Khamis, 3 Oktober 2013

Mati buat kali ke-2

Tiada yang mustahil bagi Allah kerana Dialah yang menghidup dan mematikan hambaNya. Walaupun peristiwa ini berlaku kepada hambanya yang tidak beriman namun itu adalah sebagai petunjuk bahawa Allah amat berkuasa dalam segala perkara.

dari sudut pandang, mati kali ke2, doktor, hospital
Peristiwa ini telah mengemparkan para penduduk kampung Kuala Gula apabila Tan Chai Jek, 69 telah disahkan mati oleh seorang doktor telah hidup semula 4 jam selepas itu.

Warga emas ini telah disahkan mati pada pukul 8 pagi dirumahnya oleh seorang pegawai perubatan telah mengejutkan ahli keluarga apabila tiba-tiba membuka mata dan menggerakkan bibirnya ketika diletakkan di dalam keranda 4 jam kemudian.

Adiknya, Chai Soon, 50-an berkata, kejadian menggemparkan itu berlaku ketika seluruh ahli keluarganya membuat persiapan untuk upacara sembahyang dan pengebumian.

"Selepas dimandikan, dia dipakaikan sepasang pakaian khas dan diletakkan ke dalam keranda dihadapan rumah lebih kurang jam 1:30 tengahari.

"Ketika ahli keluarga menjalankan upacara sembahyang bagi meratapi pemergian mendiang dan namanya disebut-sebut seorang anaknya, tiba-tiba kakak saya membuka matanya dan menggerakkan bibir seolah-olah hendak berkata sesuatu." katanya.

Kejadian itu benar-benar menggemparkan semua yang hadir, malah ada yang ketakutan apabila mendapati wanita itu hidup semula.

Tan berkata, mereka yang terkejut dengan kejadian itu segera menghubungi semula doktor yang merawat kakaknya sebelum ini dan meminta membuat pemeriksaan semula.

Menurutnya, doktor turut terkejut apabila mendapati nadi wanita berkenaan berdenyut semula, tetapi sangat lemah dan kemudian mengesahkan wanita itu sebenarnya masih hidup.

"Doktor terbabit mengarahkan kami memanggil ambulans untuk membolehkan kakak mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

"Bagaimanapun, pihak hospital kemudian mengesahkan kakak saya meninggal dunia kali ke-2 pada jam 3:15 petang berikutan keadaan degupan jantungnya amat lemah sewaktu hidup semula," katanya.

"Sebelum mati, kami difahamkan dia tidak mengalami sebarang penyakit kronik, cuma 3 hari lalu dia ada mengadu mengalami sakit di bahagian belakang.

Darisudutpandang: Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, itu adalah pasti. Dalam kes ini, walaupun berlaku kepada hamba Allah yang bukan beriman padaNya, namun Allah amat berkuasa dalam segala hal. Dialah yang mengatur perjalanan hambaNya dan menentukan jodoh, rezeki dan ajal hambaNya.

Sebagai hamba yang beriman kepada Allah, jadikan peristiwa ini sebagai pengikhtibaran kepada kita semua.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...