Khamis, 26 September 2013

Bercerai kerana ciuman

Bila pasangan yang berkahwin kemudiannya bercerai pasti ada sebabnya. Antara yang kita dengar ialah sebab pasangan yang curang tetapi yang berlaku di Mesir pula ialah satu pasangan bercerai kerana tidak pandai bercium.

dari sudut pandang, ciuman, bercerai, kurang nafsu, MesirSeorang wanita Mesir menfailkan tuntutan cerai daripada suaminya dengan alasan tidak lagi mencintai pasangannya kerana suaminya bersikap dingin dan tidak tahu bercium.

Riham (bukan nama sebenar) yang berjaya dalam tuntutan cerainya memberitahu mahkamah di Bandar Nasr, Kaherah bahawa dia dipaksa mengahwini suaminnya, Sami (juga bukan nama sebenar).

Wanita berkenaan memberitahu hakim, mustahil untuknya mengadakan seks jika mahkamah enggan memenuhi tuntutan cerainya.

"Saya mendapat tahu Sami seorang yang dingin, biadab dan tidak tahu bertolak ansur selepas kami bertunang.

"Saya sangka dia akan berubah bila kami berkahwin kelak," katanya.

Menurut Riham, pada malam pertama perkahwinan lagi dia sudah menyedari yang suaminya bukan lelaki yang sesuai untuknya.

"Saya dapat merasakan Sami tidak dapat membahagiakan saya."

"Walaupun Sami dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, tetapi dia kurang bernafsu dan secara jujurnya, dia tak tahu bercium."

"Perkara ini menjadi masalah besar bagi semua wanita walaupun kebanyakan orang percaya ia hanya perkara remeh," katanya.

Riham berkata, masalah itu kian menghantuinya terutama apabila dia menonton filem romantik.

"Saya tetap bersabar dan cuba untuk setia bukan kerana saya takut dengan Sami, keluarga saya, atau masyarakat tetapi saya takut kepada Tuhan," katanya.

Sami telah menolak segala dakwaan isterinya dan memberitahu mahkamah dia tidak mengalami sebarang masalah.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan untuk meluluskan tuntutan cerai Riham selepas mendapati mustahil bagi pasangan itu untuk hidup bahagia sebagai suami isteri.

Darisudutpandang: Wanita sekarang lebih berani memperjuangkan hak mereka walaupun mungkin dengan tindakan tersebut membuatkan wanita ini mendapat tanggapan buruk masyarakat. Syabas.

Buat suami, jadikan perkara ini sebagai ingatan. Jika bermasalah jumpalah doktor dan dapatkan nasihat...jangan pula jumpa doktor kaki lima pula.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...