Isnin, 4 Mac 2013

Rojak kasih ibu

Makanan ni adalah salah satu makanan 'favorite' aku. Kalau nak makan rojak ni, hanya emak aku aje yang tahu buat.... Jadi bila emak aku datang ke rumah dapatlah aku makan rojak ni. Nak harapkan isteri aku buat...sampai sudah takkan buat....kesian kat aku kan...

Jadi aku ambik resipi ini dari emak aku untuk aku buat sendiri nanti....hehehe. Oleh itu aku namakan rojak ini sebagai rojak kasih ibu.

Sebenarnya rojak ini adalah rojak Terengganu.

Bahan-bahan:

1. Mee Kuning 2 bungkus
2. Kacang tanah 500 grm
3. Gula melaka 1 ketul
4. Asam jawa secukup rasa
5. Cuka
6. Cili mesin (cili boh)

Bahan-bahan yang perlu direbus:

1. Sayur kangkung
2. Kacang panjang
3. Ubi kentang
4. Telur ayam 4 biji
5. Taugeh
6. Sengkuang (tak perlu direbus)
7. Timun batang (tak perlu direbus)



















Bahan-bahan yang perlu digoreng:
1.Tauhu  5 keping
2. Ayam 1/2 ekor (perlu disalut dengan kunyit)
3. Keropok keping

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan air sehingga mendidih, kemudian rendam sayur kangkung dan kacang panjang. jangan terlalu lama nanti akan menjadi lembik.
2. Ubi kentang dan telur ayam direbus sehingga masak.
3. Goreng tauhu, kemudian dipotong dadu.
4. Sengkuang dan timun batang dipotong secara memanjang.
5. Ayam digaul dengan kunyit dan garam kemudiannya digoreng.
6. Keropok keping digoreng.










Untuk penyediaan kuah:
1. Panaskan gula melaka sehingga ianya menjadi cair.
2. Kacang tanah perlu digoreng dahulu sehingga kuning, kemudian buangkan kulit kacang tanah tersebut.
3. Masukkan kacang tanah bersama dengan gula melaka yang telah cair ke dalam blender, kemudian kisarkan sehingga hancur.
4. Masukkan kacang yang dikisar tadi ke dalam mangkuk, kemudiannya masukkan cuka, air asam jawa dan cili boh (cili mesin) secukup rasa.


























Pergh...memang sedaplah..... kalau tak percaya cubalah...

selamat mencuba yea...... dan tolong berikan komen anda....

*terima kasih emak atas resipi ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...