Ahad, 27 April 2014

Rekod Alex Ferguson yang dipecahkan Moyes

Selepas Alex Ferguson bersara daripada menjadi pengurus Manchester United yang dipegangnya selama 26 tahun, penganti beliau iaitu David Moyes telah melakukan keajaiban kerana telah memecahkan banyak rekod yang dicipta oleh Ferguson.

dari sudut pandang, Moyes dipecat, Manchester United, rekod

Antara rekod-rekod yang dipecahkan oleh Moyes adalah rekod yang terbaik dan juga rekod yang terburuk yang dicipta oleh seorang pengurus Manchester United. Sehinggalah beliau dipecat menjadi pengurus Manchester United yang juga kali pertama yang diambil oleh pemilik United iaitu keluarga Glazer.

Rekod-rekod tersebut ialah:

1. 11 Ogos 2013: Manchester United 2-0 Wigan.
Moyes mencipta rekod kerana menjadi pengurus United yang pertama memenangi trofi dalam musim pertama apabila memenangi trofi Perisai Komuniti.

2. 17 Ogos 2013: Swansea City 1-4 Manchester United.
Moyes merupakan pengurus United pertama yang merekodkan kemenangan 4-1 di liga sejak Dare Sexton meraih keputusan sama pada tahun 1977.

3. 22 September 2013: Manchester City 4-1 Manchester United
United menyamakan rekod kekalahan terbesar mereka di Stadium Etihad.  Ia rekod kekalahan terbesar yang sama di City sejak tahun 1989.

4. 28 September 2013: Manchester United 1-2 West Brom
United tewas di Old Trafford kepada Albion buat kali pertama dalam tempoh 35 tahun sejak The Baggies kendalian Ron Atkinson mengalahkan anak buah Sexton, 5-3 pada tahun 1978. United juga menduduki tangga ke-12 liga selepas membuat permulaan liga paling buruk sejak musim 1989-90.

5. 27 November 2013: Bayer Leverkusen 0-5 Manchester United
Kemenangan terbesar United di tempat lawan di Piala Eropah sejak Busby Babes menewaskan kelab Ireland, Shamrock Rovers 6-0 pada tahun 1957, iaitu 56 tahun yang lalu.

6. 4 Disember 2013: Manchester United 0-1 Everton
The Toffees, memecahkan rekod 21 tahun tanpa kemenangan di Old Trafford iaitu kali terakhir mereka lakukan pada tahun 1992 iaitu ketika minggu pertama musim pengenalan Liga Perdana Inggeris.

7. 8 Disember 2013 : Manchester United 0-1 Newcastle United
Jaringan tunggal Yohan Cabaye telah memberi kemenangan pertama Newcastle di Old Trafford dalam tempoh 41 tahun. Mereka telah mengharungi 32 perlawanan di Theatre of Dreams tanpa meraih sebarang kemenangan sejak tahun 1972. Ia juga bermakna kekalahan tempat sendiri berturut-turut di Liga Perdana buat United sejak tahun 1992.

8. 4 Januari 2014 : Manchester United 1-2 Swansea
Swansea mencipta kemenangan pertama di Old Trafford sejak perlawanan pertama mereka pada 1931, iaitu 83 tahun tanpa kemenangan pada perlawanan Piala FA dibawah Michael Laudrup. Kekalahan ini juga adalah kali kedua sejak tahun 1984 menyaksikan United tersingkir dari Piala FA di pusingan ketiga.

9. 7 Januari 2014 : Sunderland 2-1 Manchester United
Selepas tewas kepada Tottenham di perlawanan tahun baru, United menerima tamparan lagi apabila kalah di peringkat separuh akhir pertama Piala Capital One, kekalahan 3 perlawanan berturut-turut sejak tahun 2001.

10. 24 Januari 2014: Juan Mata sertai Manchester United
Rekod pembelian terbesar dengan harga 37.1 juta paun, sekaligus memecahkan rekod pembelian kelab yang selama ini dipegang oleh Dimitar Berbatov yang dibeli dari Tottenham dengan harga 30.75 juta paun. Moyes juga membeli Marouane Fellaini dengan harga 27.5 juta paun pada musim panas lalu menjadikan keseluruhan pembelanjaan sebanyak 64.6 juta paun dalam tempoh singkat - satu lagi rekod kelab.

11. 1 Februari 2014 : Stoke City 2-1 Manchester United
Stoke telah memecahkan rekod 30 tahun tanpa kemenangan mereka sejak tahun 1984 di liga. Kekalahan ini bermakna United telah mencatatkan permulaan musim liga paling buruk sepanjang 24 tahun perlawanan di era Liga Perdana Inggeris.

12. 21 Februari 2014 : Wayne Rooney baharui kontrak
Gaji terbaru Rooney selepas menandatangani kontrak baru selama 5 tahun setengah iaitu 300 ribu paun, menjadikan penyerang England itu sebagai penerima gaji paling tinggi dalam sejarah United. Ditafsirkan sekitar 85 juta paun apabila kontrak berakhir pada tahun 2019, ia merupakan kontrak paling mahal pernah diberikan oleh sebuah kelab Inggeris.

13. 25 Februari 2014 : Olympiakos 2-0 Manchester United
Olympiakos menjadi kelab Greece pertama mengalahkan United di kejohanan Eropah.

14. 20 April 2014: Everton 2-0 Manchester United
The Toffees mencatatkan 2 kali kemenangan berdepan United dalam semusim. Ini memberikan mereka kemenangan paling bermakna sejak tahun 1970.

15. 22 April 2014 : Moyes dipecat
Pemecatan Moyes berlaku apabila Manchester United mencatatkan kekalahan ke-11 dalam Liga apabila tewas kepada Everton 2-0. Dengan kedudukan ke-7 dalam liga dengan baki 4 perlawanan bermakna Manchester United gagal pertama kali untuk layak ke Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak tahun 1995. Dengan kedudukan ini juga bermakna untuk layak ke Liga Eropah juga hampir mustahil. Kedudukan Manchester United di dalam liga ketika ini adalah yang terburuk sejak tahun 1992. Jumlah keseluruhan perlawanan United di bawah Moyes iaitu 51 perlawanan, menang 27 perlawanan, 9 kali seri dan kalah 15 kali dengan peratus kemenangan 52.94 peratus.

DSP: Yang paling seronok melihat kemerosotan Manchester United ialah penyokong-penyokong daripada Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Manchester City. Kini giliran mereka merasa betapa hebatnya berada di atas.  Apa taknyer United telah mendominasi Liga Primer England selama hampir sedekad. Kini tiba masanya penyokong-penyokong United mengerti erti kekalahan. Walaupun begitu Glory Glory Manchester United. Moga masih ada sinar disebalik kemerosotan ini.

Jumaat, 25 April 2014

Bomoh cabul jururawat

Dalam dunia moden ini, masih ada ke orang yang mempercayai bomoh? Bomoh ini ada macam-macam bomoh, ada bomoh betul yang menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai penyembuh yang kita panggil pengamal perubatan islam, ada juga bomoh yang temberang. Bomoh yang seperti inilah yang perlu dijauhi kerana niat mereka ini mungkin tidak betul seperti yang dialami oleh jururawat ini.

dari sudut pandang, bomoh perkosa pesakit, cabul jururawat
Mangsa yang berusia sekitar 20-an telah berjumpa dengan bomoh keparat ini ketika bomoh ini datang ke klinik tempatnya bekerja untuk melakukan pemeriksaan darah.

Bomoh keparat ini telah memberikan kad perniagaannya dan menceritakan profesion yang beliau ceburi. Kemudiannya bomoh ini meminta nombor telefon mangsa.

Selepas balik daripada kerja, mangsa yang juga jururawat telah menerima satu mesej daripada bomoh ini yang memaklumkan bahawa dia terkena sihir dan jika tidak diubati dia tidak akan berkahwin hingga usia tua.

Mangsa yang bimbang dengan dakwaan bomoh tersebut dan telah meminta pandangan kawan-kawannya berhubung dengan perubatan melalui bomoh. Selepas diyakini oleh kawan-kawannya, beliau bersama 2 orang kawannya telah pergi berjumpa dengan bomoh tersebut.

Selepas sampai dirumah bomoh tersebut, beliau diarahkan supaya masuk ke dalam bilik bersendirian sementara 2 orang kawannya tinggal diluar tetapi salah seorang kawannya nekad untuk masuk menemaninya di dalam bilik tersebut.

Beliau telah diarahkan oleh bomoh itu untuk baring di atas katil dan selepas itu bomoh tersebut telah menanggalkan kesemua pakaiannya termasuk bra dan seluar dalamnya.

Kawan yang menemaninya telah membantah perbuatan bomoh tersebut tetapi bomoh tersebut mengatakan yang ia salah satu cara rawatan.

Lelaki terbabit kemudiannya mengambil besi sepanjang 40cm sebelum menekannya dibahagian kemaluan dan buah dadanya.

Bomoh itu berkata yang bisa sihir dalam kemaluannya terlalu banyak dan sempat memegang kemaluannya dengan tangan. Bomoh tersebut juga mengatakan supaya datang untuk membuat rawatan susulan tetapi kali ini perlu datang pada waktu malam.

Mangsa berkata, "Saya sedih dengan kejadian ini kerana ini kali pertama saya mendapatkan rawatan bomoh dan ditipu oleh lelaki itu kononnya ia rawatan islam dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Kes ini dalam siasatan polis.

DSP: Sebab ini lah saya agak sukar untuk mempercayai bomoh.






Rabu, 16 April 2014

Tahukah anda: Khasiat kulit kayu manis

Kayu manis adalah sejenis rempah yang diperolehi dari kulit bahagian dalam beberapa spesies pokok Cinnamomum. Ia kebanyakannya digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan yang manis seperti pastri.

dari sudut pandang, khasiat kulit kayu manisAntara khasiat kulit kayu manis ini ialah:

1. Membantu mengurangkan paras gula dalam darah pada pesakit diabetes.

2. Membantu menstabilkan paras gula dalam darah.

3. Membantu menurunkan berat badan.

Selain daripada kulit kayu manis digunakan untuk makanan ia juga digunakan sebagai aroma terapi yang dipercayai dapat meningkatkan fungsi kognitif dan ingatan terutamanya kepada individu yang memerlukan tumpuan dan memori ketika menjalankan tugas.

Khamis, 3 April 2014

MB Terengganu: Kalau takut letak jawatan

Aku respek habis lah dengan Menteri Besar (MB) Terengganu ni, Datuk Seri Ahmad Said (abang Mat) kerana dia hentam saper saja yang dia rasa tak betul. Cayalah Lu, Abang Mat.

dari sudut pandang, ahmad said, letak jawatan FAM, Terowong Larkin, Johor DTSebelum jadi MB lagi perangai abang Mat ni memang seorang yang 'debe' (cakap orang Terengganu (gedebe;gong;) yang bermaksud samseng, gah, sombong atau angkuh). Kalau sesiapa yang pernah ingat yang dia ni semasa jadi exco pun pernah ajak Adun daripada pembangkang bertumbuk di dalam Dewan Undangan ketika tak bersetuju dengan perbahasan.

Sekarang ni bila dah jadi MB makin bertambahlah perangai 'debe'nya itu. Kali ini dia hentam FAM pula pasal kes 'Terowong Larkin'...tapi yang aku respek abang Mat ni ialah apa yang dia kata tu ada kebenarannya maknanya dia 'debe' pada perkara yang betul.

Korang bacalah kenapa aku kata abang Mat ni betul bila dia bercakap pasal FAM:

 "Letak jawatan atau tarik diri jika tak berani buat keputusan. Jangan nak lari kerana kita ada tanggungjawab," Kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Reaksi itu ditujukan kepada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang disifatkan membuat keputusan 'pilih bulu' kerana hanya menjatuhkan hukuman denda RM30,000 terhadap Johor Darul Ta'zim (Johor DT) kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan di stadium sehingga mencetuskan insiden 'Terowong Larkin'.

Ahmad berkata, anggota jawatankuasa terbabit perlu menarik diri atau melantik anggota lain kerana tidak mampu memikul tanggungjawab dan membuat keputusan secara adil.

"Saya pelik sebab atas sebab keselamatan, FAM jatuhkan hukuman kepada Johor DT kerana gagal sediakan kawalan keselamatan sedangkan 'siapa' yang menyebabkan benda itu tak selamat, mesti dikenal pasti dan dijatuhkan hukuman.

"Jika kita sebagai hakim atau jawatankuasa disiplin buat keputusan secara terpilih atau tak berani buat keputusan, letak jawatan kerana tak mampu berlaku adil.

Menurutnya, beliau juga tidak berpuas hati dengan cara jawatankuasa itu mengendalikan kes berkenaan yang langsung tidak memanggil wakil T-Team untuk memberi keterangan berhubung insiden 'Terowong Larkin'

"Saya tunggu juga berita daripada FAM sebab dulu kata nak panggil semua pihak untuk diambil keterangan, tapi sehingga 3 hari lalu tidak ada apa-apa pun dan sampai akhir T-Team tak dipanggil.

"Sebelum ini bukan main sedap bercakap nak ambil tindakan tegas, tapi cakap saja. Orang macam inilah yang buat mutu bola sepak Malaysia tak naik-naik, tak berani bertanggungjawab kerana sepatutnya yang salah tetap salah.

"Tapi tak tahulah pula saya kalau yang pukul itu tangan ghaib menyebabkan FAM tak dapat kesan, macam dalam filem," katanya.

Untuk makluman FAM semalam menangguhkan hukuman insiden 'Terowong Larkin' kerana menunggu keputusan daripada polis yang menyiasat kes ini.

DSP: Bagus betul abang Mat kita ni, aku bangga lah punya MB yang berani dan bertanggungjawab macam ni. Cuma aku harapkan jangan suka tunding jari dan cari salah orang saja, hal-hal dibawah abang Mat pun kena tengok juga kalau-kalau ada yang tiris tu cepat-cepatlah tampalkan demi kesejahteraan rakyat di bawah kepimpinan abang Mat.

Kalau macam ni tegasnya abang Mat, aku rasa pegawai-pegawai abang Mat mesti kerja bersungguh-sungguh untuk memakmurkan rakyat dan negeri. Mesti pegawai-pegawai ni tak berani main-main sebab nanti dijerkahnya (bermaksud marah) abang Mat.

Misalnya kalau ada jalan yang berlubang pasti cepat-cepat ditampalnya sebab nanti kalau abang Mat lalu dan didapati jalan berlubang, nanti disuruh pula pegawai berkenaan letak jawatan sebab tak jalankan tugas dengan betul.....

Dalam kes FAM ni, aku pun pelik juga dengan diaorang ni...sebabnya mendenda Johor DT RM30,000 atas alasan gagal menyediakan keselamatan di stadium, sebab dulu masa hukum T-Team dengan kekalahan 3-0, kata keselamatan terjamin dan tiada sebab perlawanan ditangguhkan.


Rabu, 2 April 2014

Suami jadikan isteri pelacur

Suami bertanggungjawab sebagai pelindung kepada isterinya. Suami juga bertanggungjawab ke atas memelihara kehormatan isteri tapi berbeza pula dengan suami ini yang sanggup jadikan isterinya sebagai pelacur untuk mendapatkan duit.

Bacalah seterusnya nasib malang wanita ini yang dijadikan pelacur oleh suaminya sendiri:

dari sudut pandang, seks, suami jadikan isteri pelacur
Mangsa yang berusia 25 tahun dipercayai dilacurkan oleh suaminya yang berusia 30 tahun sejak awal 2013 lagi bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi ke tempat lain untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.

Suaminya berjaya menyewa sebuah rumah di Benta, Pahang sebelum membawa isterinya tinggal bersamanya. Ketika mangsa sampai ke rumah sewa tersebut telah terdapat 5 lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.

Dipercayai suaminya telah mendapatkan bayaran sebanyak RM100 hingga RM120 setiap orang daripada lelaki tersebut. Mangsa terpaksa melayan nafsu 5 lelaki terbabit selama 5 hari.

Ketika mangsa disajikan kepada 5 lelaki terbabit suaminya hanya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta untuk dilepaskan.

Bagaimanapun selepas 5 hari mangsa diperlakukan sedemikian akhirnya mangsa nekad untuk melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.

Mangsa dikatakan merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya. Lelaki tersebut bersetuju tetapi dengan syarat wanita tersebut perlu melayani nafsunya terlebih dahulu.

Mangsa akhirnya bersetuju dengan syarat lelaki tersebut sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa.

Selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar. Selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudiannya menghubungi Balai Polis untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu,

Susulan laporan dibuat oleh mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah telah menahan 4 lelaki termasuk suaminya di sebuah rumah manakala seorang daripada suspek di Benta. 

Darisudutpandang (DSP): Alangkah sengsara dan traumanya isteri ini bila mendapat suami yang sebegitu. Kes ini boleh dijadikan iktibar dan panduan kepada setiap wanita supaya lebih berhati-hati dalam memilih bakal suami, begitu juga kepada ayah dan ibu perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suami anak.

Kadang-kadang disebabkan cinta wanita menjadi 'buta' kerana tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk untuk dirinya.






10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...