Hebat sungguh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana telah mencipta sejarah dalam era bola sepak moden ini....tapi jangan salah sangka ya.....
Kehebatan PBSNT ini bukan kerana pengurusannya yang berdaya maju atau mencipta lakaran sejarah menang Piala Fa atau layak ke Suku Akhir Piala Malaysia tapi mencipta sejarah kerana kontroversi yang diciptanya.
Isu pemecatan jurulatihnya, Peter Butler telah menjadi tajuk akhbar-akhbar seluruh dunia lebih-lebih lagi akhbar di England.
Isunya kerana Peter Butler telah melanggar arahan kerana bercakap dengan media berkenaan dengan disiplin para pemainnya dan disebabkan itu jurulatih ini telah digantung dan dikenakan denda.
Hebat dan nelang sungguh PBSNT ini dibawah pengurusan Dato' Che Mat Jusoh.
Sebenarnya bermula dari awal musim lagi aku sudah lihat macam ada perkara yang tidak betul yang melanda PBSNT ini.
Bermula dengan jurulatih yang membawa Terengganu menjuarai Piala Fa dan ke perlawanan akhir Piala Malaysia, Irfan Bakti tidak menyambung kontrak, kemudian ke kes pemecatan jurulatih Mat Zan Mat Aris sehinggalah ke kes Butler ini.
Memang sepatutnyalah para peminat pasukan 'Peteh Terengganu Peteh' melancarkan satu laman di Facebook iaitu laman 'Rombak PBSNT' dan gerakan ABC iaitu 'Asal Bukan Che Mat' supaya kesemua pengurusan PBSNT meletak jawatan.
Kemuncak kepada kempen ini, satu perhimpunan akan diadakan di Dataran Batu Buruk pada 29 September ini.
P/S : Nak dengar apa komen peminat nombor satu Terengganu Dato' Seri Mat Said berhubung dengan isu ini. Dulu bila T Team tak perform dia nak bubarkan T Team sekarang bila kontroversi ini melanda pasukan Terengganu apa pula komen dia ya..... 'Peteh Terengganu Peteh', peteh sampai patah.......