Jumaat, 26 Oktober 2012

Berhati-hatilah jurujual

Buat jurujual berhati-hatilah bila berurusan dengan wanita, lebih-lebih lagi kalau wanita tersebut adalah isteri seseorang. Walaupun niat ikhlas tapi mungkin pandangan orang pasti berbeza. Jika terkena dengan suami yang cemburu buta, akibatnya amat parah. Itulah yang berlaku kepada seorang jurujual yang juga guru disebuah sekolah di Terengganu.

Kisah ini berlaku bila seorang guru lelaki yang juga seorang jurujual menjadi mangsa amukan seorang suami yang cemburu apabila mengetahui yang isterinya berjumpa dengan jurujual ini di depan sebuah Maktab Perguruan di Kuala Terengganu.

Tindakan lelaki yang juga suami kepada wanita itu telah mengakibatkan jurujual ini mengalami kecederaan yang parah apabila ditetak dibelakang badan, tangan dan kaki dengan menggunakan sebilah parang panjang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K Manoharan berkata, sebelum kejadian guru berusia 35 tahun itu telah dihubungi oleh seorang wanita yang mahu membeli barangan komestik daripadanya.

Menurutnya, bagi memudahkan menyerahkan barangan kosmetik itu, wanita berkenaan meminta guru itu menunggunya di depan sebuah Maktab Perguruan sebelum mangsa tiba di kawasan dijanjikan pada jam 6:20 petang.

"Selepas kira-kira 10 minit menunggu, guru yang ditemani adik lelakinya berusia 19 tahun, dikejutkan dengan ketibaan dua kereta dinaiki sekumpulan lelaki".

"Dua lelaki termasuk seorang daripada mereka memakai topeng biru dan bersenjatakan parang, turun dari sebuah kereta lalu menyerang mangsa,"

Manoharan berkata, adik mangsa tidak berani melawan dan hanya mampu melihat abangnya ditetak sebelum membawa mangsa ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan dalam siasatan awal polis mendapati kes berkenaan bermotifkan cemburu.




 

Janda dicabul Doktor

Bila nafsu menguasai diri tak kiralah siapa dia.....jawatan apa pun....setinggi mana pelajaran yang dipelajari...pasti tidak dapat melawan godaan syaitan kecuali dengan iman...sebab itulah dalam islam melarang wanita dan lelaki berdua-duan kerana yang ketiga ada syaitan.....

sekadar gambar hiasan
Okey, kisah ini terjadi pada seorang wanita yang juga seorang ibu tunggal telah pergi ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.

Menurut wanita ini, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10:30 pagi Jumaat yang lalu, ketika dia dan doktor tersebut berada hanya berdua di dalam bilik pemeriksaan tanpa kehadiran jururawat.

"Saya tidak bersangka buruk dan mempercayainya kerana doktor tersebut pernah merawat saya sebelum ini".

"Doktor terbabit telah mengarahkan saya supaya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekak saya".

"Selepas tekak saya diperiksa, doktor itu mengarahkan saya membuka baju dan coli. Disebabkan saya mempercayainya, saya hanya mengikut sahaja arahan yang diberi. Selepas baju dan coli saya dibuka, doktor tersebut telah meramas buah dada saya sehingga merasa sakit".

"Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hubungan seks", kata wanita tersebut.

Menurutnya, ketika bersiap memakai baju, doktor berkenaan memeluknya dari belakang dan sekali lagi meramas buah dadanya.

"Malah doktor juga menarik tangan untuk memegang kemaluan saya. Tindakannya itu menyebabkan saya terus keluar dari bilik pemeriksaan".

"Saya kemudian berjumpa seorang kakitangan hospital di kaunter untuk memaklumkan kejadian itu sebelum dibawa berjumpa seorang pegawai untuk berbincang".

"Dalam perbincangan itu, pegawai terbabit meminta saya tidak membuat laporan polis atau membuat aduan mengenai kejadian yang berlaku," katanya.

"Bagaimanapun saya tidak mengendahkannya kerana perbuatan doktor tersebut tidak boleh dimaafkan dan ianya telah meninggalkan kesan yang besar terhadap diri saya".

Bagi memastikan keadilan dan keselamatan dirinya serta dua anak perempuan yang berusia enam dan tujuh tahun, dia telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.







 

Selasa, 23 Oktober 2012

Spekulasi Tarikh PRU-13

Gendang perang telah lama dipalu hanya menunggu titah dari memanda Perdana Menteri sahaja bagi melancarkan perang.......bila tarikhnya kita tunggu sahaja....tapi rasanya 'just arround the corner'.

Ada dua tarikh yang mungkin Tok Jib akan bubarkan parlimen iaitu pada bulan November ini atau sehingga tamat tempoh parlimen iaitu bulan April 2013.

Bulan November ini dipilih oleh pemerhati politik sebab angka 11 menjadi nombor bertuah kepada Tok Jib. Jadi mungkin PRU-13 pada bulan ini.

Manakala sehingga habis tempoh Parlimen pula dipilih kerana untuk menyamai pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang kerana Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak akan membubar ADUN lebih awal dari tempoh tersebut.

Tapi aku rasa Tok Jib pasti pening kepala sekarang ini sebab nak cari tarikh yang sesuai, takut-takut kalau terpilih tarikh yang salah jadi pembangkang pula nanti. Dulu masa saham Tok Jib naik, tak nak pula bubarkan parlimen tapi bila sekarang ini timbul isu-isu yang baru...itu yang lagi Tok Jib pening.
Dengan isu saham Felda yang jatuh...dengan isu di Sabah yang tak selesai-selesai, isu pemimpin tertinggi Sabah keluar Umno dan yang terbaru isu MCA yang mainkan isu hudud semasa kongres baru-baru ini yang mana Tok Jib sendiri yang pergi rasmikan........

Jadi dengan isu-isu inilah yang membuatkan Tok Jib tak boleh membuat keputusan....mungkin Tok Jib akan tunggu selepas duit BR1M dan duit bantuan sekolah diberi kepada rakyat iaitu pada awal tahun depan barulah Tok Jib akan mendapat ilham nanti.

Kita tunggu...................

P/S: Alangkah bagusnya jika tarikh pilihanraya bukan terletak di tangan Perdana Menteri.........

Cuba bunuh diri kerana cinta monyet

Akibat tidak dapat menerima hakikat putus cinta satu pasangan cuba untuk membunuh diri.....

Okey, sebenarnya cerita ini berlaku di Alor Gajah, yang mana seorang pelajar perempuan tingkatan empat cedera selepas dia terjun dari motosikal yang ditunggang laju pasangannya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, apabila pelajar itu tidak dapat menghadapi kenyataan yang dia akan ditinggalkan kekasihnya.

Sebelum kejadian, pasangan itu dilihat bertikam lidah di luar pagar sekolah dalam hujan lebat sebelum pasangan lelaki itu mengugut untuk terjun ke laut sebelum dipujuk mangsa.

Kejadian itu disaksikan oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang meronda sebelum mereka diarahkan ke tempat lain.

Pasangan tersebut kemudiannya beredar dengan menunggang motosikal dengan mangsa yang kusut masai membonceng dalam keadaan mengiring.

Secara tiba-tiba, mangsa kemudiannya melompat dari motosikal dan tercampak ke atas jalan raya serta mengalami kecederaan.

Terkejut melihat keadaan itu, pengawal keselamatan berkenaan terus menelofon untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Mangsa yang cedera telah dibawa oleh bapanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, mengesahkan kejadian itu.




 

Kurniaan Darjah Kebesaran

Darjah Kebesaran adalah suatu kurniaan Sultan atau Yang Dipertuan Agong kepada sesiapa yang berbakti kepada negara. Darjah Kebesaran ini diberikan apabila tibanya Hari Keputeraan baginda.

Wah....tengok tajuk macam aku nak bincang pasal sesuatu yang berat ajer.....relaks. Just nak share aje benda ini.

Korang tahukan di Malaysia ada 14 buah negeri. Jadi di setiap negeri ada Sultan atau Gabenor (Melaka. Penang dan sebagainya). Di negeri-negeri ini ada suatu anugerah yang diberikan kepada rakyat yang berjasa iaitu Darjah Kebesaran. Anugerah yang paling tinggi dapatlah Dato' Seri, yang rendah sikit Dato' sehinggalah kepada Pingat-pingat lain yang tidak membawa apa-apa gelaran. Kalau Agong pula anugerah yang tertinggi ialah Tun, rendah sikit Tan Sri, Dato' dan sebagainya.

Okey.....itu mukadimah aje...............
Apa yang aku nak share kan di sini ialah korang tahu tak berapa ramai rakyat Malaysia yang dapat anugerah Dato' atau Datuk?

Katakanlah setiap negeri boleh kurniakan anugerah Datuk seramai 100 orang (Aku dapat tahu di Pahang tahun lepas yang dapat anugerah Datuk seramai 125 orang), jika dah 14 buah negeri jadi 1400 orang yang dapat Datuk setiap tahun itu tak termasuk augerah yang disampaikan oleh Yang Di Pertuan Agong lagi. pergh..........ramai tu. Kalau dah 10 tahun, 20 tahun dulu agak-agaknya berapa ramai yea rakyat Malaysia yang dapat Datuk sekarang ini???

Aku musykil lah...apakah kriteria yang membolehkan seseorang itu dianugerahkan Datuk? Setahu akulah kalau untuk Persekutuan perlu ada pencadang, kemudian disokong oleh Menteri kemudian dibawa kepada Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) untuk disokong.

Nampak macam terbalik, sepatutnya KSU perlu menyokong permohonan oleh pencadang kemudian dibawa kepada Menteri untuk di sokong tapi mungkin sebab Menteri ialah orang politik maka setiap yang dibawa oleh pencadang akan disokong oleh Menteri maka yang menjadi penapis kepada permohonan ini adalah KSU, mungkin............................

Tapi aku tengok macam anugerah Darjah Kebesaran ini macam tak terkawal lagi.....siapa saje boleh dapat 'title' Datuk (Datuk anugerah...bukan datuk ada cucu....) tanpa melihat kepada jasa seseorang itu kepada negara.

Kadang-kadang bila baca paper....oh, orang ini dapat Tan Sri, padahal aku percaya ramai orang tak kenal dia ini, besar ker jasa dia kepada negara sampai dapat anugerah tersebut?? Jangan lah semata-mata dia berjawatan CEO dalam sebuah syarikat swasta terus dapat anugerah Tan Sri atau Datuk. Sepatutnya tengoklah jasa dia kepada rakyat dan negara....adakah dia seorang yang suka menderma, menaja persatuan ker......menaja badan kebajikan ker...

Aku rasalah kerajaan baik Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri patut buat undang-undang kepada sesiapa yang nak dapat anugerah perlu menaja persatuan sukan ker atau badan kebajikan selama 3-5 tahun baru di beri anugerah. Jika undang-undang ini diperkenalkan aku percaya banyak persatuan sukan dapat bernafas tanpa mengharapkan belas ihsan duit dari kerajaan begitu juga dengan badan-badan kebajikan yang lain.

P/S: Kepada mereka yang diamanahkan untuk menapis orang-orang yang layak mendapat anugerah ini tolonglah mengkaji dengan teliti orang yang betul-betul layak........jangan hentam keromo agar anugerah kurniaan darjah kebesaran ini dipandang tinggi oleh masyarakat.





 

Ahad, 14 Oktober 2012

Buah dada kendur kerana kasut

Peringatan buat wanita yang suka pakai kasut tumit tinggi sebab ianya akan menyebabkan buah dada anda menjadi kendur.

Artikel kali ini nak menyentuh sikit pasal 'aset' wanita ini, sebagai ingatan...........

Kasut tumit tinggi sejak sekian lama diketahui boleh menyebabkan masalah urat saraf pada kaki wanita yang memakainya, selain salah satu punca yang menyebabkan tapak kaki menjadi rata.

Penemuan terbaru dari kajian saintis mendapati seseuatu yang mengejutkan kepada wanita yang gemar memakai kasut tumit tinggi apabila didapati ia juga boleh menjadi punca kepada payu dara yang kendur.

Kajian mendapati pemakaian kasut tumit tinggi menyebabkan otot dada menjadi lemah dan ini mengakibatkan payu dara turut menjadi kendur dan tidak kelihatan menarik.

Wanita beranggapan dengan memakai kasut tumit tinggi akan menjadikan mereka kelihatan lebih tinggi, menawan dan seksi tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah dengan memakai kasut tumit tinggi menyebabkan si pemakainya mencondongkan tubuh ke hadapan hampir sepanjang masa.
Keadaan ini menyebabkan otot dada menjadi tegang dan 'menarik' bahu wanita secara berterusan.

Keadaan ini akan meyebabkan bentuk tubuh tidak kelihatan menarik. Badan yang sentiasa membongkok memberi tekanan kepada bahagian atas tulang belakang hingga ke leher dan menyebabkan sakit bahu.

Kepada wanita yang mengalami masalah sakit bahu selepas memakai kasut tumit tinggi berhati-hati lah.....mungkin ini adalah simptom yang pertama...........

Selain itu jika satu otot menjadi tegang, ia akan memberi kesan kepada keseluruhan sendi (boleh menyebabkan sakit sendi) kerana otot manusia saling berkaitan.

Bagi mengatasi masalah ini, disyorkan supaya wanita sentiasa mengambil berat berkenaan cara duduk yang betul kerana cara duduk yang tidak betul boleh memburukkan lagi keadaan otot dada yang kendur akibat penggunaan kasut tumit tinggi.

 

Guru bantah bawa gajet

Isu kebenaran untuk membawa gajet ke sekolah bermula pada tahun hadapan mendapat bantahan semua guru.

guru bantah bawa gajetKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), telah membuat soal selidik ke atas 20,000 orang guru secara rambang mendapati 100 peratus guru menolak sepenuhnya cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata "Guru yang memberi maklum balas kepada soal selidik NUTP, mengakui tidak suka cadangan tersebut. Mereka rata-rata berpendapat jika dilaksanakan akan mencetuskan masalah penyalahgunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah".

Antara kebimbangan utama ialah :

1. Pelajar mengambil, merakam atau muat turun gambar negatif dan berkongsi mahupun menyebarkannya kepada rakan lain di sekolah.

2. Masalah kehilangan dan kecurian telefon bimbit di sekolah pasti akan berlaku dan seterusnya akan menambah beban kerja guru yang sudah sedia terbeban.

3. Kelekaan pelajar terhadap gajet masing-masing boleh mewujudkan komuniti kurang mengamalkan hubungan secara langsung dengan orang.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong tidak menolak kemungkinan keputusan cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah akan diketahui menjelang akhir tahun ini.

P/S : Fikirlah betul-betul Kementerian Pelajaran jangan disebabkan desakan oleh ibu bapa yang aku percaya mewakili minoriti kebenaran ini diluluskan.

 Aku percaya terlalu banyak keburukan dari kebaikan jika keputusan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ini diluluskan.

Khamis, 11 Oktober 2012

Impian Piala Asia 2015


Malaysia telah diundi dalam kumpulan D bersama-sama dengan Bahrain, Qatar dan Yaman bagi kelayakan Piala Asia 2015 yang akan berlangsung di Australia.

Pasukan bola sepak Malaysia atau Harimau Malaya yang kini berada di ranking 162 dunia akan berhadapan dengan Qatar (ranking 101 dunia), Bahrain (ranking 115 dunia) dan Yaman (ranking ke 157 dunia) pada pusingan kelayakan yang akan bermula pada bulan Februari 2013.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak automatik ke pusingan akhir kejohanan bersama pemenang ketiga terbaik daripada lima kumpulan terbabit.

Empat pasukan yang telahpun layak iaitu Australia selaku tuan rumah, juara bertahan. Jepun, Pemenang tempat ketiga Piala Asia 2011, Korea Selatan serta Korea Utara yang juga juara Piala Cabaran AFC layak secara automatik. 

Rabu, 10 Oktober 2012

Ayah, ini cerita mu

 
Kebanyakan kita amat rapat dengan ibu berbanding dengan seorang ayah. Kita kadang-kadang tanpa disedari lebih mementingkan emak dari ayah....Oleh itu, sebagai seorang anak ingin sekali mendedikasikan nukilan ini sebagai satu renungan betapa agungnya pergorbanan seorang yang bergelar ayah, abah, papa, daddy, walid.........

Kadang-kadang jika kita berada dikejauhan...amat terasa rindu dengan emak....lalu bagaimana pula dengan seorang ayah?

Mungkin ketika kita masih bayi, emak lah yang selalu memberikan kita susu semasa kita lapar dan mendodoikan kita untuk tidur, tapi tahukah kita yang ayah selalu menelefon emak untuk bertanyakan khabar kita.

Ketika kita belajar untuk meniarap, merangkak dan berjalan, emaklah yang memastikan kita tidak terjatuh dan tercedera tapi tahukah kita yang ayah sentiasa berpesan kepada emak supaya menjaga kita dengan baik sebelum dia keluar bekerja.

Dan seringkali ayah terlepas setiap saat indah itu kerana tanggungjawab ayah yang tidak memungkinkan sentiasa bersama tapi tahukah kita yang ayah tetap berbangga dan ketawa walaupun hanya mampu melihat gambaran dari setiap cerita emak.

Ketika kita mula-mula belajar untuk menaiki basikal, ayahlah yang mengajar kita dan setelah ayah mengganggap yang kita sudah pandai dan sedia melepaskan bantuan roda ketiga di basikal kita lalu emak akan berkata "Tunggu dulu ayah, jangan dibuka roda itu lagi", itu kerana emak takut kita akan terjatuh dan terluka....

tapi sedarkah kita yang ayah dengan yakin akan membiarkan kita mengayuh basikal dengan sendiri kerana ayah pasti  yang anaknya mampu melakukannya.

Ketika kita kecil dulu, sebelum tidur emak lah yang selalu mendodoikan kita dengan cerita-cerita rakyat sebagai peneman sebelum tidur, tapi tahukah kita yang ayah sekembalinya dari kerja dan dengan wajah yang lelah sentiasa mendulukan kita dengan menanyakan pada emak tentang khabar dan apa yang telah kita lakukan seharian.

Pada saat kita menangis membentak meminta permainan yang baru, emak dengan lembut memujuk kita tapi ayah dengan tegas mengatakan "tidak boleh, lain kali saja boleh beli". Tahukah kita yang ayah melakukan itu bukan kerana tidak mampu tapi ayah tidak ingin kita menjadi anak yang manja dengan setiap tuntutan selalu dipenuhi.

Saat kita ditimpa sakit, ayahlah yang risau sampai sedikit membentak, berbeza dengan emak yang menasihati kita dengan lembut tapi ketahuilah yang saat itu ayah benar-benar risaukan keadaan kita.

Ketika kita sudah mula remaja, kita mula menuntut pada ayah untuk mendapatkan keizinan untuk keluar malam dan ayah dengan tegas mengatakan "tidak boleh". Tahukah kita yang ayah melakukan itu kerana untuk menjaga kita....kerana kita adalah sesuatu yang paling berharga buat ayah....dan disebabkan itu kita telah memarahi ayah dan masuk ke bilik sambil menghempas pintu.....

Dan yang datang mengetuk pintu adalah emak yang datang memujuk agar tidak marah kepada ayah, tapi tahukah kita yang ayah menahan gejolak dalam hatinya untuk datang memujuk, agar kita mengerti tentang tindakannya tapi ayah terlalu takut untuk dilihat lemah.

Setelah lulus SPM, ayah akan sedikit memaksa untuk kita mengikuti kehendaknya untuk menjadi seorang doktor atau jurutera. Ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata-mata hanya kerana memikirkan masa depan kita nanti. Namun ayah tetap tersenyum dan menyokong disaat pilihan kita tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Tiba masanya untuk kita menyambung pelajaran dan ayah harus melepaskan kita menjadi dewasa. Tahukah kita bahawa badan ayah terasa kaku untuk memeluk kita. Ayah hanya mampu tersenyum sambil memberi nasihat itu dan ini dan menyuruh kita berhati-hati padahal ayah ingin sekali menangis seperti emak dan memeluk kita erat-erat. Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya dan menepuk bahu kita dan berkata "jaga dirimu baik-baik, anakku". Ayah melakukan itu semua agar kita kuat......KUAT untuk pergi dan menjadi dewasa.

Di saat ayah kerinduan dan risaukan kita, tahukah kita emaklah yang menjadi mangsa desakan ayah untuk menelefon bagi bertanyakan khabar kita.

Di saat kita kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan sara hidup di kampus, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar kita boleh merasa sama dengan rakan-rakan yang lain. Ketika itu permintaan bukan lagi sekadar meminta permainan baru dan ayah tahu ia tidak mampu lagi memberikan apa yang kita inginkan....

Kata-kata yang keluar dari mulut ayah adalah: " Bersabarlah, nanti ayah akan usahakan" Padahal dalam fikiran ayah ligat memikirkan di mana lagi wang yang perlu ayah cari bagi memenuhi permintaan kita. Padahal ingin sekali ayah mengatakan "Iya, sayang anakku, nanti ayah akan masukkan duitnya hari ini". Tahukah kita bahawa pada saat itu ayah merasa gagal untuk membuat anaknya tersenyum.............

Tiba saatnya kita berjaya sebagai seorang sarjana, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat anak kecilnya yang manja telah menjadi dewasa dan telah menjadi seseorang.......

Dan akhirnya...........

Tiba masanya kita berkahwin dengan pilihan hati, dan di saat itu ayah tersenyum bahagia....Apakah kita mengetahui, di hari yang bahagia itu dia menangis?? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam doanya kepada tuhan, ayah berkata:

"Ya Allah ya tuhanku, pada hari ini sebahagian tanggungjawab ku telah ku selesaikan dengan baik....anak kecilku ini yang manja dan ku sayangi  telah menjadi anak yang soleh........Bahagiakan dia bersama pasangannya....Rahmatilah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat Ya Allah."

Setelah itu, ayah hanya mampu menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....dan badan serta kudrat yang tidak lagi kuat utuk menjaga kita dari bahaya. Ayah telah hampir menyelesaikan tugasnya....Ayah, Abah,Papa, Daddy atau apa saja panggilan kita buat lelaki ini...adalah sosok yang harus selalu kelihatan kuat. Malah ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis, dia harus kelihatan tegas malah saat dia ingin memanjakan kita dan dia adalah orang pertama yang selalu yakin bahawa kita mampu melakukan hampir semua perkara.....

P/S: Cintailah AYAH seperti mana kita mencintai Emak kita.. jangan pernah bezakan kasih sayang yang diberi antara mereka, kerana kasih sayang seorang AYAH pada anaknya jarang sekali diucapkan melalui kata-kata ,tetapi "diucap" melalui pengorbanannya yang tiada taranya ..Buat yang masih mempunyai ayah berbaktilah sebelum terlambat...dan beritahulah yang kita sayangkannya seperti mana kita sayangkan emak.

Buat arwah ayah....Al-Fatihah buat mu..............


Selasa, 9 Oktober 2012

BR1M 2.0 awal tahun depan

Bertuah lagi bagi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang lepas kerana kerajaan akan membayar BR1M 2.0 yang dijangka akan diagihkan pada awal tahun hadapan.

Buat penerima BR1M yang lepas juga, anda hanya perlu tunggu sahaja duit itu manakala bagi penerima BR1M baru iaitu kepada orang bujang yang diumumkan pada sidang bajet yang lalu perlu mengisi borang yang disediakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negari (LHDN), pejabat daerah serta pejabat pembangunan persekutuan.

Permohonan tersebut akan mula di buka pada 1 November ini.

Wanita diperkosa 10 lelaki Myanmar

Apa dah jadi Malaysia sekarang ini? Adakah di Malaysia sudah tidak selamat buat wanita Malaysia?

4 jam dalam neraka 10 setan Harian Metro telah melaporkan seorang wanita dirogol secara bergilir-gilir oleh 10 orang lelaki warga Myanmar selepas diculik ketika sedang menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana pada hari sabtu yang lalu.

Dalam kejadian 3 petang, mangsa wanita tempatan yang berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah kereta Proton Wira. Seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah wanita terbut sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta tersebut.

Sumber berkata, "Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan telah dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan disitu telah menunggu lapan lagi lelaki warga Myanmar sebelum mangsa diikat kaki serta tangannya sebelum seorang demi seorang lelaki warga Myanmar itu merogol wanita tersebut secara bergilir-gilir".

Menurutnya, mangsa juga mendakwa selain dirogol beberapa suspek turut merakam perbuatan keji tersebut selain mengugut untuk membunuhnya jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis.

Sumber mengatakan mangsa telah dilepaskan pada pukul 7 malam dan sempat menghubungi rakannya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Setelah mendapat laporan, pihak polis telah melancarkan gerakan dan berjaya menangkap tiga orang lelaki warga Myanmar yang berusia 20 hingga 30an dan kini direman selama tujuh hari, manakala tujuh lagi rakannya sedang diburu.

Khamis, 4 Oktober 2012

Cerita panggilan hangit Ep1

"Anda terkena panggilan hangit....." ini adalah kata-kata yang dilemparkan oleh penyampai radio apabila misi mereka untuk mengenakan orang tercapai.

Sebenarnya di radio Hot FM setiap pagi, ada satu segmen yang di panggil panggilan hangit yang dibuat oleh penyampai radio iaitu Faizal Ismail, Fara Fauzana dan juga AG. Motif panggilan hangit ini adalah untuk mengenakan orang dengan melalui panggilan telefon.

Aku sebenarnya nak bercerita tentang panggilan hangit ini... bukan sebab pernah terkena tapi..sebenarnya aku tertarik dengan cerita dan respon dari si penerima panggilan hangit ini.

Okey aku mula dengan panggilan hangit pertama

Aku tertarik dengan satu panggilan hangit yang dikenakan kepada seorang bapa berkenaan dengan anaknya yang baru berusia 10 tahun.

Panggilan ini dibuat oleh salah seorang penyampai kepada seorang bapa yang mengatakan yang anaknya ada menulis nombor telefon di tandas.

Si bapa sekeras-kerasnya menafikan yang anaknya melakukan perkara tersebut. Apa yang keluar pada mulut si bapa ialah "Dia masih budak, tak akan buat macam itu".

Bila penyampai yang menyamar ini mengatakan yang anak beliau pandai berinternet. Si bapa ini mengatakan yang anaknya tidak pandai berinternet dan dia masih budak lagi. (Nampak beno si bapa ini berbohong sebab yang sebenarnya si anak lah yang hantar kepada Hot FM supaya hangitkan bapanya)

Yang menjadi kemusykilan bagi aku ialah adakah si bapa ini menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut? Adakah anaknya memang betul-betul baik? Apakah salahnya jika si bapa ini mengatakan "Ok, boleh saya bertanyakan dulu kepada anak saya perkara berkenaan atau saya akan siasat dulu perkara ini". Itu kan lebih baik...ini tidak belum apa-apa lagi sudah 'defend' atau mempertahankan anaknya.

Aku teringat kepada cerita kawan aku semasa mengambil report kad di sebuah sekolah menengah.

Ceritanya macam ini.......

Ada seorang ibu datang berjumpa dengan guru tingkatan anaknya untuk mengambil buku laporan kemajuan murid.

Si ibu ini bertanyakan perihal anaknya di sekolah. Maka guru tersebut jawablah secara jujur yang anaknya selalu ponteng dan tidak berminat untuk belajar.

Maka si ibu tersebut apabila mendengar jawapan cikgu tersebut mula meninggikan suara dan mengatakan anaknya selalu datang ke sekolah sebab dia yang hantarkan. Siap kata yang mungkin cikgu tersebut tersilap......

Kawan aku yang mendengar perbualan antara si ibu dengan guru tersebut bercerita lagi, yang si ibu ini bermati-matian mempertahankan anaknya.......sambil si anak yang duduk disebelah ibunya tersenyum simpul.....alahai.

Bila drama tersebut selesai, kawan aku pun  bertanyakan kepada guru tersebut tentang perkara yang terjadi, jawab guru tingkatan itu "encik, perkara ini sentiasa berlaku, emak dan bapa diorang tak percaya kalau kita bagitahu yang anak mereka bermasalah di sekolah. Mereka kata anak mereka baik....anak mereka mendengar kata....anak mereka pergi sekolah....dan sebagainya. Pendek kata anak-anak mereka tiptop lah".....

P/S : Sebenarnya antara sedar dengan tidak kita sebagai ibu bapa telah terlepas pandang perkara ini. Janganlah percaya 100 peratus dengan anak. Kita perlu sekali sekala buat cross checking.....kemana anak kita pergi....betul ke pergi tuisyen.....dengan siapa dia berkawan dan banyak lagi.. Jangan kita menyesal suatu hari nanti sudah lah.........(ini nasihat untuk diri 'kawan' juga sebab kawan pun ada anak.....)


 

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...