Rabu, 27 Februari 2013

FAM: Artikel 88 berbunyi lagi

Artikel 88 Statut FAM perlu dikaji semula, itu kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Dulupun pernah kata perkara yang sama tapi bila sampai masanya habuk pun tarak. Aku pernah menulis perkara ini dulu, itu semasa Tan Sri Annuar Musa digantung selama 2 tahun lebih kerana mengkritik badan induk bola sepak Malaysia.

Sekarang kes ini kembali panas apabila Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi mangsa yang terbaru yang digantung dibawah Artikel 88 ini dan akan menyusul nanti kes Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M).

Mengikut Artikel ini, yang boleh mengkritik FAM dan struktur organisasinya hanya Presiden dan Setiausaha FAM sahaja, jika yang lain ingin mengkritik perlu mendapat keizinan. Kadang-kadang macam kelakar lah pulak aku baca 'untuk mengkritik perlu mendapat keizinan'...mana demokrasinya macam itu??

Maaflah kalau tulisan aku ini menguris hati, tapi kadang-kadang kita perlu berterus terang jika sesuatu itu tidak betul tidak kiralah ikut saluran atau tidak ikut saluran. Bagi aku Artikel 88 Statut FAM ini boleh dibuang kerana ianya langsung tidak relevan.

Aku percaya, Allahyarham Datuk Basri, Datuk Raja Zainuddin, Tan Sri Annuar dan Datuk Seri Shahidan (mereka yang didapati bersalah kerana mengkritik) amat menyayangi bola sepak dan inginkan pasukan bola sepak kita menjadi kuat dan gah dan pastinya itu salah satu niat mereka ketika bersuara iaitu untuk membetulkan sesuatu yang nampak tidak betul. Apakah itu suatu kesalahan??

Apa-apapun aku nak juga dengar dari Ahli Gabungan FAM berkenaan dengan perkara ini..!! Ada berani ker??

P/S: Tak sabar nak tunggu Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola sepak Malaysia bersidang berhubung dengan kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia di akhbar baru-baru ini.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...