Kemenangan bukanlah ketika kita berhasil mengalahkan lawan dalam suatu pertandingan dan bukan juga ketika kita berjaya mencapai prestasi yang terbaik dan bukan juga ketika kita berhasil mendapatkan sesuatu yang kita ingini dalam hidup.

Kemenangan itu adalah saat dimana kita dapat menjadikan suatu cubaan yang melanda diri sebagai petanda betapa sayangnya Allah kepada kita. Saat dimana kita menyedari betapa kita dapat belajar untuk bangun dan berdiri semula mengumpul kekuatan dari semua kegagalan yang kita alami.
Dan kemenangan adalah saat dimana kita melangkah maju dan yakin bahawa kita begitu hebat untuk sekadar menyerah kepada suatu kegagalan kecil, sehinggakan pasti kita akan merindui sebuah kegagalan kerana kegagalanlah yang akan membuat kita sedar dimana kita berada dan dengan kegagalanlah juga kita dapat menilai erti sebuah kemenangan.
Tahniah jika anda pemenangnya................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan