Ikuti kisah sedih ini yang berlaku kepada sebuah keluarga di Kuala Lumpur apabila anak perempuan yang diajarnya sejak lahir tentang agama Islam, diajarnya mengaji al-Quran dan sembahyang tetapi apabila besar sanggup buang keluarga dan agama semata-mata mengikut kekasihnya yang beragama Hindu.
Seorang ayah menceritakan kisah sedih ini berkata, dugaan yang diterimanya amat berat apabila anak perempuan disayanginya terjebak dengan cinta menjurus ke arah murtad
"Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.
"Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.
"Kemuncaknya, kira-kira setahun lalu dia keluar rumah dengan membawa beg pakaian sebelum saya dapat mengesannya tinggal bersama teman lelaki bukan Islam,"
Ayahnya berkata, dia pernah cuba membawa anak perempuannya itu balik ke rumah tetapi dihalang abang kekasih anaknya itu.
"Saya dicekik, dihalau dan diberi amaran supaya tidak datang lagi. Lebih menyedihkan, anak saya meminta saya pergi dari situ.
"Ya Allah, selamatkan aku, hanya itu mampu terucap ketika dicekik beberapa minit sambil diancam dipukul dengan batu,"
Dia yang mulanya nekad membawa pulang anaknya itu akhirnya akur kerana bimbangkan keselamatan diri dan isteri terpaksa beredar dengan penuh pilu apabila turut dihalau anak sendiri.
Sementara itu, ibunya berkata, hancur luluh hatinya ketika cmelihat anaknya itu melakukan upacara keagamaan bukan Islam disebuah rumah ibadat di sini.
"Saya mengandungkannya dan melahirkannya dalam agama Islam. Ibu mana yang mampu menahan kesedihan apabila anak yang selama ini mendengar cakap tiba-tiba berubah, malah mengikut perbuatan agama lain termasuk melakukan upacara agama di rumah ibadat bukan Islam.
"Apa saya nak jawab dengan Allah nanti. Saya ada 4 anak, tetapi ke mana arah akidah seorang daripadanya apabila perwatakannya kini menyimpang jauh daripada syarak, dia tidak lagi bertudung, gemar berseluar pendek, malah sudah ada tanda di dahinya."
Ibu itu berkata, air matanya sudah kering akibat terlalu banyak menangis sejak anak perempuannya itu mengikuti seorang lelaki berusia 25 tahun.
Ibu itu berkata lagi, kes anaknya itu sudah dilanjutkan kepada pengetahuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis, namun tiada tindakan sewajarnya diambil pihak berkenaan.
"Kami sekeluarga hidup dalam syariat Islam. Saya dan suami memberikan pendidikan agama kepada semua anak-anak sejak kecil sehingga dewasa, solat fardhu 5 waktu amat dititik beratkan.
"Saya takkan benarkan....anak saya tidak boleh memilih untuk keluar daripada Islam walau apapun alasannya termasuk sudah dewasa. Teman lelakinya turut mendakwa akan membawa anak saya untuk menukar nama serta status agama dalam kad pengenalan, saya takkan benarkan."
DariSudutPandang: Sedih dan terkilan bila membaca kisah keluarga ini. Apa tindakan kita sebagai umat Islam bila perkara ini berlaku? Mana perginya NGO-NGO Islam, Parti Politik yang kononnya memperjuangkan Islam? Adakah suara mereka kini sudah ditutup daripada bersuara?
Dalam perlembagaan negara kita ada menyebut 'Tidak boleh menyebarkan agama lain kepada umat Islam' tapi kenapa perkara seperti ini berlaku juga.
Sedarlah wahai umat Islam di Malaysia, kita lemah kerana kita tidak bersatu dan disebabkan kelemahan kita inilah, orang-orang kafir ini mengambil kesempatan ke atas kita. Kita perlu bersatu bukan sahaja dalam politik tetapi lebih-lebih lagi dalam agama kita...Ayuh saudara-saudara ku sesama muslim....