Untuk lebih memahami cerita ini, sila baca dari Kisah seorang sahabat: Akhirnya Allah tarik rezeki itu.
Aku ingatkan bila beberapa projek Apai mula menampakkan hasilnya, ujian Allah untuknya telah berakhir. Namun aku silap kerana Allah masih ingin menguji keimanan dan menghapuskan segala dosa-dosa Apai.
Betullah sepertimana firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Setelah Allah menarik segala kemewahan dan kekayaan Apai, Allah menguji pula Apai dengan memberinya sakit. Setelah batuk dan sakit dada sehingga susah untuk tidur, aku nasihatkan dia untuk berjumpa dengan doktor.
Satu yang aku lihat sikap dan mentaliti 'orang kaya' yang Apai sukar buang iaitu tak mahu ke hospital kerajaan kerana alasannya dia terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Memang aku akui alasan itu tapi bila tak ada duit...buatlah macam orang tak ada duit dan jangan berlagak seperti orang kaya yang pergi ke hospital swasta.
Setelah beberapa minggu menanggung sakit, akhirnya Apai mengalah. Dengan meminjam duit dari kawannya, Apai ke sebuah hospital swasta di Cheras kerana kawannya bertugas sebagai doktor di situ. Hasil pemeriksaan darah yang dilakukan sungguh mengejutkan kerana didapati Apai berkemungkinan mengidap kanser dan beliau diarahkan untuk membuat temujanji bagi membuat X-ray bagi mengesahkan kanser apa. (Sehingga artikel ini ditulis iaitu kira-kira sudah 9 bulan dari Apai berjumpa dengan doktor, dia langsung tidak membuat x-ray.)
Berita yang memgejutkan ini hampir membuatkan Apai hilang semangat untuk hidup. Hampir 2 bulan juga dia mengasingkan diri dari kawan-kawannya.
Dengan isteri yang langsung tidak menyokong apa lagi yang boleh dibuat oleh Apai. Nasib baiklah, kami sebagai kawan-kawan Apailah yang berusaha untuk menaikkan semangatnya untuk terus hidup.
Bersambung lagi......
DSP: Bukan mudah untuk pesakit menerima hakikat yang mereka mengidap kanser. Apatah lagi pesakit yang mengidapnya kebanyakan pengakhirannya adalah mati. Itupun bergantung kepada berapa tahap kanser tersebut.
Jika ada keluarga dan kawan-kawan kita yang mengidapnya, berilah sokongan kepada mereka kerana mereka amat memerlukannya. Dorong mereka untuk berfikiran secara positif kerana itu sahaja jalan yang lebih berkesan untuk melawan kanser.
Buat Apai dan mereka yang mengidap kanser, bertabahlah dengan ujian Allah ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan