Ahad, 9 Disember 2012

Kiamat berlaku 21 Disember 2012??

Hari kiamat bukan orang islam sahaja yang mempercayainya tetapi semua agama termasuk dengan orang yang tidak beragama mempercayai yang hidup di dunia ini hanya sementara, sampai waktunya kita akan mati.

Kisah kali ini aku nak kongsikan berhubung dengan kepercayaan yang kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012 yang hampir mencetuskan panik di seluruh dunia.

kiamat berlaku 21 Disember 2012
Sekadar gambar hiasan
Tarikh 21 Disember 2012 yang menandakan rumusan 'Kiraan Panjang' kalendar Maya selama 5,125 tahun, yang diterjemahkan sebagai bermakna ia adalah detik Bumi akan musnah.

Bimbang dengan ramalan kiamat semakin  hampir mengikut kalendar Maya kuno tersebut, segelintir penduduk Russia dan China yang panik, membeli lilin dan barangan keperluan lain.

Di Amerika Syarikat, produk untuk keperluan ketika kecemasan mencatat lonjakan manakala di Perancis, ada yang bersedia untuk berkumpul di puncak sebuah gunung kerana percaya makhluk asing akan menyelamatkan mereka.

Di Amerika, pengeluar peralatan perlindungan bawah tanah berteknologi tinggi menyaksikan jualannya meningkat disebabkan kebimbangan kiamat akan berlaku lewat bulan ini.

Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA), bagaimanapun menegaskan tiada bukti kiamat akan berlaku pada tarikh itu.

NASA turut menolak teori penjajaran luar biasa planet berlaku pada 21 Disember ini.

Pihak yang suka membuat teori konspirasi pula menuduh NASA adalah sebahagian pihak yang mahu menyembunyikan rahsia itu bagi mengelak timbulnya panik.

Di Rusia, penduduk di Omutninsk, di wilayah Kirov, bergegas membeli minyak tanah dan bekalan makanan berikutan penerbitan artikel akhbar yang kononnya ditulis oleh sami Tibet dan mengesahkan dunia akan kiamat.

Di Novokuznetsk, garam kehabisan dan di Barnaui, yang terletak berhampiran Gunung Altai, orang ramai turut membeli obor dan peralatan menyimpan minuman. Suasana panik di Rusia, memaksa Perdana Menteri Dmintry Medvedev berkata: "Saya tidak percaya dengan Kiamat. Sekurang-kurangnya bukan tahun ini."

Di Perancis, Datuk Bandar wilayah Bugarach cuba menghentikan suasana panik dengan melarang peminat UFO dan pesawat ringan mendekati puncak gunung Pic de Bugarach.

Menurut laporan, ia adalah lokasi garaj makhluk asing yang menunggu untuk meninggalkan Bumi dan akan membawa beberapa manusia bertuah bersama mereka.

Sementara itu di China, negara yang tiada sejarah kegilaan penduduknya dengan kiamat, menyaksikan panik turut tercetus.

P/S: Macam-macam lah dia orang ini. Ingat bila berlakunya kiamat boleh mengelak ker??? Sepatutnya apa yang perlu kita lakukan adalah menambahkan amalan kita sebagai bekalan untuk ke sana. Kiamat sudah pasti berlaku dan tiada sesiapa yang tahu hanya Allah SWT sahaja. Di dalam islam ada menyebut tentang kiamat dan ada tanda-tandanya sebelum kiamat itu berlaku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...