Tadi semasa aku singgah di sebuah taman di Batu Caves untuk makan selepas bersembahyang Maghrib aku terdengar dari sebuah surau ada ceramah politik..eheh bukan ceramah agama..
Aku terdengar seorang ustaz berceramah, aku tak tahulah tajuk tentang apa tapi siap buka hadis dan buka ayat Al-Quran tentang syaitan yang menyesatkan manusia dari Nabi Adam hinggalah sekarang....best ni....jadi aku pasang telinga lagi....sayangnya aku tak bawa alat untuk merakam.
Ustaz tu kata "syaitan ini sejak dari dulu, kini dan selamanya asyik kerjanya menyesatkan manusia... jadi janganlah pakai slogan dulu,kini dan selamanya sebab itu slogan syaitan. Katanya lagi dulu 10 tahun yang lepas banyak dia tengok orang tampal dulu,kini dan selamanya di kereta tapi sekarang dah tak banyak......"
Aku terdengar lagi ustaz itu dalam gelak-gelak berkata lagi, "sekarang ini orang dah tak banyak kibarkan bendera Malaysia di rumah-rumah dan di kereta-kereta semperna Hari Kemerdekaan sebab orang dah tak suka kerajaan... kalau nak kibarkan bendera tunggulah tukar kerajaan dulu........" tambahnya ustaz itu lagi masih dalam nada tergelak-gelak.
Eh, aku tersalah dengar ker ini? Aku pun tanyalah kat seorang pakcik kat kedai tu, dia kata memang selalu ada ceramah agama campur dengan ceramah politik di surau tersebut dan pakcik itu kata lagi yang dia ada terdengar cerita yang ada penduduk di taman tersebut telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkenaan tapi sehingga kini tiada tindakan yang diambil.
Bagi aku, surau atau masjid adalah tempat beribadat jika tempat-tempat tersebut dipolitikkan maka akan berlakunya perpecahan dalam masyarakat. Aku percaya orang-orang yang menyokong kerajaan tidak akan pergi ke surau tersebut untuk bersembahyang lagi selepas ini.
Kepada pihak-pihak yang berkenaan tolonglah pantau dan ambillah tindakan seandainya terdapat perlanggaran garis panduan berceramah.