Tak kisahlah korang nak kata apa, tapi artikel aku kali ini nak sentuh pasal bangsa aku sendiri iaitu melayu. Dulu sebelum nama Malaysia, negara ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu kemudian ditukar ke Malaya kemudian ditukar lagi ke nama Malaysia selepas kemasukan Sabah dan Sarawak.
Kenapa nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar tak tahulah aku......kan lebih elok nama itu dikekalkan sehingga sekarang. Mungkin sebab bantahan daripada bangsa lain kot.
Siapa kata melayu jadi tuan di Malaysia ini?? Dulu mungkin la semasa awal kedatangan kaum cina dan kaum india tapi bukan zaman sekarang. Sekarang ini kaum cina lah menjadi tuan di Malaysia ini, sebabnya mereka lah yang memegang ekonomi di Malaysia ini dan secara tak langsung ramai kaum melayu yang bekerja di syarikat-syarikat kepunyaan kaum cina. Jadi cinalah yang menjadi tuan sekarang ini di bumi tanah melayu.
Betullah yang orang kata yang melayu ini hanya tinggal kuasa dan kuasa yang tinggal itupun semakin terhakis. Apa agaknya yang jadi jika orang melayu telah kehilangan kuasa itu? Agak-agaknya jadi macam orang melayu Singapura kot.
Apakah kita nak salahkan penjajah Inggeris kerana telah meletakkan orang-orang melayu di kampung-kampung, manakala orang-orang cina diletakkan di bandar-bandar menjadi punca kemiskinan dan ketinggalan orang-orang melayu.?
Sebenarnya bagi aku yang perlu disalahkan adalah pemimpin-pemimpin melayu yang menerajui Parti Umno yang menjadi punca kepada ketinggalan dan kemiskinan orang melayu. Kenapa aku katakan begitu? Ini kerana dasar parti Umno yang kononnya berjuang untuk orang melayu sebenarnya adalah pembelot kepada bangsanya sendiri.
Kalau kita lihat sekarang ini, berapa banyak tanah rezab melayu lagi yang tinggal.? Tanah-tanah ini pada dasarnya hanya boleh dimiliki oleh orang melayu sahaja tapi apa yang berlaku adalah orang cina melantik orang melayu di dalam syarikat sebagai pengarah untuk dibolehkan membeli tanah tersebut. Jadinya tanah yang pada dasarnya untuk orang melayu telah jatuh ke tangan orang cina.
Pemimpin melayu Umno juga telah menaikkan ramai orang cina sehingga menjadi jutawan dengan memberi mereka projek-projek kerajaan dengan meminggirkan orang-orang melayu. Bermula dengan memberi mereka permit gula, sebuah bukit, tanah-tanah kerajaan dan sebagainya kemudian berkembang sehingga mereka menjadi billioner.
Aku pernah bercakap dengan seorang pemimpin Umno di Selangor tentang kenapa banyak projek kerajaan diberikan kepada orang cina dan korang tahu apa yang dijawabnya; dia mengatakan yang orang cina banyak duit, senang dibawa berunding, ada kepakaran dan sebagainya, tapi bagi aku jika setiap mentaliti pemimpin Umno seperti ini sampai bilapun orang melayu takkan maju kerana setiap projek diberi kepada orang cina.
Apa yang orang melayu harapkan adalah peluang diberikan juga kepada mereka dan sepatutnya pemimpin Umno yang menerajui kerajaan perlu melahirkan lebih ramai orang melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Amat menyedihkan kerana setelah 56 tahun memerintah Malaysia ini hanya seorang melayu sahaja yang dapat dilahirkan oleh Umno dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia.
Nak kita salahkan 100 peratus kepada pemimpin Umno tak boleh juga kerana kerajaan juga telah menyediakan berbagai dana untuk membolehkan orang melayu berniaga misalnya pinjaman Mara, Tekun dan sebagainya. Selain itu kerajaan juga memperuntukkan dana kepada Industri kecil dan sederhana (IKS), yang rata-ratanya orang melayu. Tapi sedar tak kita, agaknya apa yang boleh dibuat dengan modal pinjaman yang maksimumnya sebanyak rm50 ribu itu? (itupun jika layak rm50 ribu, kalau dapat rm10 ribu??)
Berkenaan dengan IKS pula, barangan yang dikeluarkan oleh para pengusaha melayu ini pula mendapat kekangan dari segi pasaran kerana pasaraya besar telah dikuasai oleh orang cina dan nasibnya barangan yang dikeluarkan oleh para usahawan melayu ini akhirnya dipinggirkan.
Itu dari segi ekonomi dari segi politik pula hak-hak keistimewaan orang melayu pula dipertikaikan. Misalnya potongan 7 peratus pembelian rumah, tanah rezab melayu, Sultan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan sebagainya. Orang-orang selain melayu ini mempertikaikan kerana mereka beranggapan yang mereka juga ada hak sebagai rakyat Malaysia.
Apa yang menjadi hak orang melayu semuanya mereka nak rebut....alangkah malangnya menjadi orang melayu jika hak-hak keistimewaan ini suatu hari nanti telah terlucut. Mungkinkah mereka terlalu menjiwai slogan 1Malaysia?
Aku tidak bersikap rasis tetapi realitinya adalah begitu,...dan begitulah nasib orang melayu menjadi hina di tanah airnya sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan