Isnin, 2 Disember 2013

Norfarhan 'Ben 10' berdepan tindakan FAM

Apa cerita ni? Takkan setiap tahun berlaku perkara yang sama je? Kata dah masuk Liga Profesional, takkan mentaliti pemain masih amatur lagi. Heran sungguh aku.

dari sudut pandang, Norfarhan, Ben 10, langgar kontrak, Johor Darul Takzim, TerengganuSelepas Nazri Ahmad yang menimbulkan masalah apabila dikatakan telah menandatangani 2 kontrak dengan Selangor dan Kelantan untuk musim depan, Norfarhan juga tidak terkecuali kerana dikatakan telah menandatangani kontrak dengan Johor Darul Takzim 1(JDT 1) tapi ingin bermain untuk negeri kelahirannya Terengganu atas alasan keluarga. Sehubungan dengan itu, JDT 1 telah membuat aduan kepada FAM berhubung dengan perkara ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengesahkan laporan itu berkata, kes Norfarhan akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Status pada 12 Disember ini untuk diputuskan bersama dengan kes bekas pemain JDT 1, Nazri Ahmad yang didakwa turut mengubah pendirian pada saat akhir dengan menyertai Kelantan biarpun Selangor mendakwa pemain itu sudah menandatangani kontrak bersama mereka.

Nasib pemain yang baru sahaja dinobatkan sebagai penyerang terbaik tahunan Liga Malaysia itu untuk mewakili Terengganu musim depan amat samar kerana jika didapati bersalah, dia boleh digantung perlawanan selama setahun. 

Hamidin dengan jelas memberitahu sepatutnya semua pemain profesional bijak dalam urusan kontrak dengan mana-mana pasukan.

"Ini perkara umum, tak perlu belajar dekat sekolahpun. Pemain kena tahu bila sudah menandatangani kontrak mereka perlu patuh. Kami sudah maklumkan kepada persatuan negeri dan kelab mengenai perkara ini tapi bagi saya ini satu fenomena baru. Ia pernah terjadi 10-15 tahun lalu apabila ada pemain bersetuju secara lisan namun kemudian bermain dengan pasukan lain. Kali ini lain, mereka sudah menandatangani borang kontrak tapi tak mengaku dan pergi ke pasukan lain."

Darisudutpandang: Jika dilihat di liga-liga profesional utama diseluruh dunia, pemain melantik ejen untuk berurusan dengan kelab-kelab yang memerlukan khidmat mereka. Segala 'negotiation' berkenaan gaji dan sebagainya diuruskan oleh ejen yang dilantik.

Disebabkan itu, aku rasa sudah tiba masanya FAM mewajibkan setiap pemain melantik ejen bagi pihak mereka bagi menyelesaikan masalah pemain menandatangani kontrak dengan pasukan yang salah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...