Masalah kesuburan lelaki menyumbang kepada 20 hingga 25 peratus kes-kes ketidaksuburan yang berlaku. Kesuburan atau fertiliti lelaki bergantung kepada proses penghasilan sperma (spermatogenesis) yang normal, berjaya mempunyai ereksi dan terjadinya ejakulasi.
Sumber: Bharian
- Sperma dengan kelajuannya melebihi 40 mikron adalah benih yang paling aktif.
gambar spermatozoa dari sciencephotolibrary |
- Sperma dengan tahap kelajuan kurang daripada 20 mikron tidak mudah sampai ke sasaran.
- Tidak ada kaedah lain untuk mengukur kesuburan lelaki selain daripada ujian air mani.
- Lelaki yang pernah menghamilkan isteri pada suatu ketika tidak semestinya sentiasa subur.
- Pelbagai perubahan badan yang berlaku akan menyebabkan sperma juga akan mengalami perubahan.
- Lelaki yang lanjut usia biasanya menghasilkan benih yang kurang aktif dan berbentuk tidak normal.
- Masalah tekanan dan emosi yang dialami oleh lelaki akan mempengaruhi penghasilan benih yang kurang dan berbentuk tidak normal.
Sumber: Bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan