Isnin, 9 Disember 2013

Lintah gigit kemaluan

Bila waktu banjir ni, kanak-kanak lah yang paling suka kerana dapat bermain air, tapi awas kerana ada musibahnya. Kes ini berlaku di Kampung Bagus, Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Nak tahu lebih lanjut tolong baca yea:

Seorang ayah terkejut apabila melihat seekor lintah yang besar sedang mengigit kemaluan anaknya dan seterusnya terus membuangnya. Kejadian ini berlaku kepada anaknya yang baru berusia 2 tahun yang ketika itu bermain air bersama abang dan sepupunya.

Akibat gigitan tersebut, budak tersebut mengalami pendarahan yang teruk menyebabkan dia dirujuk ke hospital Raja Perempuan Zainab ll (HRPZ ll).

Ibunya berkata, "Dalam tempoh 5 jam, saya terpaksa menukar lampin pakai buang anak saya itu 5 kali kerana darah masih keluar. Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, anak saya kembali pulih."

Manakala terdapat 1 kes lagi yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun apabila lintah memasuki duburnya.

Menurut ibu kanak-kanak perempuan tersebut, kejadian itu berlaku apabila anak perempuannya sedang bermain air dan dikejutkan apabila anaknya mengadu sakit dibahagian dubur.

Katanya, dia segera mendekati anaknya dan terkejut melihat lintah sudah separuh memasuki dubur.

"Saya menguis berkali-kali dalam keadaan panik dan tidak pasti lintah itu jatuh atau masuk ke dalam dubur anak."

"Saya membawanya ke Hospital Tumpat kerana bimbang darah terus keluar. Anak saya kemudiannya dirujuk ke HRPZ ll dan selepas doktor memeriksa termasuk melakukan imbasan x-ray, tiada lintah dalam dubur anak saya," katanya yang masih fobia dengan kejadian itu.

Darisudutpandang: Harapnya, ibu bapa dapat memantau anak-anak yang bermain air di waktu banjir ini. Jadikan kes ini walau boleh dikatakan ianya kes terpencil namun ianya dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...