%
1. Yeoh Soon Hin (DAP)
2. Koh Wan Leong (BN)
Penyandang: Yeoh Soon Hin (DAP)
Majoriti : 11,121 undi

P52 BAYAN BARU 
M:39.14% C:48.46% I:11.75% L:0.65%
1. Sim Tze Tzin (PKR)
2. Tang Heap Seng (BN)
Penyandang: Datuk Zahrain Mohamed Hashim (PKR)
Majoriti : 11,029 undi

N35 BATU UBAN 
M:26.88% C:58.31% I:14.16% L:0.65%
1. Goh Kheng Sneah (BN)
2. Baratharajan Narayasamy Pillai (Bebas)
3. Jayabalan A.Thambyappa (PKR)
4. Rajendra Ammasi (Bebas)
5. Mohd Noor Sirajajudeen Mohd Abdul Kader (Bebas)
Penyandang: S. Raveenthran (PKR)
Majoriti : 611 undi

N36 PANTAI JEREJAK 
M:40.03% C:47.54% I:11.77% L:0.66%
1. Wong Mun Hoe (BN)
2. Mohd Rashid Hasnon (PKR)
Penyandang: Sim Tze Tzin (PKR)
Majoriti : 1,258 undi

N37 BATU MAUNG 
M:50.31% C:39.49% I:9.36% L:0.64%
1. Mansor Musa (BN)
2. Rahmad Isahak (Bebas)
3. Datuk Abdul Malik Abdul Kassim (PKR)
Penyandang: Abdul Malik Kassim (PKR)
Majoriti : 3,169 undi

P53 BALIK PULAU 
M:60.04% C:35.0% I:4.0% L:0.29%
1. Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN)
2. Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PKR)
Penyandang: Yusmadi Yusoff (PKR)
Majoriti : 708 undi

N38 BAYAN LEPAS 
M:60.49% C:33.77% I:5.46% L:0.28%
1. Asnah Hashim (Pas)
2. Nordin Ahmad (BN)
3. Vellahautham Arumugam (Bebas)
Penyandang: Syed Amerruddin Syed Ahmad (BN)
Majoriti : 399 undi

N39 PULAU BETONG 
M:59.12% C:36.98% I:3.66% L:0.24%
1. Muhamad Farid Saad (BN)
2. Mohd Tuah Ismail (PKR)
Penyandang: Muhamad Farid Saad (BN)
Majoriti : 294 undi

N40 TELOK BAHANG 
M:60.4% C:36.01% I:3.23% L:0.36%
1. Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN)
2. Abdul Halim Husain (PKR)
Penyandang: Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya (BN)
Majoriti : 465 undi




Khamis, 18 April 2013

PRU-13: Berkempenlah tanpa burukkan calon lain

Senario pilihan raya kalau tanpa kempen dan bendera parti hilanglah serinya dan hilanglah makna 'raya' itu.

dari, sudut, pandang, berkempen, calon, buruk, peribadi
sekadar gambar hiasan
Artikel ini aku tulis sebabnya semalam aku ada menghadiri satu kempen pilihan raya. Tak perlulah aku tulis dari parti mana dan siapa calonnya, cuma aku nak tulis disini adalah tentang perkara yang diucapkan oleh penceramah semalam dan aku percaya di tempat-tempat lain juga penceramah akan menyentuh perkara ini.


Apa yang aku nak sentuh adalah berkenaan dengan memburuk-burukkan peribadi parti lawan. Aku amat hairan kenapa perkara peribadi ini dijadikan modal untuk berkempen. Calon dari parti A kata, Calon dari parti  B kaki perempuan lah, gay lah, kaki seks lah, kaki kebas duit rakyat lah dan macam-macam lagi sampai cerita takut bini pun ada keluar...apa lah diorang ini.

Entahlah, semalam aku dengar kempen macam aku dengar orang cerita lucah pulak...nasib baiklah anak aku tak ikut...kalu tak.....?

Sepatutnya janganlah hanya cari salah orang dan memburukkan pihak lawan, sebaliknya buktikan kepada para pengundi yang kita boleh buat kerja dan boleh dipercayai dan lebih baik daripada parti lain. Buktikan juga manifesto dijanjikan rasional, intelektual dan dapat dilaksanakan barulah betul berkempen.

Dok gitu?

Rabu, 17 April 2013

PRU-13: Kerusi Parlimen yang menjadi tumpuan

Selepas Umno mengumumkan senarai calonnya semalam didapati terdapat kerusi Parlimen yang ditandingi melibatkan nama besar dalam arus politik Malaysia dan ianya dijangka mendapat tumpuan ramai. Pertembungan ini menjadi ukuran bagi kelangsungan karier politik mereka. Antara kerusi dan calon-calonnya ialah:


1. P162 Gelang Patah
Ghani Othman (BN) vs Lim Kit Siang (DAP)

2. P121 Pantai Dalam
Raja Nong Chik (BN) vs Nurul Izzah Anwar (PKR)(Penyandang)

3. P108 Shah Alam
Zulkifli Nordin (BN) vs Khalid Samad (PAS)(Penyandang)

4. P125 Putrajaya
Tengku Adnan (BN)(Penyandang) vs Husam Musa (PAS)

5. P44 Permatang Pauh
Dr. Mazlan (BN) vs Anwar Ibrahim (PKR) (Penyandang)

6. P140 Segamat
S. Subramaniam (BN) (Penyandang) vs Chua Jui Meng (PKR)

7. P161 Pulai
Nur Jazlan Mohamed (BN) (Penyandang) vs Salahuddin Ayub (PAS)

8. P127 Jempol
Mohd Isa Samad (BN) vs Wan Aishah Wan Ariffin (PAS)



Selasa, 16 April 2013

PRU-13: Calon Parlimen MCA, GERAKAN dan PPP

Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding di Parlimen bagi Barisan Nasional yang diwakili dari Parti MCA, Gerakan dan juga PPP.

Senarai Calon:

Kedah

1. Alor Setar: Chor Chee Heong (MCA) vs Gooi Hsiau Leung (PKR)
2. Padang Serai: Heng Seai Kie (MCA) vs N Surendran (PKR)

Pulau Pinang

1. Bagan: David Chua Teik Siang (MCA) vs Lim Guang Eng (DAP)
2. Bukit Mertajam: Gui Guat Lye (MCA) vs Chong Eng (DAP)
3. Bukit Gelugor: Teh Beng Yeam (MCA) vs Karpal Singh (DAP)
4. Bayan Baru: Tan Heap Seng (MCA) vs Sim Tze Sin (PKR)
5. Batu Kawan: N Gobalakrishnan (Gerakan) vs Dr. P Ramasamy (DAP)
6. Bukit Bendera: Teh Leong Meng (Gerakan) vs Koay Teng Hai (DAP)
7. Tanjong: Ng Song Kheng (Gerakan) vs Chow Kon Yeow (DAP)
8. Jelutong: Ng Fook On (Gerakan)  vs Ooi Chuan Aun (DAP)


Perak

1. Ipoh Timur: Kat Wong Mei (MCA) vs Thomas Su (DAP)
2. Ipoh Barat: Dr. Cheng Wei Yee (MCA) vs Wong Kah Woh (DAP)
3. Batu Gajah: Loo Thin Tuck (MCA) vs V Sivakumar (DAP)
4. Kampar: Lee Chee Leong (MCA) vs calon PAS (belum diumumkan lagi)
5. Gopeng: Tan Chin Meng (MCA) vs Dr. Lee Boon Chye (PKR)
6. Lumut: Kong Cho Ha (MCA) vs Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hanif (PKR)
7. Tanjung Malim: Ong Ka Chuan (MCA) vs Brig. Jeneral (B) Abdul Hadi Abdul Khatab (PKR)
8. Taiping: Tan Lian Hoe (Gerakan) vs Nga Kor Ming (DAP)
9. Beruas: Chang Ko Youn (Gerakan) vs Ngeh Koo Ham (DAP)
10. Telok Intan: Mah Siew Keong (Gerakan) vs M Manogaran (DAP)

Pahang

1. Raub: Hoh Khai Mun (MCA) vs Mohd Arif Sabri Abdul Aziz (DAP)
2. Bentong: Liow Tiong Lai (MCA) vs Wong Tack (DAP)

Selangor

1. Selayang: Ir. Donald Lim Siang Chai (MCA) vs William Leong (PKR)
2. Pandan: Gary Lim Chin Yee (MCA) vs Rafizi Ramli (PKR)
3. Serdang: Yap Pian Hon (MCA) vs Teo Nie Ching (DAP)
4. Kelana Jaya: Loh Seng Kok (MCA) vs Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
5. PJ Selatan: Seah Kok Fah (MCA) vs Hee Loy Sean (PKR)
6. PJ Utara: Chew Hoong Ling (MCA) vs Tony Phua Kiam Wee (DAP)
7. Klang: Teh Kim Poo (MCA) vs Charles Anthony Santiago (DAP)
8. Puchong: A Kohilan Pillay (Gerakan) vs Gobind Singh Deo (DAP)

Wilayah Persekutuan

1. Bukit Bintang: Frankie Gan Joon Zin (MCA) vs Fong Kui Lun (DAP)
2. Seputeh: Nicole Wong Siaw Ting (MCA) vs Theresa Kok (DAP)
3. Cheras: Teoh Chee Hooi (MCA) vs Tan Kok Wai (DAP)
4. Bandar Tun Razak: Tan Kok Eng (MCA) vs Abdul Khalid Ibrahim (PKR)
5. Batu: Dr. Dominic Lau Hoe (Gerakan) Chai vs Tian Chua (PKR)
6. Segambut: B Jayanthi Devi (Gerakan) vs Lim Lip Eng (DAP)
7. Kepong: A Chandrakumanan (PPP) vs Dr. Tang Seng Giaw (DAP)

Negeri Sembilan

1. Seremban: Yeow Chai Thiam (MCA) vs John Fernandez (DAP)
2. Rasah: Teo Eng Kian (MCA) vs Loke Siew Fook (DAP)

Melaka

1. Alor Gajah: Koh Nai Kwong (MCA) vs Damian Yeo (DAP)
2. Kota Melaka: Dr. Yee Kok Wah (MCA) vs Sim Tong Him(DAP)

Johor

1. Labis: Chua Tee Yong (MCA) vs S Ramakrishnan (DAP)
2. Bakri: Chris Lee Ching Yong (MCA) vs Er Teck Hwa (DAP)
3. Ayer Hitam: Wee Ka Siong (MCA) vs Hu Pang Chaw (PAS)
4. Kluang: Dr. Hou Kok Chung (MCA) vs Liew Chin Tong (DAP)
5. Tebrau: Khoo Soo Seang (MCA) vs Steven Choong (PKR)
6. Kulai: Tay Chin Hein (MCA) vs Yeo Tung Siong (DAP)
7. Tanjong Piai: Wong You Fong (MCA) vs Mahdzir Ibrahim (DAP)
8. Simpang Renggam: Liang Teck Meng (Gerakan) vs Suhaizan Kaiyat (PAS)










Khamis, 11 April 2013

PRU-13: Info nombor di sebalik Pilihan Raya

Berikut adalah info nombor bagi Pilihan Raya ke -13 (PRU-13)

Tarikh Penting PRU-13:

Tarikh Pembubaran Parlimen : 3 April 2013 (hari Rabu)
Tarikh Keluar Writ : 11 April 2013 (hari Khamis)
Tarikh Notis Pilihan Raya : 12 April 2013 (hari Jumaat)
Tarikh Penamaan calon : 20 April 2013 (hari Sabtu)
Tarikh Hari Pengundian Awal : 30 April 2013 (hari Selasa)
Tarikh Hari Pengundian : 5 Mei 2013 (hari Ahad)
Tempoh Berkempen : 14 Hari

Bilangan Pengundi Berdaftar:

13,268,002 orang berdasarkan daftar diwartakan pada 11 April 2013
12,992,661 pengundi biasa
275,341 orang pengundi awal terdiri daripada
161,251 anggota tentera dan pasangannya
111,251  anggota polis dan pasangannya serta anggota Polis Gerakan Am (PGA)
2,954 orang pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara
2,566,948 orang pengundi baru.

Kerusi Jadi Rebutan:

222 Kerusi Parlimen
505 Kerusi Dewan Undangan Negeri (Kecuali Sarawak)

Lain-lain Info Nombor

31 Bilangan parti politik boleh bertanding guna simbol masing-masing
30 Bilangan simbol disediakan SPR untuk calon Bebas.
8,789 Bilangan sekolah dijadikan Pusat Pengundian diseluruh negara
26,219 Saluran mengundi
544 Pusat membabitkan 882 Saluran mengundi untuk Pengundian Awal
234,905 Orang Petugas Pilihan Raya
RM400 juta Peruntukkan belanja PRU-13
222 Pegawai Pengurus Pilihan Raya
1,088 Penolong Pegawai Pengurus
379 Pegawai Penguat Kuasa Kempen








Rabu, 10 April 2013

PRU-13: SPR mengumumkan tarikh mengundi

Segala teka-teki telah berjawab apabila, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tepat pukul 12:15 tadi telah mengumumkan tarikh penamaan calon, tarikh pengundian awal dan juga tarikh mengundi.

SPR yang bermesyuarat sejak pukul 9:30 pagi dan selesai pada pukul 12:00 telah menetapkan:

Tarikh penamaan calon: 20hb April 2013 (hari Sabtu)

Tarikh pengundian awal : 30hb April 2013 (hari Selasa)

Tarikh mengundi : 05hb Mei 2013 (hari Ahad)

ini bermakna dari tarikh pembubaran Parlimen pada 03hb April 2013 sehingga ke hari penamaan calon ialah 18 hari, manakala bagi pengundian awal buat tentera dan polis serta pasangannya mempunyai 11hari selepas penamaan calon.

Untuk berkempen pula, para calon mempunyai masa sehingga 14hari untuk berkempen, tidak memenuhi apa yang diminta oleh BERSIH iaitu 21 hari berkempen.

Walau bagaimanapun, tempoh berkempen kali ini lebih panjang berbanding dengan PRU-12 dulu iaitu 11hari.


PRU-13: Siaran 10 minit untuk pembangkang di RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperuntukkan 10 minit untuk pembangkang mengemukakan manifesto sempena Pilihan Raya ke-13 (PRU-13).

PRU-13, pilihan raya, RTM, siaran, pembangkang, kerajaan, dari, sudut, pandangMenurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia(KPKKM), Datuk Seri Rais Yatim, tempoh 10 minit itu muktamad bagi semua parti pembangkang menghuraikan segala aku janji mereka sepanjang tempoh berkempen.

Selain di RTM, 10 minit juga diperuntukkan di 32 stesen radio dibawah KPKKM untuk siaran tersebut.

 Aku tak berapa pasti, mengapa menteri masih berkuasa dalam menentukan hala tuju kementerian selepas Parlimen dibubarkan. Sepatutnya perkara yang melibatkan kempen untuk Pilihan Raya perlu dilakukan secara adil dan terletak dibawah SPR sepenuhnya. Jika sebelum ini pelancaran manifesto BN telah disiarkan selama 2 jam kenapa RTM tidak dapat memberi slot yang sama kepada pembangkang?

Aku tidak menyokong mana-mana pihak tetapi ternampak berlakunya ketidakadilan dalam perkara ini. Sepatutnya setiap parti mendapat layanan yang sama rata sebabnya sekarang ini, Malaysia hanya diperintah oleh kerajaan sementara sahaja selepas Parlimen dibubarkan.

Ketika ini, aku teringat tentang cabaran Datuk Seri Anwar kepada Datuk Seri Najib untuk berdebat tetapi tidak dilayan oleh Datuk Seri Najib. Jika debat ini berlaku, amat mudah para pengundi membuat keputusan untuk memilih mana yang lebih baik untuk menjadi Perdana Menteri.

P/S: Aku bersimpati.......


Selasa, 9 April 2013

PRU-13: Senarai awal calon PAS di Parlimen part 1

Parti Islam SeMalaysia atau PAS telah mengumumkan nama-nama besar bagi bertanding bagi merebut kerusi pada pilihan raya ke-13 (PRU-13).

Mereka ialah:

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahan kerusi Parlimen Marang yang dimenangi  oleh beliau pada PRU-12.

calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang mengantikan Mohd Hayati Othman yang juga dari PAS.

calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Datuk Paduka Husam Musa akan bertanding di Parlimen Putrajaya, yang kini disandang oleh Tengku Adnan Tengku Mansor dari BN.


calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Datuk Mahfuz Omar akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena yang telah dimenangi beliau pada PRU-12.


calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Salahuddin Ayub akan bertanding di Parlimen Pulai dan kemungkinan besar akan melawan penyandang kerusi dari BN iaitu Datuk Nur Jazlan Mohamed.


calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu
mengantikan penyandang kerusi iaitu Mohd Abdul Wahid Endut juga dari PAS.


calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Datuk Fauzi Shaari yang juga bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM akan bertanding di Parlimen Larut, penyandang kerusi adalah dari BN iaitu Hamzah Zainudin.


calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin akan bertanding di Parlimen Jempol, penyandang kerusi ialah dari BN iaitu Datuk Lilah Yassin.


calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


PRU-13: Ingatan buat rakyat Malaysia

Sempena musim pilihan raya ini, aku harapkan semua rakyat Malaysia, tidak kiralah para penyokong parti kerajaan atau parti pembangkang, calon-calon yang bertanding, para bloggers serta suami dan isteri juga. Jangan disebabkan musim pilihan raya ini kita berpecah belah, lebih-lebih lagi buat suami isteri, janganlah hingga bercerai berai pulak kerana berbeza parti politik.

Buat calon-calon yang berkempen, aku harapkan berkempenlah dengan bijaksana, janganlah menyentuh hal-hal peribadi calon lebih-lebih lagi cerita dalam kelambu. Sebabnya kita hanya ada satu negara iaitu Malaysia. Sekarang ini macam-macam cerita yang dikeluarkan semata-mata untuk mengaibkan individu tertentu.

Oleh itu, hayatilah kata-kata dibawah ini:

pilihan raya, PRU-13, buat, rakyat, Malaysia, calon, berkempen

P/S: Aku bukan sesiapa tapi aku inginkan Malaysia yang aman, bermuafakat dan bersatu walau berlainan kaum.

Sabtu, 6 April 2013

PRU13: Shabery Cheek bertanding DUN untuk jawatan MB Terengganu

Belum apa-apa lagi, dah ada calon untuk jawatan Menteri Besar Terengganu? Barisan Nasional confirm menang ker? Penamaan calonpun belum lagi....tapi itulah desas-desus yang aku dengar yang semakin bertiup kencang di Terengganu.

Khabarnya, pemegang jawatan sekarang iaitu DS Ahmad Said terlalu banyak isu peribadi yang melanda dirinya selain krisis dengan pihak istana menyebabkan beliau bakal disingkirkan daripada bertanding.



Selain DS Shabery Cheek, nama Kazan Che Mat dan juga Yahya Khatib juga disebut-sebut akan memegang jawatan Menteri Besar Terengganu selepas ini. Antara ketiga-tiga nama ini Kazan dikatakan berada di nombor ketiga kerana beliau dikatakan 'orang' DS Idris. Walaupun latar belakangnya dalam bidang agama sepatutnya menjadi kelebihan buat beliau. Sepertimana yang kita maklum, DS Idris telah disingkirkan oleh Istana dari jawatan MB sebelum ini.

Sementara itu, Yahya Khatib dan juga DS Shabery Cheek menjadi pilihan kerana imej bersih yang dibawa oleh mereka. Cuma kelebihan DS Shabery Cheek adalah terletak kepada pengalaman dan kerja kuat beliau di Kementerian Belia dan Sukan. Selain imej low profile dan hubungan baik beliau dengan Istana dikatakan antara yang menjadi kelebihan.

Perihal jawatan Menteri Besar pernah dibangkitkan sebelum ini tetapi dinafikan oleh DS Shabery Cheek yang beliau akan mengisi jawatan tersebut, tetapi memandangkan kepada situasi terkini yang berlaku di Terengganu spekulasi ini kemungkinannya adalah benar. Jika ini berlaku bermakna apa yang dikatakan sebagai kejutan besar oleh DS Najib adalah benar terjadi.

Dikhabarkan juga, DS Shabery Cheek akan bertanding di DUN Kemasik (N29) yang seterusnya menyingkirkan Ir. Rosli yang telahpun ditolak oleh kebanyakan pengundi di Kemasik.

Walau apapun desas-desus yang timbul di Terengganu, ianya tetap tidak pasti sehinggalah nama calon diumumkan sendiri oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, iaitu DS Najib. Sehingga itu spekulasi ini tetap akan bertiup kencang di Terengganu berkenaan jawatan MB ini.

P/S: Dalam politik.... tiada kawan yang selamanya menjadi kawan dan tiada musuh yang akan menjadi musuh selamanya.


Khamis, 4 April 2013

PRU-13: 27 April 2013 Tarikh mengundi

Selepas pengumuman pembubaran Parlimen pada 3 April 2013 oleh DSNajib, kini menunggu pula tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya pada 10 April 2013 ini.

pilihan raya, mengundi, bubar, spr, Suruhanjaya Pilihan Raya, tarikh, penamaaan, calon,Tarikh 'panas' yang dijangka ialah pada 13 April ini ialah untuk penamaan calon manakala untuk tarikh membuang undi pula dijangka pada 27 April 2013.

Ini kerana berdasarkan kepada rekod sebelum ini iaitu pada PRU-11 dan PRU-12 menunjukkan SPR menetapkan hari penamaan calon kurang dua minggu selepas tarikh pembubaran Parlimen dan hari mengundi juga kurang dua minggu selepas tempoh berkempen.




Rabu, 3 April 2013

PRU-13: Akhirnya Parlimen bubar

Setelah lama berteka-teki, akhirnya Parlimen dibubarkan oleh  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (DSNR) setelah mendapat perkenan oleh YDAgong.

DS Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada pukul 11:30 pagi tadi setelah berakhirnya mesyuarat kabinet.

Pengumuman tersebut, akhirnya telah menamatkan segala teka-teki selama ini tentang tarikh pembubaran Parlimen.

Dedas-desus yang mengatakan DSNajib akan membiarkan Parlimen terbubar sendiri pada 28 April ini akhirnya meleset.

Pengumuman pembubaran Parlimen pada hari ini juga bermakna genaplah 4 tahun, DSNajib menjadi Perdana Menteri selepas mengambil alih jawatan dari Tun Abdullah Badawi.

Sekarang kita tunggu sahaja pengumuman daripada SPR, tarikh penamaan calon dan tarikh membuang undi.....tunggu.

P/S: Masa untuk rakyat berkuasa.............adakah perubahan akan tercipta atau mahu mengekalkan yang sedia ada....???

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...