Isu K-Pop di sambutan Hari Belia Negara 2012 telah menjadi panas kembali apabila Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah mendapati Kementerian Belia dan Sukan telah membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea.
Sebelum ini Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menafikan bahawa bayaran sebanyak RM1.6 juta itu datangnya daripada Kementerian tetapi bayaran tersebut adalah dibayar oleh pihak swasta.
Sehubungan dengan itu, Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini Menteri Komunikasi dan Multimedia telah menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya PAC memanggilnya bagi dia membuat penjelasan berhubung dengan isu tersebut dan sekaligus membersihkan namanya daripada tuduhan rasuah seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, Ahmad Shabery juga memohon kepada Parlimen untuk membenarkan prosiding penjelasannya kepada PAC dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen.
Darisudutpandang: Aku mengharapkan agar nama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ini dapat dibersihkan kerana sepanjang yang aku tahu, Shabery Cheek ini bukan seperti menteri-menteri yang lain kerana beliau hidup penuh dengan kesederhanaan (hanya tinggal di Apartment (lihat sini), walaupun sudah hampir 7 tahun menjadi menteri).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan